Monday, July 16, 2007

9 Siti

Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia danmenyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik,menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Alikaramallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadangberbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu".

Siti A'ishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minumandengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yangsama.

Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan olehNabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya NabiIsmail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggisehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripadaFiraun Laknatullah.

Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allahs.w.t.

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

July Top Supporters