19. Buah Melaka


Bahan-bahan:
  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu garam
  4. ½ sudu teh pewarna hijau
  5. 2 helai daun pandan
  6. Air secukupnya
  7. 2-3 keping gula melaka (dipotong dadu)
  8. 1 biji kelapa parut (putih sahaja)

Cara :
  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah-tengahnya.
  3. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih. Bebola timbul apabila masak. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.

Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam..sedap nyaa buah melaka!!!teringin nak makan,nanti nak cuba buat sendiri la.terima kasih atas perkongsian,ada resepi cara nak buat kuih yang lain-lain lagi tak?

    ReplyDelete
  2. waaaaa...lame xmkn buah mlake...hukhuk..cik mia ata la kat umah ye nt..hahaak..;p

    ReplyDelete
  3. sodap lak ai.......
    tq for sharing.......
    sharing is caring...
    caring is loving.......
    but im not les...
    huahahaha

    ReplyDelete