May 2010

Monday, May 31, 2010

My Sweetheart Smells Like Adidas Action 3 Intensive


Just came back home! Hmmm... after waiting for the whole day, the question for week 14a Project Alpha finally came out. Still there are lots of bloggers interested to join this. To join this contest it is a bit difficult nowadays. I can't deny it. From time to time, more bloggers are joining this contest. If we are late for 1 hour, it's a big loss. Everybody keep on checking the question most of the time.

The topic is My Sweetheart  Smells Like Adidas Action 3 Intensive. My husband always says this. Whenever I use it, he whispered to me "my sweetheart, you smells like Adidas Action 3 Intensive". This type of Adidas Action 3 variant I think would suit my significant with others. You know why? As a women this is very important for our life. If somebody else smell us like stink then it is so embarrassing. How about you?


Adidas Action 3 Intensive For Women suits me well for a busy woman who always go here and there inside the office. Sure, I will be sweating and perspiring all over my body without noticed. Indeed I recommend this Adidas Action 3 Intensive for you to try.

This product is actually an intensive anti-perspirant spray for easier usage. Just spray only. It also anti-whitening and containing 0% of alcohol with a very nice smell. You will feel very comfortable. Trust me. Muslim women are also encourage to use this. Why not give yourself a try…

For relaxation and to release any tension, let's watch this Episodes 40-42 of Project Alpha Season 2.




Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 30, 2010

Nilai Seorang Wanita Solehah


Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai  kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan  menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk  mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini  beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu  hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang  selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan  menzalimi suaminya". -  Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada  ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.

Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada  isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah  memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada  suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan  harta suaminya". - Ibnu-Majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang  cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu  kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa  kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang  wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - Ibnu - Majah.
Read more / Baca Lagi >>>

Tension : Error Submit Entri Contest Pizza Hut


Letih satu hari ni buat entri  untuk Contest Pizza Hut. Bila submit ada error plak. Lepas tu, hantar permalink yang kedua baru diterima. Tensen.

Tu yang ada 2 entri untuk Contest Pizza Hut ni. Nak buat macamana? Nak tanya siapa? Sedih, tau. Apa-apa pun, permalink yang ke-2 baru boleh submit tanpa error. Fiuhhh! Lega rasanya.

Harap-harap penyertaan Mia diterima. Nak buang entri yang pertama.. dah ada komen. Jadi Mia biarkan aje lah.

Yang penting.. kena senyum walaupun tension. Alhamdulillah, selepas barulah boleh tarik nafas lega. Wish me luck!
Read more / Baca Lagi >>>

Big Fish Moment with Pizza Hut



Bigger fish! Big On Value!

Kami telah berjaya menaklukinya
Terukir keriangan di air muka
Sehingga terlupa segalanya
Menikmati kelazatan Fish King Pizza
Ikuti kisah kami selanjutnya

Hari itu adalah hari Sabtu, 29 Mei 2010. Kami memang cuti. Tiba-tiba di sebelah pagi, "Abang, Mia tengok kat peti sejuk ni banyak yang dah kosong, apa kata kita beli barang dapur arini? ". "Oh! ye ke? Abang tak perasan lah Mia. Eh! Dah pukul 10.00 ni, Mia siapkan anak. Kita keluar kejap lagi".

Sibuklah Mia menyiapkan anak dan menulis senarai barang-barang dapur yang hendak dibeli. Setelah siap, kami pun bergerak menuju ke pusat beli-belah yang di minati ramai... Jusco Bukit Indah yang terletak tidak jauh dari rumah kami.


Alamak...sampai-sampai je, terasa pula perut sudah berbunyi.. "Abang, apakata kita cuba makan pizza yang baru tu.", Mia bersuara. "Pizza yang mana satu?". "Ala.. yang tengah kecoh ni,  Fish King Pizza". "Ok, abang pun nak rasa juga, tengok kat tv tu macam kecur je".


Apalagi kami terus menuju ke Pizza Hut di kawasan Restaurant Street. Dan kini bermulalah babak-babak kemuncak kami di Pizza Hut.


Hmmm.. lazatnya. Susah juga nak buat pilihan. Tapi hati dah teringin sangat hendak makan Fish King Pizza. "Nak Fish King Pizza Set 1 lah". "Itu saja". "Ok, sila tunggu sebentar".


Kami menunggu agak lama sedikit. Maklumlah ramai betul yang datang ke Pizza Hut. Nak duduk pun kena tunggu giliran.


Apalagi dah sampai semuanya. 
Hmm... betul-betul baunya menusuk ke hidung. 
Tak dapat bayangkan. Jom serbu makannn... 


"Meh, Abang tolong ambilkan. Ni untuk Mia"
"Eh! Terima kasih, Abang"
"Ni Mia tolong ambilkan untuk Abang juga.."


Cara suami Mia sebelum menikmati pizza. Nampak kecurrr....

Menikmati ikan Alaskan Pullock yang dicicah dengan sup. Sedapppp....


Mia suka perah limau dulu baru ngaaapppp...

Suami Mia suka letak sos cili dan keju baru ngapppp...


Nyum..nyum... Fish King Pizza...
Sofea pula seronok menikmati garlic breadstix


Wajah-wajah kami yang keriangan semasa dan selepas menikmati Fish King Pizza

Pekerja Pizza Hut yang penuh dengan senyuman.
"Terima kasih. Sila datang lagi"

Kenangan di Pizza Hut takkan dilupakan.
"We love Fish King Pizza"

Selepas itu, barulah kami meneruskan hajat kami untuk membeli-belah barang-barang keperluan dengan senang hati dan gembira. Tak perlu fikir hendak makan di mana lagi. Semuanya ada di Pizza Hut.

Begitulah kisah kami. Anda pula bagaimana? Kami telah merasainya.. keenakan jejari ikan Alaskan Pollock yang diimport khas. Diringi dengan kelazatan campuran crabsticks, Mozarella cheese, roasted capsicums, yellow onions dan juicy pineapples. Semuanya di dalam cool lime mayo sauce yang akhirnya menjadi Fish King Pizza...

Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 28, 2010

Jadi Ahli GengBlogger


Hmmm... letih betul sejak semenjak ni... busy sangat buat promosi kuiz besar-besaran di merata-rata blog. Maklumlah ketika artikel ni ditulis baru 11 orang je yang join. Tak pelah sekurang-kurangnya ada daripada takde langsung.

Terfikir juga di hati agaknya blogger-blogger ni tak suka makan KFC kot. Saja nak sedapkan hati. Jangan risau, Mia tak kecik hati pun.

Nak citer skit dari dulu memang dah perasan GengBlogger ni cuma masa tuh belum sampai seru lagi nak join. Entah mcam mana ntah tiba-tiba tadi terus join melalui facebook akaun... saje je... apa salahnya berkomuniti... boleh dapat ramai kawan. Terlanjur tuh boleh lah promosi kuiz Mia ni.

Banyak jugak kelebihan jadi GengBlogger. Mia baru belajar skit-skit. Bagus juga kira macam persatuan jugak. Apa-apa pun Mia orang baru dalam GengBlogger, kepada yang senior tu, sila berikan tunjuk ajar.


Nampak tak Mia kat Ruangan Geng Blogger Terbaru
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink


Hmmm very interesting yet annoying a bit. This time the question asked us to blog about celebrities who stink. Quite funny. Don’t laugh. This is just an entry not assuming the said celebrity is really stink. First of all before I continue my writings, I want to apologize. Sorry..I didn’t mean to do that. Just suggesting not condemning.

So, the person could be the one who is really active, always perspire and sweating all over the body… Sport person is the suitable one… Others' celebrities might not that suitable.. So, deodorant is a must to feel comfort.

Thinking of who might be the best for my celebrity that really need to use deodorant… Guess what!

I choose Datuk Nicole David. Sure you know her, right? She’s a sportswoman who plays squash for Malaysia. She looks so adorable when playing squash. I admire her the most. Very professional look and style.

Women’s World Championships in 2005, 2006 and 2008, to being the youngest ever squash player to embrace the #1 spot, Nicol Ann David is the legendary undisputed world no. 1 squash player.”

Nicol then went on to become Malaysia’s youngest Datuk upon receiving the Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) from her home state of Penang. She was also awarded The Outstanding Young Malaysian Award for Personal Development & Accomplishment, followed by a number of local and international honours all in the same year.”

See, she really need a deodorant. Still smiling although tired after playing the match while drinking water. For sure, she got stinky smell from her sweat…An intensive anti-perspirant spray is a must for extra protection against perspiration. Should recommend her to use the new Adidas Action 3 Intensive which is the most suitable for her need. Come Datuk Nicole, please have a try on this product.. and you will be attracted to it.


Hope to spare your time watching these Episodes 36-39 of Project Alpha Season 2. Enjoy!
 








Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Read more / Baca Lagi >>>

Hadiah Misteri Telah Diposkan


Hadiah misteri memang dah dikhaskan kepada peserta pertama Kuiz Smile..Smile..Smile.. Sebagai penghargaan dari Mia. Sop telah berjaya membuat entri dan menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan cepat. Soal paling tepat ke tidak... kita kena tunggu sehingga tutupnya kuiz ini.

Hmm... lega rasanya dah selesai poskan hadiah misteri kepada Sop... Mesti tak sabar-sabar, kan? Tengahari tadi waktu lunch, Mia dah ke Pejabat Pos dalam satu shopping complex, area Bukit Indah (mesti macam dah dapat agak apa hadiahnya, yek?). Mia poskan guna Pos Ekspress dijamin sampai esok.


Esok kan cuti hari Wesak. Nampak gayanya, hari Sabtu lah hadiah sampai ke rumah Sop. Agak-agak apa yek hadiahnya.. Namanya pun dah misteri. Kenalah rahsia dulu..
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, May 26, 2010

Terapi 6 Gelas Air


Hanya dengan minum air putih, penyakit di bawah ini bisa disembuhkan. Anda tak akan percaya sebelum melakukannya. Di bawah ini daftar penyakit yang dapat disembuhkan oleh terapi ini:
  • Sakit Kepala
  • Asma
  • Hosthortobics
  • Darah Tinggi
  • Bronchitis
  • Kencing Manis
  • Kurang Darah
  • TBC Paru-paru
  • Penyakit Mata
  • Rematik
  • Radang Otak
  • Pendarahan di Mata
  • Lumpuh
  • Batu Ginjal
  • Mata Merah
  • Kegemukan
  • Penyakit Saluran Kencing
  • Haid tidak teratur
  • radang/Sakit persendian
  • Kelebihan Asam Urat
  • Leukimia
  • Radang Selaput Lendir
  • Mencret
  • Kanker Peranakan
  • Gangguan Jantung, Disentri
  • Kanker Payudara
  • Mabuk
  • Pusing
  • Gamang
  • Ambeien
  • Radang Tenggorokan
  • Batuk
  • Sembelit

Bagaimana Air Minum itu bekerja?


Meminum air putih dengan metode yang benar akan memurnikan tubuh manusia. Hal itu membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru, dalam istilah medis dikenal sebagai aematopaises. Bahwa mucousal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh metode ini, merupakan fakta yang tak terbantahkan, seperti teori yang menyatakan bahwa darah segar baru diproduksi oleh mucousal fold ini.

Bila usus bersih, maka gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja mucousal fold, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah merupakan hal penting dalam menyembuhkan penyakit dan memelihara kesehatan, dan karena itu air hendaknya dikonsumsi dengan teratur.

Bagaimana melakukan terapi ini ?
  1. Pagi hari ketika anda baru bangun tidur (bahkan tanpa gosok gigi terlebih dahulu) minumlah 1.5 liter air, yaitu 5 sampai 6 gelas. Lebih baik airnya ditakar dahulu sebanyak 1.5 liter. Setelah itu anda boleh melanjutkan kegiatan pagi hari lainnya.
  2. Hal sangat penting untuk diketahui bahwa jangan minum atau makan apapun satu jam sebelum dan sesudah minum 1.5 liter air ini.
  3. Juga telah diteliti dengan seksama bahwa tidak boleh minum minuman beralkohol pada malam sebelumnya.
  4. Bila memungkinkan, gunakanlah air hangat, air rebus atau air jernih yang sudah disaring.
Apakah Mungkin Minum 1.5 Liter Air sekaligus?

Untuk permulaan, mungkin akan terasa sulit meminum 1.5 liter air sekaligus, tapi lambat laun akan terbiasa juga. Mula-mula, ketika latihan anda minum 4 gelas dulu dan sisanya yang 2 gelas diminum dua menit kemudian. Awalnya anda akan buang air kecil 2 sampai 3 kali dalam satu jam, tetapi setelah beberapa lama, akan normal kembali. 

Menurut penelitian dan pengalaman, penyakit-penyakit berikut diketahui dapat disembuhkan dengan terapi ini dalam waktu:
  • Sembelit – 1 Hari
  • TBC Paru-Paru – 3 Bulan
  • Kencing Manis – 7 Hari
  • Asam Urat – 2 Hari
  • Tekanan Darah Tinggi – 4 Minggu
  • Kanker – 4 Minggu
Disarankan agar penderita radang/persendian dan rematik melaksanakan terapi ini tiga kali sehari, yaitu pagi, siang, dan malam satu jam sebelum makan – selama satu minggu, setelah itu dua kali sehari sampai penyakitnya sembuh.

Disarankan agar metoda diatas dibaca dan dipraktikkan dengan saksama. Sebar luaskanlah pesan ini kepada teman-teman, sanak saudara, dan tetangga – karena ini merupakan persembahan pada kemanusiaan. Dengan rahmat Tuhan, setiap orang hendaknya menjalani hidup sehat. “Bilamana Anda berpartisipasi dalam penyebaran informasi ini, Anda bagaikan seorang dokter yang telahmenyembuhkan ribuan bahkan jutaan umat manusia ”.

Nota: Informasi yang amat berguna untuk kita semua. Mia pun tak pasti kesahihan artikel ini. Tak salah kalau kita mencuba dan tengok kesannya. Diperolehi daripada email seorang sahabat
Read more / Baca Lagi >>>

Setia Seorang Lelaki



Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat  setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan doktor, aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari  bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap penyakit Alzheimer.

Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki. Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.?
Read more / Baca Lagi >>>

34. Cucur Udang



Bahan-bahan:

Untuk sos :
  1. 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus)
  2. 2 ulas bawang putih (ketuk)
  3. 1 cm halia
  4. 1 sudu teh garam
  5. 2 sudu makan gula
  6. 2 sudu makan gula merah
  7. ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar separa halus)
Untuk cucur :
  1. 1kg tepung gandum
  2. 300 gram udang basah (saiz kecil / sederhana)
  3. 2 pokok daun bawang (potong kecil-kecil)
  4. 500 gram taugeh
  5. 1 sudu teh baking powder
  6. 1 sudu teh garam
  7. ½ sudu teh serbuk kunyit
  8. Air secukupnya
  9. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk sos cucur udang :
  1. Satukan semua bahan kecuali kacang tanah di dalam periuk. Reneh dan kacau sehingga gula larut. Biarkan mendidih seketika.
  2. Masukkan kacang tanah. Tutup api dan ketepikan.

Untuk cucur :
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Kaup adunan dengan senduk separa bulat, letak 1 / 2 ekor udang basah di atas adunan. Masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos.
  4. Hidang bersama sos cucur udang.
Sedia untuk dihidangkan.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, May 25, 2010

Hadiah Untuk Kuiz Smile..Smile..Smile...


Hmmm... kebetulan Mia outstation ke Putrajaya semalam... dari pagi sampai tengahari... Jadi selepas tuh terus ke Kuala Lumpur. Destinasinya ke Wisma KFC yang terletak di Jalan Sultan Ismail untuk pembelian hadiah bagi kuiz ini. Jangan risau...kupon ini original tau!

Parking kereta jauh skit...  berjalan kaki menuju Wisma KFC

 
Pemandangan di sebelah tepi Wisma KFC

Pemandangan hadapan Wisma KFC

Kat sini lah Mia beli kupon-kupon KFC... kat tingkat 12

Amacam? Ok tak? Kupon ni boleh digunakan di KFC, Pizza Hut dan RasaMas

Jadi, rebutlah peluang ini. Mia harap peserta-peserta kuiz ini dapat memberikan jawapan yang betul mengikut kehendak soalan. Apa-apapun masa yang diberikan masih lama lagi. Rugi betul kalau tak cuba tau! Klik kat link ini Kuiz Smile..Smile..Smile..
Read more / Baca Lagi >>>

33. Cucur Pisang



Bahan-bahan:
  1. 1 sikat pisang emas (lecek)
  2. 300 gram tepung gandum
  3. 1 biji telur ayam
  4. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

  1. Gaul sebati pisang yang telah dilenyekkan bersama tepung dan telur. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna kuning kecoklatan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, May 24, 2010

Beautiful Hadith - Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel...'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, May 23, 2010

Di Sebalik Tabir


Ketika entri ini dibuat, Mia baru sahaja habis kelas.... Masih di OUM lagi, sedang tunggu husband ambil Mia.

Kuiz ini adalah contest yang pertama dari Mia. Mia harap kuiz yang Mia buat ini tidak menyinggung mana-mana belah pihak. Tujuan kuiz ini adalah semata-mata untuk memberikan penghargaan kepada follower-follower Mia. Tiada maksud lain selain daripada itu. Bajet untuk kuiz ini memang dah diperuntukkan sejak awal lagi oleh Mia dan husband. Diharap dengan adanya Kuiz ini, ianya dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim kita di dalam dunia blogging.

Alhamdulillah, Mia rasa syukur sangat atas apa yang Mia ada sekarang. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung Mia. Bukan semudah  seperti yang disangkakan. Mia dapat mengatasi cabaran yang dihadapi hasil daripada sokongan padu keluarga dan rakan-rakan. Yang penting sekali... "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".

Kejutan demi kejutan akan ada di dalam blog ini. Nantikan dengan penuh senyuman.
Read more / Baca Lagi >>>

Peserta Pertama Kuiz Smile..Smile..Smile..



Ni lah komen dari peserta pertama Mia. Risau gak buat Kuiz takut takde yang masuk...

Kepada peserta pertama ini, Mia nak ucapkan terima kasih banyak. Jangan terkejut kalau komen anda telah tiada di ruangan komen Kuiz Smile..Smile..Smile.. Semuanya Ada Di Sini. Tak perlu komen balik.

Mia telah sembunyikannya. Saje nak bagi gempak skit... Macam AF lah pulak...

Mesti tak sabar nak tahu apa hadiah misteri ini. Mia akan beritahu peserta pertama dan hadiahnya sekali nanti... selepas peserta pertama tahu, ok?  Sabar... ye...
Read more / Baca Lagi >>>

Syarat-Syarat Kuiz Smile.. Smile.. Smile..



Kuiz akan bermula pada 12.02 pagi 23 Mei 2010 dan ditutup pada 11.59 mlm 1 Jun 2010


Hadiah-Hadiah Yang Agak Menarik Untuk Dimenangi 
1 x Tempat Pertama :  Baucer KFC bernilai RM70
1 x Tempat Kedua : Baucer KFC bernilai RM50
1 x Tempat Ketiga : Baucer KFC bernilai RM30
5 x Tempat Saguhati : Baucer KFC bernilai RM10
Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua follower-follower Mia yang bermastautin di Malaysia (kalau yang belum jadi follower.. sudi-sudikan lah yek?)
  2. Hanya 20 soalan yang perlu dijawab
  3. Selama 10 hari sahaja masa yang diberikan (cukuplah... satu hari boleh buat 2 soalan)
  4. Buat satu entri dalam blog anda bertajuk Kuiz Smile..Smile..Smile..
  5. Masukkan sekali logo kuiz ini di dalam entri anda.
  6. Maklumkan kepada pengunjung-pengunjung blog anda bahawa anda menyertai kuiz ini.
  7. Masukkan url entri anda tadi ke dalam ruangan komen entri Kuiz Smile..Smile..Smile..Semuanya Ada Di Sini. (penting ni
  8. Jawapan tidak perlu dipaparkan di dalam entri tersebut tetapi hendaklah dihantar ke email eli_liana78@yahoo.com bagi mengelakkan ditiru oleh orang lain. Sila sertakan sekali url entri anda.
  9. Baca dan fahami soalan-soalan tersebut kemudian jawablah dengan tenang mengikut kehendak soalan. Soalan-soalan boleh didapati di dalam entri Kuiz Smile..Smile.. Smile.. Semuanya Ada Di Sini.
  10. Jawapan-jawapan anda hendaklah merujuk kepada blog Mia sahaja. (boleh copy & paste terus dari artikel)
  11. Jawapan yang paling tepat dan kata-kata yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
  12. Keputusan para pengadil adalah muktamad.
  13. Pemenang-pemenang kuiz ini nanti dikehendaki bergambar dengan hadiah masing-masing dan emelkan gambar tersebut ke eli_liana78@yahoo.com untuk entri pemenang kuiz Mia ini.
Sekiranya anda menepati syarat-syarat di atas, jom lah masuk kuiz ini. Tak perlu nak cepat-cepat siap. Hadiah ini khas untuk anda daripada Mia seisi keluarga. Cuba jangan tak cuba... Senyum tetap kena senyum...

Read more / Baca Lagi >>>

Kuiz Smile..Smile..Smile.. Semuanya Ada Di Sini




Rujuk entri Syarat-Syarat Kuiz Smile..Smile..Smile.. terlebih dahulu.Semoga berjaya menjawab soalan-soalan ini.. Good luck!

Soalan 1
Apakah nama gelaran yang diberikan pada kucing yang terdapat di dalam logo kuiz ini? Nyatakan spesiesnya.

Soalan 2
Apakah nama anugerah yang Mia terima daripada Open University Malaysia baru-baru ini?

Soalan 3
Apakah nama model dan jenis kereta yang sedang digunakan oleh Mia sekarang?

Soalan 4
Apakah warna beg P1 yang Mia terima daripada Project Alpha?

Soalan 5
Nyatakan tarikh pernikahan dan persandingan Mia.

Soalan 6

Di manakah Mia ingin bercuti dengan suaminya di dalam artikel My Dream Destination?

Soalan 7
Berapakah harga minuman Cool Blog yang selalu Mia beli di Giant Tampoi?

Soalan 8
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia. Ada berapa khasiat halba ini jika ianya diminum sebagai teh?

Soalan 9
Apakah 2 tips yang sesuai dalam mendidik anak supaya pandai dalam bahasa Inggeris?

Soalan 10
Buah Durian Belanda atau buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Apakah hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini?

Soalan 11
Berikan 2 tabiat yang boleh merosakkan otak?

Soalan 12
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Berikan maksud tanda-tanda sakit berikut:-
•    Batuk dan berasa gatal di kerongkong
•    Mulut berbau busuk

Soalan 13
Ada berapakah tips untuk mengurangkan keletihan bekerja?

Soalan 14
Sebutan yang simple tetapi sukar untuk di lafazkan, I Love You. Nyatakan sebutan ini di dalam Bahasa Itali dan Korea.

Soalan 15
Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati. Jelaskan 2 cara bagaimana untuk mencuci hati.

Soalan 16
Dalam cerita bangau, ada berapa ekor bangaukah yang sedang berehat di dalam tasek? Apakah motif sebenar yang hendak disampaikan?

Soalan 17
Senaraikan 6 jenis bos yang teruk.

Soalan 18
Ada berapa jenis bahan yang diperlukan untuk menyediakan kuih badak berendam?

Soalan 19
Berapakah kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Soalan 20
Karangkan kata-kata kreatif anda untuk B.L.O.G. M.I.A. (dalam 15 perkataan)
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, May 22, 2010

32. Cucur Nestum


Bahan-bahan:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. ½ cawan nestum
  3. ½ cawan ikan bilis (kisar halus)
  4. 1 batang lobak merah parut
  5. 1 labu bawang besar
  6. 2 tangkai lada merah
  7. 1 tangkai daun bawang
  8. 1 biji telur
  9. ½ sudu teh garam
  10. Air secukupnya
  11. ½-1kg minyak masak (untuk menggoreng)
   Bahan (5) hingga (7) hendaklah dicincang

Cara:
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air yang mencukupi.
  2. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
  4. Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato.
Sedia untuk dihidangkan.
Read more / Baca Lagi >>>

Tag... Kena Temuramah


Tag ni..Mia terima dari Shahreal dalam entrinya malam tadi. Hmmm... macam biasalah soalan-soalan yang perlu di jawab....

1. Bagi aku 5 blog yang korang selalu bace….
Selalunya mia akan baca blog follower-follower mia... dan mereka-mereka yang berkunjung ke blog Mia.. Sayang kat korang semua...

2. Ape yg best ttg blog tuh?
Semuanya ada... dari pelbagai latarbelakang dan bidang yang berbeza...paling banyak sekali personal blogging dan shopping cart... apa-apa pun memang best dapat release tensen dan daptkan maklumat, pengalaman dan rahsia kejayaan blogger-blogger yang lain

3. Brape kali dlm sehari korang bukak blog tuh?
Terpulang...bergantung kepada keadaan.. kalau suka.. datang banyak-banyak kali. Balas kunjungan lagi...Balas klik iklan nuff lagi...

4. Korang bgtau aku dari sumber mane korang tau blog2 tuh???…
Dari shoutmix... follower-follower.. dari pengunjung-pengunjung yang hadir... dari blogger2 lain.. dan yang seangkatan dengannya.

5. Ok!!… ape pendapat korang psl blog aku???….

Blog shahreal ni macam-macam ada... dia rajin berkunjung ke blog mia ni.... rajin sangat2. Kalau tak datang satu hari tak sah.... Blog dia ada linking ke News, Jobs, Sports... tak percaya? Jom tengok sini.

6. Korang tanyerr soklan nih kpd 5 blogger lain plak ok!!….
Mia nak sampaikan pada kawan-kawan Mia yang baru sahaja kenal... dan mereka ialah :

p/s:  jangan marah ye... ni untuk kita sesama blogger... harap dapat sampaikan pada yang lain... terima kasih banyak-banyak dari Mia.. Jangan lupa senyum=senyumlah selalu...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, May 21, 2010

Award dari Usop




Lagi...award dari Usop bagi menghargai follower-follower dia. Blog dia banyak berunsurkan lirik-lirik lagu tempatan dan luar. Mia ucapkan terima kasih banyak-banyak...

Salam perkenalan dari Mia. Semoga kita dapat menjalin perhubungan dalam dunia blogging. Tak dapat nak cerita panjang lebar. A special entry for you Usop. Smile always!
Read more / Baca Lagi >>>

Hanya Kerana Pencungkil Gigi


Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti "paper clip", "eraser" dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti sudu, pen dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi…contoh : seperti makan, tidur, lepak2 & sbgnya. Ingatlah!!! bukankah "KERJA" itu juga satu IBADAH? jangan jadikan alasan mengantuk dimalam hari kerana menyaksikan perlawanan bolasepak untuk anda sewenangnya tidur dlm waktu bekerja & apa pun jua alasan anda, beringatlah ALLAH senantiasa melihat…   


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


Bermuhasabah diri :

Diantara kita mungkin ada yang hanya pandai berkata-kata sahaja ibaratnya “buat undang-undang, tetapi diri sendiri yang melanggar peraturannya…itu tidak mengapa sebab diri sendiri itulah yang akan menggubal semula undang-undang tersebut..senang kata alahai…“tin kosong” Kita boleh dengar saja kata dia, tapi tolongla jangan percaya”

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, tanpa “keikhlasan “ pangkat yang kita dapat akan menyebabkan melarat. Gaji besar, tetapi ketenangan hati menurun.Wang yang banyak, sentiasa tidak kecukupan… Ingat !!! “what you give you get back… Golden rule” itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Wang yg didapat tidak berkat, mungkin akan dapat anak yang sukar dididik dan degil. mungkin dibalas dengan isteri atau suami yang berkira, bermuka-muka dan berpura-pura.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Sumber dari : ISUHANGAT.COM
Read more / Baca Lagi >>>

P1 Bag from Project Alpha


Guess what! Finally I received the P1 Bag after almost 2 weeks being postponed. A friend of mine had an outstation in Putrajaya and collect the prize for me. Hmmm... what do you think? The bag is very nice and sweet in pink + black colour. Simple and easy.


Oh... for those who don't know yet... You can refer to my previous post here. Thanks a lot Project Alpha...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017