17. Buah Bidara



Bahan-bahan :

Untuk inti :
  1. ½ cawan gula merah
  2. ¾ cawan gula putih
  3. 2 cawan kelapa parut muda
  4. 2/3 sudu makan tepung gandum
  5. 2 helai daun pandan

Untuk kuih :
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. Inti kelapa secukupnya
  3. 2 cawan isi keledek (rebus dan lecek)
  4. ½ biji kelapa parut (putih sahaja)

Cara :

Untuk inti :
  1. Semua bahan untuk inti kecuali kelapa dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Gaul rata dan masak hingga gula larut serta mendidih.
  3. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Angkat dan ketepikan.

Untuk kuih :
  1. Gaul rata keledek dengan tepung membentuk doh. Gentel doh bulat-bulat sebesar guli.
  2. Isi inti kelapa di tengah-tengah doh.
  3. Sementara itu jerang air di dalam periuk.
  4. Rebus doh berinti sehingga inti timbul dan angkat. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut.

Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments