image 2009 - Mia Liana

Monday, July 27, 2009

Orang-Orang Yang Didoakan Para Malaikat

7/27/2009 01:53:00 PM 2 Comments
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)


Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (hadith ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Shahih At Targhib at Tarhib I/37)


Orang yang duduk menunggu solat

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)


Orang-orang yang berada di syaf bahagian depan di dalam solat

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada syaf-syaf terdepan" (hadith ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130


Orang-orang yang menyambung syaf tidak membiarkan sebarang kekosongan di dalam syaf

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung syaf-syaf" (hadith ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'Aamiin', kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no.782)


Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhuknya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syeikh Ahmad Syakir menshahihkan hadith ini)


Orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'"
(Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir).


Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'Aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)


Orang-orang yang berinfak

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


Orang yang makan sahur

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur" (hadith ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


Orang yang menjenguk orang sakit

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang bila-bila masa saja sehingga petang dan di waktu malam sepanjang masa hingga subuh" (Al Musnad no. 754, Syeikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")


Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).

Teknik Baru Perogol (Rohypnol & Progestrex)

7/27/2009 01:42:00 PM 0 Comments
Menurut laporan polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah "Dating" dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar si mangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.

Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


Sumber : Social Worker, All Women's Action Society (AWAM )

Tanda-Tanda Sakit

7/27/2009 12:54:00 PM 0 Comments
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda.

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin

Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


HIDUNG (Hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan menyeimbangkan masalah alahan hidung.


BATUK

Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG

Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong : Sama seperti di atas tetapi paras keracunan lebih serius.


BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

Bibir pucat : Sistem penghadaman yang lemah. Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


KULIT

Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

Ruam dan bisul : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

Kulit gatal dengan ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

Kulit pecah dan berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

Sakit sendi rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

Sakit sendi tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

Kebas tangan kiri dan lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

Kebas kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

Sakit tapak kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

Sakit tumit kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa panas di tapak kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

Gatal di celah-celah jari kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN

Kepala : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening/Sakit Di Bahagian Depan Kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepala :
i) Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

Sakit Kepala dan rasa gas keluar dari telinga : Menandakan penyakit migrain

Bisul terjadi di kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa pening yang memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT / KERONGKONG / LIDAH

Loya / Muntah : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

Muntah darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.

Muntah darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

Lidah rasa tegang dan pendek : Tanda sakit jantung.

Keluar air liur yang pekat : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.


KENCING

Kerap kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

Air kencing berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing berwarna coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


BUANG AIR BESAR

Cirit birit dan kerap buang air besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis berdarah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Najis berdarah hitam : Masalah penyakit ulser perut.

Najis berwarna hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


BADAN (Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah)

Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal : Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap : Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan terasa berat/malas/lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

Badan terasa panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan terasa ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


EMOSI

Rasa takut mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

Cepat naik darah/marah : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

Rasa bimbang dan takut : Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

Suka berfikir dan berkhayal : Sistem penghadaman yang lemah.

Perkara-Perkara Yang Hilangkan Ingatan Dan Tumpulkan Minda

7/27/2009 09:51:00 AM 4 Comments
Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu, air dalam tin (100 plus dan lain-lain)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang
  15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  2. Selalu makan makanan yang panas-panas
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain-lain
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam-ulam
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selau menggunakan imaginasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  11. Jangan ego
  12. Jangan dengki pada orang lain
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet
  17. Jangan menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Keberkatan Surah Al-Ikhlas

7/27/2009 09:37:00 AM 1 Comments
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan..

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali).. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Waktu Diharamkan Solat

7/27/2009 09:29:00 AM 2 Comments
Waktu Yang Diharamkan Solat ialah:-
  1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. Antara subuh dari 5.35pg to 7.05pg. 7.05pg + 28minit = 7.33pg. Maka, antara 7.05pg to 7.33pg ialah waktu syuruk. Haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
  2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10 minit sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan. 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30mlm.

Sumber : Emel

Tuesday, July 21, 2009

SHELL - Warning When Filing Up Petrol

7/21/2009 12:45:00 PM 0 Comments
Static electricity in Petrol Stations


As a continuation of the video about static electricity in which a girl had a fire accident on getting out of her car and directly touching the nosepiece, we come across a similar case.
With the generalisation of self-service facilities in petrol stations people should be warned about the outbreak of fires resulting from static electricity while they are pouring in petrol.
150 cases of this type of fire have been investigated and the results were very surprising.
  1. Of the 150 cases, more happened to women than men, due to their habit of getting in and out of the vehicle while the petrol is being poured in.
  2. In the majority of cases the people had re-entered their cars when the hose was still pouring petrol out (the danger of the triggers on the nosepieces). When they finished refuelling and got out to remove the hose pistol the fire began, as a result of the static electricity.
  3. The majority of those affected used rubber-soled footwear and clothes of synthetic fibres.
  4. Never use mobile phones when filling up with fuel.
  5. It is well known that it is the vapour that comes from the petrol that burns and causes the fire when it makes contact with static charges.
  6. In twenty-nine of the cases analysed, the people re-entered their vehicles and later touched the pistols during the petrol fuelling process. This happened in cars of different varieties of makes and models.
  7. Seventeen fires occurred before, during or immediately after the cap of the petrol tank was removed and before starting to fill up with petrol.
  8. The static charge often results from when a passenger rubs their clothes against the upholstery of the seats on getting in or out of the vehicle. To avoid this, it is recommendable that NOBODY gets in or out of the vehicle while the petrol is being poured in. Movement in or out should only be done BEFORE starting, or when the fuelling is finished and the petrol cap placed.
  9. MAXIMISE THE PRECAUTIONS if the petrol has spilt or splashed onto the ground. Highly inflammable vapours are immediately produced which can be ignited by sparks of static electricity from the turning on of electronic equipment (mobile phones, remote controls, etc.) or by the ignition of the vehicle itself. BEFORE starting up the engine again, the spilt petrol must be gathered or neutralised by the petrol station staff.
LOADING PETROL
IN YOUR VEHICLE
Stop, put the handbrake on and turn off the engine, radio and lights
NEVER:
Never return to your vehicle while you are pouring in fuel.
AS A PRECAUTION:
Get used to closing the car door on getting out or into the vehicle and in this way the static electricity will be discharged on touching something metallic.
After closing the door TOUCH THE METAL PART OF THE BODYWORK before touching the petrol pump pistol. By doing this the static electricity in your body will be discharged on the metal and not on the pistol.
*
RESPECT THE SAFETY REGULATIONS
As mentioned, we undertake this as a daily task, both inside and outside the company. The following bulletin aims to raise public awareness of this danger.

Monday, July 20, 2009

Bacalah Yasin...

7/20/2009 11:41:00 AM 1 Comments
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya
  11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
  12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya"
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil
  14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik
sumber : emel

    Surah Penawar

    7/20/2009 08:44:00 AM 1 Comments

    Surah Al-Kautsar
    Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

    Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

    Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


    Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
    1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
    2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
    3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
    4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
    5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
    6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
    7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

    Rahsia Kebaikan Mandi Songsang

    7/20/2009 08:32:00 AM 1 Comments

    "Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

    Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

    Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

    Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

    KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

    - Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH

    - Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

    - Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

    - Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.

    - Melancarkan perjalanan darah.

    - Menjadikan pengamal semakin pintar

    - Meninggikan daya ingatan

    - Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala

    - Menjadikan state mood yang tenang dan ceria

    - Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat

    - Memiliki daya ketahanan mental

    - Menambahkan semangat berani

    - Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

    A very good morning....

    7/20/2009 08:14:00 AM 1 Comments
    I never realise that suddenly today is Monday, after two days not working. What a lazy day could be...I guess...

    As I'm going through hard days of pregnancy, actually I'm not really prepared for that. Lots of negative emotions came into my mind. Thinking bad things might happen... Subhanallah... What a thought...

    Working at this week may not be as the same as before, since I always getting tired for no reason. Always pray in my heart that I can deliver my baby easier without any difficulties... Amin....

    So.. I don't think I have other things to say other than these. Life is so unpredictable. Sometime things may not be turned out as hoped. All I can do is to hope for the best and do what is necessary...


    Cheerio...

    Friday, July 17, 2009

    Adab dan rahsia memotong kuku

    7/17/2009 04:48:00 PM 1 Comments

    RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

    * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

    * Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

    * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

    * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

    * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

    * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

    * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

    Iklan & Rencana Dari Orang Islam Untuk Orang Bukan Islam

    7/17/2009 04:39:00 PM 0 Comments
    Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.


    1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
    Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

    2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
    Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa , jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

    3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
    Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus ( Nabi Isa ) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

    4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
    Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

    5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
    Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

    6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?
    ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?

    Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.

    7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
    Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

    8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
    Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

    9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”
    Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

    10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
    Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

    11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
    Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

    12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
    Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

    13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

    14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana Nabi dan Rasul sebelum baginda kan telah Allah lantik sebelum Nabi Muhammad ?
    Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

    P/S : Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Kulat hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam .

    Pertolongan Pertama Mangsa Stroke

    7/17/2009 04:27:00 PM 0 Comments
    Pertolongan Pertama Pada Stroke
    (Dengan cara mengeluarkan darah pada setiap hujung jari tangan dan hujung daun telinga)


    Ada satu cara terbaik untuk memberikan pertolongan pertama kepada orang yang mendapat serangan STROKE. Cara ini selain dapat menyelamatkan nyawa si penderita, juga tidak menimbulkan efek sampingan apapun.

    Pertolongan pertama ini dij amin merupakan pertolongan GAWAT DARURAT yang dapat berhasil 100%.

    Sebagaimana diketahui, orang ya ng mendapat serangan STROKE, seluruh darah di tubuh akan mengalir sangat kencang menuju pembuluh darah di otak. Apabila kegiatan pertolongan diberikan terlambat sedikit saja, maka pembuluh darah pada otak tidak akan kuat menahan aliran darah yang mengalir dengan deras dan akan segera pecah sedikit demi sedikit.

    Dalam menghadapi keadaan demikian jangan sampai panik tetapi harus tenang. Si penderita harus tetap berada di tempat asal di mana ia terjatuh (misalnya: di bilik mandi, bilik tidur, atau di mana saja). JANGAN DIPINDAHKAN!!! sebab dengan memindahkan si penderita dari tempat asal akan mempercepat perpecahan pembuluh darah halus di otak.

    Penderita harus dibantu mengambil posisi duduk yang baik agar tidak terjatuh lagi, dan pada saat itu pengeluaran darah dapat dilakukan.

    Untuk yang terbaik menggunakan JARUM SUNTIK, namun apabila tidak ada, maka JARUM JAHIT / JARUM PENITI dapat diguna dengan terlebih dahulu disterilkan dengan cara dibakar di atas api.

    Sejurus setelah jarum disterilkan, lakukan PENUSUKAN pada 10 HUJUNG JARI TANGAN.

    Titik penusukan kira-kira 1cm dari hujung kuku. Setiap jari cukup ditusuk 1 kali saja dengan harapan setiap jari mengeluarkan 1 titis darah.

    Pengeluaran darah juga dapat dibantu dengan cara dipicit apabila darah ternyata tidak keluar dari ujung jari. Dalam jangka masa kira-kira 10 minit, si penderita akan segera sedar kembali.

    Bila mulut si penderita tampak mencong / tidak normal, maka KEDUA DAUN TELINGA si penderita HARUS DITARIK-TARIK sampai berwarna kemerah-merahan.

    Setelah itu, lakukanlah 2 KALI PENUSUKAN pada masing-masing HUJUNG BAWAH DAUN TELINGA sehingga darah keluar sebanyak 2 titis dari setiap hujung daun telinga. engan demikian dalam beberapa minit bentuk mulut si penderita akan kembali normal.

    Setelah keadaan si penderita pulih dan tidak ada kelainan yang berarti, maka bawalah si penderita dengan berhati-hati ke doktor atau hospital terdekat untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

    Sebagai salah satu cara beramal bakti, sebaiknya e-mail ini disebarkan kepada teman-teman, keluarga dan saudara-mara serta masyarakat, sebab serangan stroke ini boleh berlaku ke atas sesiapa saja, di mana saja dan pada bila-bila masa saja.

    New Fraud Tactic To Get Information

    7/17/2009 12:36:00 AM 0 Comments
    Dear friends,

    Beware of a new fraud tactic. This just unbelievably happened to me yesterday (June 3rd 2009). It made me went on a round of frenzies to lodge report at a police station, canceling all my credit cards and changing all my savings/current accounts.

    At around 1pm yesterday, I received a call from an Ambank number which went into an automated machine informing me that I was about to make a payment amounting to RM3,800.60 and to press 1 to confirm the
    transaction or press 9 to speak to Customer Service. Caught by surprise of such a call, I pressed 9 to speak to their Customer Service. A guy by the name of Brandon answered and questioned me whether I am about to make a RM3,800.60 payment which I said no. He later asked whether I am now at KLIA. I straight away told him no and that I am now at Kulim, Kedah. This Brandon guy then said that this looks like a scam and he will immediately stop the RM3,800.60 transaction.

    He further asked me whether I had recently applied for any credit card which I said no. He informs me that there was an application for an Ambank Mastercard under my name dated April 2nd 2009 with a credit limit of RM10k and to date, the card has been used up to about RM5,600++. He further advised me to immediately lodge a report with Bank Negara's Pusat Pengurusan Kad Kredit Palsu. I do not have the number and he offered to connect me to Bank Negara where I spoke to another guy named Charlie.

    The call sounded really authentic and this Charlie guy pretended not knowing anything and had me told him the story of what happened from A to Z. Once I finished with my story, this Charlie guy asked me whether do I suspect any close family members or friends misusing my personal data for this purpose. He says it could be possible and it is very important that I do not reveal a single thing to anybody until 6th June 2009 (3 days) in order for the investigation to take place. He asked me to provide him all of my banking and credit card details so that he can monitor and track any unusual activity. I was also advised not to make any banking or credit card transaction during these 3 days so that proper investigation can be carried out and the unlawful person can be intercepted should he/she use the card or make any banking move.

    I called my wife after all this ordeal informing her of what had happened. She was highly skeptical and told me that things doesn't sound right as the so called Bank Negara would not have asked for all banking details including savings/current accounts if this was just a fraud card case. She advised me to make another call to Ambank to check on more details of the so called Ambank Mastercard applied on April 2nd, including to where was the credit card sent to?

    I called Ambank immediately, looking for the Mr. Brandon I spoke to earlier and the Ambank officer told me that there is no Mr. Brandon in the Customer Service Department. I related the whole story of what had
    taken place an hour earlier and the bank officer advised me to calm down and to relax. She informs me that this is a fraud case and I need to lodge a police report immediately. She also informs me that the Bank Negara telephone number and extension provided to me by the Mr. Charlie is a fake.

    I was truly, truly dumbfounded!!! I have read so much about everyday frauds and yet I still fall to this trap. I thought I was smart enough to smell things like this but apparently, this new tactic really feeds on human behavior when they are in a panicky situation. These guys are really so so smooth that you tend to believe they are trying to solve the woes that you are in.

    I have been a victim and I hope it ends here. Please pass this on to your loved ones to warn them of such a new tactic and to beware!!!!


    Sincerely,
    Joe (4th June 2009)

    Saturday, June 20, 2009

    Fighting Dengue Must Start At Every Home

    6/20/2009 07:34:00 PM 0 Comments

    It’s just a mix of water, brown sugar and yeast:

    1. Cut a plastic bottle in half, keep both parts. Can be CocaCola/Pepsi. No matter lah!

    2. Take the lower portion of the bottle. Dissolve the brown sugar in hot water. Let it cool down to ~70 degF.

    3. Add the yeast. Carbon dioxide will form (This will attract the mosquitos)

    4. Cover the bottle with a dark wrap and place the top portion upside down like a funnel. Place it in a corner in your house.

    5. In 2 weeks you will be surprised by the number of mosquitos killed.

    A Few Words...

    6/20/2009 07:26:00 PM 1 Comments
    Hi ... all. Sorry for not updating my blog since last year. Many things happened... and I almost forgot my password to this blog. However, I'm going to update it maybe weekly before my first baby delivery.

    Study while working is not as easy as I expected. So last year I was so busy doing my first year degree. Maybe... I never used to do two things at one time before. Very afraid if CGPA drops. Wish me luck for my degree. Another 3 years to go.