Jijik Pada Hajarulaswad…

Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram, salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba-tiba menjerit memanggil-manggil saya.

“Ustaz!!!ustaz! ! Macam mana ni?!!! Apa kita nak buat!!!”

Kata Rahman termengah-mengah.

Muka nya pucat lesi. Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya. Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.

“Bertenang Man…bertenang. Kenapa ni? Cerita perlahan-lahan…” kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba bersuara.

“Entahlah ustaz. tak tahu macammana saya nak mulakan” katanya seperti orang baru lepas lari 100 meter.

“Kenapa pula” saya bertanya lagi.

“Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan tu. Tadi pagi tiba-tiba saja, saya lihat mukanya…mukanya ustaz…lain macam” kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.

“Lain macam mana?” saya bertanya sedikit cemas. "Dr. Hisham tu kan ke berkulit cerah, tapi pagi tadi saya terserempak dengannya, hajat nak mengajaknya solat subuh, saya lihat mukanya hitam legam.

Saya betul-betul terkejut ustaz.

Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika.

Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali. barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam.

Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya"

“Saya rasa eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yang berlaku…dia nampak gusar benar. seperti ada sesuatu…” kata Rahman bersungguh-sungguh.

Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam. Dalam hati , saya tertanya-tanya apa yang berlaku.

Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.

Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan-lahan.

Tuk..tuk. tuk..tapi tiada jawapan.

Lima minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan krekkkk, bunyi tombol pintu di tarik.

Sebaik pintu terbuka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi.

Memang wajahnya hitam seperti arang tapi tangannya masih seperti sediakala.

“Assalamualaikum.” tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut saya.

Rahman mencuit pergelangan tangan saya.

“waalaikummussalammm . Silakan masuk Rahman, ustaz,” balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.

Saya dan Rahman melangkah masuk dan mengambil tempat duduk di sofa yang terletak di tepi katil.
Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.

Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu, dia menekup muka dengan kedua-dua belah tangan. “Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?” tiba-tiba Dr. Hisham meraung-rung seperti histeria.


Saya dan Rahman berpandang-pandanga n. Saya tak tahu nak kata apa. Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama. Kerana itulah dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.

‘Sabar, sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namun kita jangan berhenti daripada berusaha,” saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya. Rahman terus terpaku.

“Ustaz, ini balasan Allah ke?” dia bertanya seperti orang bodoh.

“Balasan apa? Jangan cuba mencari-cari doktor,” kata saya lagi.

“Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar.

Mungkin ini yang saya terima” kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.

Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu. Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya. Kami benar-benar tak tahu apa maksud kata-katanya.

“Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan.

Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajarulaswad. Saya cukup geli…!!!

Dalam kepala saya sering terbayang betapa banyaknya kekotoran dan kuman yang melekat di situ.

Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajarulaswad, jangankan nak menciumnya!” katanya sunguh-sungguh.

“Setiap kali tawaf, saya pandang Hajarulaswad tu penuh jijik dan memualkan.

Saya melayan perasaan saya melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya. Mereka tak tahu kotor ke?”

Katanya dalam suara yang cukup menyesal. “Astaghfirulllah hal azim,” saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya.

Saya mengeleng-geleng. “Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah,” katanya teresak-esak.

“Beginilah…seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat.

Mohonlah keampunan daripada Allah. Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup hajarulaswad,” kata saya untuk menenangkannya.

“Diterima Allahkah doa saya ustaz?

Dosa saya terlalu besar, mempersoalkan apa yang ada di tanah haram ini.

Bantu dan bimbinglah saya. Saya insaf kini,” katanya dalam nada yang mendayu-dayu.

Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan.

Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama-sama menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa kami.

Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan ke langit. Terharu sungguh saya melihatnya.

Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.

Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa manunaikan solat-solat sunat selain wajib.

Dia kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajarulaswad. Dikucup di ciumnya Hajarulasad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.

Berkat doa yang tidak putus-putus, tiga hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah, akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.

“Saya berjanji akan menjaga segala perbuatan dan tidak akan memepersoalkan kekuasaan Allah lagi. Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,” kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.

“Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu.Anggaplah semua ini ujian Allah,” kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya. Berkali-kali dia mengesat airmatanya.

Post a Comment

1 Comments

  1. masyaAllah. hajarulaswad tu punya suci dipandang hina. tu semua maha suci Allah. janganlah rumah dang barang-barang suci Allah juga dipandang hina.

    sebab tu pepatah melayu ada berkata kerana mulut badan binasa.

    ReplyDelete