Tanda Pasangan Tidak Setia


Ada seribu satu alasan untuk berlaku curang, tidak peduli dia suami atau isteri. Anda tidak harus memiliki kehidupan rumah angga yang penuh konfiik untuk mendorong pasangan melakukan kecurangan (atau anda sendiri lakukannya).
Memang ada banyak alasan untuk curang, mungkin ada yang tak puas dengan satu pasangan, kurang dihargai hinggalah kepada perkahwinan yang sudah menemukan titik bosan.
Bunyikan loceng amaran anda. Kenali tanda-tanda pasangan mulai tidak setia. Tangkap amarannya sejak awal!
  1. Si dia sering pulang malam dengan alasan sibuk buat kerja lebih masa. Tetapi bila dihubungi, telefon genggamnya selalu dimatikan/tidak aktif
  2. Lebih banyak melakukan aktivtti di luar rumah tanpa melibatkan ida dan artak-anak. Padahal sebeiumnya tidak begitu.
  3. Sikapnya tambah manis. Jangan tertipu, sikap manisnya hanya untuk menutup kecurangan yang dilakukannya di belakang anda.
  4. Semasa berada di rumah, HP dia tak pernah lekang darinya. Anda pula tidak dibenarkan mengecek SMS nya.
  5. Pengeluaran bertambah tanpa alasan jelas. Anda terjumpa bil-bil bayaran di restoran mahal sedangkan ketika itu pasangan anda selalu memberi alasan tidak cukup wang.
  6. Penamptlatinya rnenjadi lebih bergaya, selalu beli bajy baru, mukanya cerah ceria lagaknya seperti remaja yang jatuh cinta
  7. Sering memberi alasan ke luar kota pada hujung minggu. Tapi bila dihubungi, telefonnya tak pernah aktif.

Maka dengan itu, seeloknya bawalah pasangan anda berbincang. Bincang baik-baik. Suarakan kerisauan hati anda menge-nai perkara ini dengan cara halus tanpa ada nada-nada Seperti menghukumnya.

Selebihnya, tunggu pula apa jawapan yang bakal diberikan. Jika masih ragu atau pasangan anda menafi-kan, kumpulkan lagi beberapa bukti yang menguatkan lagi dakwaan agar pasangan anda tidak boleh menafikannya. Jika dia mengakui memang ada hubungan sulit dengan orang lagi, anda perlulah memainkan peranan yang bijak untuk membincangkan baik-baik, mahu dibawa ke mana hubungan ini.

Dapatkan nasihat kaunselor perkahwinan ataupun ahli keluarga terdekat kalau perlu, itu pun jika anda berdua tidak dapat menyelesaikan sendiri.


sumber : emel


Post a Comment

1 Comments

  1. hehehe thnks info tentg ni...
    nnt dah kawin fatin blh ambil pngajaran dri info2 kak mia nihh hehehe :P

    ReplyDelete