Thursday, October 11, 2007

Tips - Mengurangkan Keletihan Bekerja

Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja yang kita lakukan. Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini adalah ibadah yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah ikhlas dan menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.

Bersantai Sejenak
Bagi pensyarah, gunakan waktu rehat antara waktu mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika mengajar. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.

Nikmati humor dan ketawa
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran. Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram disebabkan keletihan.

Bekerja secara sistematik
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Saya mengamalkan jadual waktu `task', dimana saya akan menyenaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya tidak tentukan masa untuk kerja-kerja tersebut. Saya percaya kepada `time flexible' iaitu saya tidak terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.

Banyak minum air mineral
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Jika kita lihat anak-anak kaum tionghua di sekolah, mereka akan membawa botol air 1.5 liter yang akan mereka habiskan dalam satu sessi persekolahan. Begitu juga pelajar-pelajar Universiti di Australia. Air mineral adalah sesuatu yang penting untuk dibawa kedalam dewan peperiksaan. Bagi masyarakat kita, kebanyakan mereka hanya minum teh, waktu pagi, teh-o-ais makan tengahari, kopi minum petang dan fresh orange ketika makan malam. Kita harus mengubah rutin ini dan mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila darah lancar, kita akan merasa cergas dan sihat.

Lakukan aktiviti fizik
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.

sumber : emel

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.