Halba Dan Khasiatnya

Rasulullah saw bersabda :
"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? "

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " ( Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :" Gunakanlah Halba sebagai ubat"( Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir)

Khasiat Halba

Diminum sebagai Teh untuk :-
  1. Melancarkan haid
  2. Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  3. Pencuci perut
  4. Menguatkan jantung
  5. Menghilangkan lendir tekak
  6. Melegakan sakit kepala/ migrain
  7. Membuang angin
  8. Menyembuhkan buasir
  9. Senggugut
  10. Merangsang rahim
  11. Kegemukan
  12. Kurang berat badan
  13. Mengawal kencing manis
  14. Radang kulit dan Bisul

Teh Halba + Madu

  1. Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  2. Anemia

Untuk anak-anak yang telah baligh

  1. Menambah kecergasan
  2. Kekuatan badan
  3. Tumbesaran

Untuk Ibu yang menyusukan anak

  1. Banyakkan air susu

Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani

Post a Comment

1 Comments