21. Cakoi


Bahan-bahan:
  1. 1 kg tepung naik sendiri
  2. 11 gram yis segera
  3. 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung)
  4. ½ cawan gula (jadikan air gula)
  5. ½ cawan minyak masak
  6. ½ sudu teh soda bikarbonat
  7. 1 sudu makan serbukbawang puti (jika suka untukperisa tambahan)
  8. Garam secukup rasa
  9. ½ - 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
  10.  Seri kaya dan mentega untuk inti
Cara :
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk doh. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 2030 minit di dalam bekas yang
  2. dibalut dengan kain lembab.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Potong doh memanjang dalam ukuran 1”X 4” hingga habis. Cantumkan 2 potongan bersama bebentuk 2” X 4” dengan tekanan menggunakan kayu stik (chopstick) yang telah disapu minyak.
  5. Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat.
  6. Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau. Sapu mentega dan isikan seri kaya dalam belahan tersebut.
Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. memang sedap pun...kalau makan panas2... di waktu petang

    ReplyDelete
  2. salam, sedapnye kueh caki ni, agak2 dah 3 tahun tak makan cakoi.. ummmmm
    http://edarannama.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wahh cmtu je ek nk wat cakoi..
    sedap2..
    ada org cicah dgn kicap ada dgn sambal~nyam3

    ReplyDelete
  4. rindu nak mkn cakoi kt gerai mse duk hostel dlu.. huhuhu...

    ReplyDelete