September 2007

Friday, September 28, 2007

Kawan Baik


Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .


Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, September 27, 2007

Anda makan HATI?? Yang mana "PILIHAN" anda?..


Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh..

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya diatas segala nikmat yang diberikanNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidakpernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya. Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warn adarahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami. Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anaksaya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanakpenghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuahf armasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas,anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun.

Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya.S egala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya. Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.

Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyakjuga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

  1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang,double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secarasenyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati.Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkanorang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi danNasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung danbengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

Sumber : Koleksi Emel Dari Rakan-Rakan
Read more / Baca Lagi >>>

Sekadar Untuk Renungan


  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan â¤" Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi .
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi .
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum .
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air k edalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung .
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari .
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah .
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan â¤" Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh mohon perlindunganNYA) Bukhari .
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH .
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur .
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) Bukhari .
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW .
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) â¤" Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari .
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) bukhari .
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) â¤"- Abu Dawud .
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya â¤" -Abu Naim .
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari .
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya .
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih .
  43. B erdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain .
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH -Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya .
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali â¤" - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar .
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib .
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami.
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
Read more / Baca Lagi >>>

Lawak Jenaka


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tuawak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"

Pompuan ni pulak jawab, "TAK KE MANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???" Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA." So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"

Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??" Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan TokBatin hanya menggunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?"
"Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya.Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, September 24, 2007

Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami


Rasulullah saw. bersabda:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik.Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami. Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri.

Mengapa?Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur’an surat at-Tahrim : 6 dikatakan:"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"
Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga. Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya.

Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri. Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti?Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara.

Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah. Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin. Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya. Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai.

Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri. Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin. Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji. Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya. Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya. Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan.Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda. Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya.

Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan. Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran.Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius."….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS. An-Nisaa’ ayat 19) Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri.

Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. . Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya.

Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya. Lalu, jika berbicara jangan sampai menyusahkan. Suami yang baik, kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan. Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya.

Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat. Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi. Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah.Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah. Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti. Wallahu’alam.
Read more / Baca Lagi >>>

Tips Untuk Anak Pandai Bahasa Inggeris


  1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
  2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
  3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
  4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.
  5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.
  6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
  7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
  8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
  9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
  10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
  11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
  12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
  13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.
  14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¡KKalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
  15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
  16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
  17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
  18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
  19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
  20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.
  21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
  22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
  23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
  24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda 'berfikir' bahasa Inggeris.
  25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Read more / Baca Lagi >>>

Isteri & Ibu Yang Solehah


Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan.... jadi 'kilang' manusia. tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. org lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa2 suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yg banyak diterima di atas segala kebaikan suaminya yg tak disadari. bila dia lihat suaminya terengah-rengah di titian sirath dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah, segala dosa2 anak dan isteri yg tak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa2 lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tak durhaka kepadaNya.
Read more / Baca Lagi >>>

Jenaka - Contact Lens


Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, September 14, 2007

Jenis Darah dan Peribadi Anda


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH 'O '

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH ' B'

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
Read more / Baca Lagi >>>

Khas untuk bakal pengantin dan juga dah jadi pengantin


Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina,lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut. Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -"Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan.Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

Amalan suami semasa isteri mengandung

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

Mengapa bayi lahir menjadi kanan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya.

Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.

b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.

c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.


e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak

Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

"Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.


Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.


Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.


Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.


Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a.Pendidikan supaya bersyukur
b.Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c.Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d.Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e.Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h.Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal

6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
Read more / Baca Lagi >>>

Penyakit Turunan


Orang tua dan keluarga di sekeliling Anda memiliki penyakit turunan yang menakutkan, kenapa Anda juga harus takut? Anda bisa kok, memutuskan ¡garis keturunan¢ penyakit-penyakit berat seperti kanker payudara, penyakit jantung, depresi dan obesitas, tanpa harus takut dianggap anak durhaka. Lagipula, penyakit turunan bukanlah kutukan turun temurun. Jika Anda tidak mau mengalaminya, maka Anda harus merubah ¡nasib' Anda sendiri !

Suka atau tidak suka, pada kenyataannya riwayat kesehatan kedua orang tua Anda sangat menentukan riwayat kesehatan Anda sendiri di masa datang.

Banyak orang yang tidak mengetahui bahwa penyakit yang mereka derita sebetulnya dicetuskan oleh faktor gen. Misalnya, jika kedua orang tua Anda memiliki kanker, maka resiko Anda sendiri untuk terkena kanker tentunya lebih besar. Namun seberapa besar Anda akan terkena kanker pula, tidak ada yang bisa memastikannya, karena sebetulnya walaupun genetika menjadi salah satu penyebabnya, masih banyak hal-hal lain diluar faktor keturunan yang juga menyebabkan seseorang terkena suatu penyakit berat. Dengan mengetahui dengan pasti riwayat kesehatan orang tua dan/atau keluarga Anda, Anda bisa lebih waspada dan bahkan bisa menyelamatkan diri Anda sendiri, atau setidaknya tidak memperparah resiko yang harus Anda alami, mumpung Anda masih sehat.

Kanker Payudara
Jika hubungan darah satu derajat dengan Anda, misalnya ibu atau saudara kandung perempuan Anda menderita atau pernah menderita kanker payudara, maka resiko Anda adalah dua sampai dua setengah kali lebih besar dibandingkan wanita yang tidak memiliki riwayat keluarga dengan kanker payudara. Dan jika hubungan darah dua derajat dengan Anda, seperti nenek ataupun bibi, pernah didiagnosa memiliki kanker payudara semasa hidupnya, maka resiko Anda adalah satu setengah sampai dua kali lebih besar dibandingkan wanita yang tidak memiliki riwayat keluarga tersebut. Dan garis keturunan ini berlaku dari dua sisi, ayah dan ibu Anda. Hal ini disampaikan oleh Mary B. Daly, M.D., Ph.D., direktur the Margaret Dyson Family Risk Assessment Program pada Fox Chase Cancer Center di Philadelphia.

Supaya resiko Anda terkena kanker payudara bisa ditekan seminimal mungkin, Daly menganjurkan beberapa hal yang bisa Anda lakukan, seperti :

1. Mengurangi asupan alkohol
Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita yang mengkonsumsi dua atau lebih minuman beralkohol tiap harinya memiliki peningkatan resiko yang lebih signifikan terhadap kanker payudara. Dan 40 penelitian lainnya menunjukkan bahwa minum satu minuman beralkohol setiap harinya mampu meningkatkan resiko sampai 10%.

2. Menjaga bobot badan agar tetap sehat
Penelitian baru-baru ini di Fred Hutchinson Cancer Reasearc Center di Seattle menemukan bahwa wanita obesitas (dengan Body Mass Index diatas 31,1) memiliki resiko kanker payudara setelah masa menopause (postmenopausal breast cancer) dua setengah kali lebih besar dibanding wanita dengan angka BMI di bawah 22,6. Jadi jika Anda memiliki riwayat keluarga dengan kanker payudara dan Anda sendiri penderita obesitas, bisa dibayangkan resiko kanker payudara yang Anda alami.

3. Meningkatkan asupan asam folat dan mengurangi konsumsi lemak hewani
Laporan terbaru dari Nurses¢ Health Study menunjukkan bahwa wanita dengan kadar asam folat lebih tinggi memiliki penurunan resiko mengalami kanker payudara sampai 27 % dibandingkan dengan mereka yang memiliki kadar asam folat lebih rendah. Jadi mulai sekarang banyak-banyaklah makan sayuran hijau, buah strawberry, dan minum multivitamin harian yang mengandung asam folat 400 mikrogram. Selain itu usahakan tidak mengkonsumsi banyak lemak hewani, terutama yang berasal dari daging merah dan produk olahan susu tinggi lemak, karena wanita yang banyak mengkonsumsi lemak hewani semasa mudanya memiliki resiko 3,3 persen lebih besar daripada yang kurang mengkonsumsi lemak.

4. Lakukan mammogram secara rutin
Saat ini, mammogram adalah metode pendeteksi tumor terbaik yang dapat mendeteksi keberadaan tumor yang kecil sekalipun. Wanita dengan riwayat keluarga penderita kanker payudara harus mulai melakukan pemeriksaan setidaknya saat usia 5 atau 10 tahun lebih muda dibandingkan usia orang tua atau keluarga Anda saat terdeteksi kanker payudara, tapi tidak boleh dilakukan sebelum Anda berusia 25 tahun.

5. Minta dokter mereferensikan Anda pada ahli genetika
Kanker payudara yang bersifat turunan, kebanyakan disebabkan karena adanya mutasi pada gen BRCA 1 atau 2, yaitu gen yang bertanggung jawab dalam munculnya kanker payudara. Jika Anda memiliki riwayat keluarga dengan kanker payudara yang cukup tinggi (derajat pertama atau lebih dari satu orang dalam keluarga Anda menderita kanker payudara), cobalah untuk melakukan tes genetika. Karena wanita yang memiliki mutasi pada gen BRCA 1 dan 2, selain memiliki resiko terkena kanker payudara sampai 85 persen, juga ternyata memiliki resiko kanker ovarium yang lebih tinggi, 44 % lebih tinggi dari mereka yang mengalami mutasi pada gen BRCA 1, dan 27 % lebih tinggi dari mereka yang mengalami mutasi gen pada BRCA 2.

6. Jangan lupa olahraga
Penelitian di University of Calgary dan Alberta Cancer Board di Kanada menemukan bahwa wanita postmenopause yang rajin berolahraga secara teratur mengalami penurunan resiko kanker payudara sampai 30%, sedangkan mereka yang berolahraga sepanjang hidupnya, mengalami penurunan resiko sampai 42 persen.

Depresi
Jika salah satu orang tua atau saudara kandung Anda menderita depresi berat, maka resiko Anda mengalami depresi dalam hidup bisa jadi dua sampai tiga kali lipat lebih besar dibandingkan mereka yang tidak memiliki riwayat keluarga dengan depresi. Selain itu, tingkat keparahan dan/atau kekambuhan depresi pada keluarga juga bisa mempengaruhi resiko yang Anda alami.
Namun Anda tidak perlu merasa dikutuk hanya karena salah satu anggota keluarga Anda menderita berat. Lynn Rehm, Ph. D, tenaga pengajar psikologi di University of Houston mengatakan bahwa depresi sedikit banyak juga dipengaruhi oleh hal-hal lain di luar genetika, seperti kondisi keuangan, kesehatan, dan juga faktor-faktor lainnya. Oleh karena itu, untuk meminimalisir resiko Anda mengalami depresi juga, Lynn menyarankan Anda untuk :

1. Mengenali gejala-gejala klinis depresi
Gejala-gejalanya meliputi rasa sedih, kesulitan konsentrasi, kurang energi, gangguan tidur atau insomnia, mengalami gangguan nafsu makan (atau malah terlalu banyak makan), rendah diri, merasa tidak berdaya dan tidak punya harapan, dan tentunya, selalu ingin bunuh diri. Jika Anda mengalami gejala-gejala tersebut selama 2 minggu atau Anda merasa setidaknya dalam beberapa hari terakhir Anda mengalami beberapa gejala di atas, sebaiknya Anda langsung memeriksakan diri. Pengobatan lebih dini akan mempercepat proses penyembuhan depresi.

2. Bangun hubungan sosial yang bersifat suportif
Penelitian terbaru di University of Oregon menemukan bahwa wanita depresi yang memiliki dukungan sosial yang tidak memadai, artinya, mereka tidak memiliki banyak hubungan sosial atau kurangnya bergaul dengan lingkungan sosial yang positif, cenderung tetap mengalami depresi walaupun telah melalui pengobatan medis, dibandingkan mereka yang memiliki hubungan sosial yang baik. Karena jika Anda memiliki seseorang atau siapapun yang bisa membuat Anda merasa nyaman saat Anda sedang menghadapi masalah, maka resiko Anda mengalami depresi cukup rendah.

3. Bangun pola pikir yang selalu optimis
Depresi seringkali berhubungan langsung dengan pola pikir yang selalu pesimis, atau merasa tidak punya harapan. Jika Anda terbiasa melihat segala sesuatu yang terjadi di diri Anda dengan perasaan pesimis, cobalah untuk bisa menerima kelemahan-kelemahan Anda sebagai bagian dari diri Anda, belajarlah untuk lebih menghargai diri Anda sendiri jika Anda bisa melakukan sesuatu yang baik, serta berhentilah menyalahkan diri sendiri jika ada kesalahan.

4. Mengkonsumsi ikan
Penelitian menunjukkan bahwa mengkonsumsi banyak lemak esensial, terutama omega-3 yang banyak terdapat dalam ikan salmon dan sardines, bisa membantu mengatasi depresi dan gangguan bipolar. Jadi jangan ragu untuk mulai hobi makan ikan, atau mengkonsumsi suplemen yang mengandung omega-3.

5. Jangan lupa juga berolahraga
Dengan berolahraga secara teratur, secara fisik Anda akan lebih sehat, dan olahraga juga bisa meningkatkan rasa percaya diri dan kemampuan Anda dalam memecahkan masalah, sehingga olahraga juga bisa membantu mengatasi depresi. Para peneliti di Duke University Medical Center membandingkan efektivitas latihan aerobik, penggunaan antidepresan, dan kombinasi keduanya pada 156 orang dengan gangguan depresif berat. Setelah empat bulan, ketiga grup mengalami perkembangan yang signifikan. Namun setelah 10 bulan, grup yang terus melakukan latihan secara teratur memiliki penurunan kekambuhan yang signifikan dibandingkan grup yang hanya mendapatkan antidepresan saja.

Penyakit Jantung
Anda patut mencermati jika ibu Anda mengalami penyakit jantung atau kardiovaskular sebelum usia 60 tahun, atau jika ayah atau saudara laki-laki Anda mengalaminya sebelum usia 50 tahun. Karena menurut juru bicara American Heart Association, Richard Stein, M. D., Anda memiliki dua kali lipat resiko penyakit jantung prematur dibandingkan dengan mereka yang tidak memiliki riwayat keluarga dengan penyakit jantung. Yang juga penting untuk Anda perhatikan, bahwa banyak faktor-faktor pencetus resiko penyakit. jantung seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes yang diturunkan melalui genetika.

Tapi Anda tidak perlu kuatir berlebihan, karena walaupun mungkin Anda mendapat gen ¡buruk¢ dari kedua orang tua Anda, tapi toh Anda punya pola hidup Anda sendiri. Karena kunci terhindar dari segala gangguan jantung adalah menghindari segala pola hidup yang tidak sehat, dan membiasakan diri dengan gaya hidup yang lebih sehat, misalnya :

1. Jangan merokok !
Riset menyimpulkan bahwa tubuh orang yang memiliki riwayat keluarga dengan penyakit jantung lebih mudah menerima efek-efek berbahaya dari rokok, dibandingkan mereka yang tidak memiliki riwayat keluarga yang sama. Untungnya, jika Anda merokok, berhenti merokok bisa menurunkan resiko Anda terkena penyakit jantung dengan cukup cepat, seperti yang disampaikan oleh para peneliti di University of Washington di Seattle, bahwa orang yang telah tiga tahun berhenti merokok bisa menurunkan resiko terkena penyakit jantung pada level yang sama dengan orang yang tidak merokok sama sekali. Jadi, berhentilah merokok mulai detik ini !

2. Setia dengan pola makan ramah-jantung
Perbanyak konsumsi buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum utuh, serta hindari lemak jenuh dan asam lemak trans, pilih sumber lemak tak jenuh tunggal atau ganda, dan konsumsi ikan dengan kandungan lemak baik seperti tuna, salmon dan sardine, setidaknya dua kali seminggu.

3.Kurangi berat badan jika berlebihan
Pada mereka yang obesitas ataupun kelebihan bobot badan, kerja jantung menjadi lebih berat untuk memompa darah ke seluruh tubuh karena selain luas permukaan tubuh yang terlalu besar, pada orang yang kegemukan biasanya di pembuluh darahnya terdapat plak-plak kolesterol yang menumpuk sehingga menyempitkan pembuluh darah. Akibatnya lama kelamaan jantung akan membesar supaya bisa memompa darah dengan lebih kuat, namun hal ini bisa berakibat terjadinya gagal jantung kongestif.

4.Rajin-rajinlah memeriksakan kondisi tubuh
Jika Anda memiliki resiko tinggi penyakit jantung akibat faktor keturunan, maka Anda harus lebih rajin memantau kondisi tubuh Anda sendiri seperti tekanan darah, kadar kolesterol, dan juga kadar gula di dalam darah, karena ketiga faktor inilah yang paling bertanggungjawab atas terjadinya penyakit jantung. Jika terdeteksi adanya abnormalitas pada salah satu atau bahkan ketiganya, Anda bisa segera mengontrolnya dengan melakukan pengobatan secara teratur dan juga mengatur pola makan dan gaya hidup yang lebih sehat agar penyakit jantung enggan hinggap di tubuh Anda.

5.Lagi-lagi, olahraga
Olahraga rutin dengan intensitas sedang, jika dilakukan setidaknya 4 hari dalam seminggu, juga bisa menjaga kesehatan jantung Anda. Penelitian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health menemukan bahwa bahkan jalan kaki secara rutin, minimal empat jam atau lebih selama seminggu, secara signifikan mengurangi resiko gangguan jantung selama 14 tahun pada wanita yang menderita diabetes.
Read more / Baca Lagi >>>

Tips Untuk Memperbaiki Solat


Ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Read more / Baca Lagi >>>

Bila Al-Quran Mula Bersuara


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, September 12, 2007

Check for fake coins used for parking



I would like to share with your readers about an incident today when I pay for my parking fee in Klang.

After I have parked my car, I walked to the self-service car park machine to pay for an hour's parking fee (50 sen in Klang, 60 sen in Petaling Jaya and 40 sen in Shah Alam for an hour). Everything seemed to be fine. The machine printed out a parking coupon and after displaying the coupon at the vehicle's dashboard, I went to perform my errands nearby.

When I was walking back towards my car, I saw a uniformed officer from the Klang Municipal Council (MPK) looking around at my car. He then acted as if he is going to issue a summon to my car. I ran towards him and asked him if everything is OK. I told him that I have paid for my parking and he can see the coupon clearly on the dashboard.

To my shock, the MPK officer said that he planned to issue a summon to me because the 50 sen coin that I had used to pay for the parking fee was a fake coin. The officer mentioned that if a person used a fake coin to pay for the parking fee, it means that no parking fee has been paid.

The MPK officer also showed to me how to read the parking coupon and spot if the coins used are fake or not (see the attached graphics - "TOKEN" means that the coins used are fake). Luckily, the officer understood my situation and decided not to issue any summon to me.

Having said that, I would like to share this experience and knowledge with your readers so that the unsuspected citizens can give special attention when paying for their parking fee at the self-service machines to avoid being innocently penalised.

-Source from a friend
Read more / Baca Lagi >>>

Good Morning




Your life is like a mirror, if u face it smiling, it smiles right back
Success is not the key to happiness.
Happiness is the key to success.


If you love what you are doing, you will be successful ...
Have a Great day ahead!!!

Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017