image Tips Menghalang Semut - Mia Liana

Friday, July 9, 2010

# Tips

Tips Menghalang Semut


Rumah anda ada banyak semut tak?
Tahu tak macam mana kita dapat menghalang semut daripada memasuki balang gula / bekas makanan / tin susu anda?

        
Begini caranya ;
  1. Ambil kapur tulis (atau chalk) * kalau boleh guna yang warna putih lagi baik
  2. Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan
  3. Semut tak suka kepada kapur (CaCO3) Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tidak akan mendekatinya

Satu lagi cara, kalau ruang nak lukis garisan tak ada atau tak cukup :
  1. Ambil tali yang dibuat dari kapas atau kain (yang boleh menyerap cecair)
  2. Celupkan dalam minyak masak
  3. Ikatkan sekeliling balang tersebut. Semut tidak akan lintas tali
    Sebelum ikat, perahlah dahulu tali tersebut bagi mengelakkan minyak meleleh

Selamat mencuba!

19 comments:

  1. Makasih tipsnya, bermanfaat banget

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. umah saya byk semut!

    ReplyDelete
  3. bgs jugak tip ni.. ye.. :)
    zakiah dah folo akak jd folower yg ke 983.. :))
    neway,tq visit blog zakiah.. happy friday kak.. have a nice day.. comel kiut miut anak.. :)
    keep in touch.. =)

    ReplyDelete
  4. makin cegah makin banyak plak..!!
    "mati gula kerana semut"..so aku jamu gula kot2 leh hilang terus...kakaka xboleh blah.

    ReplyDelete
  5. Salam mia,

    bolehlah cuba tips ni, kat rumah akak pun banyak semut ni, kalau ynag besar tu senang sikit nak lari, yang halus2 tu..mak oi..
    tq mia.

    ReplyDelete
  6. nice tips..
    nak cuba..
    ahaks mana nak cari kapur tulis nie.. hehehhe

    ReplyDelete
  7. bagusnya tips nie,kak mia..leh try..=)

    ReplyDelete
  8. mekasih bg tips...
    semut skang dh immune ngn ubat serbuk yg kita salu beli tu...nak try plak cara guna kapur tulis ni...

    ReplyDelete
  9. kapur ek..mana lak nak cilok kapur..

    ReplyDelete
  10. salam,wah! rumah amir banyak semut nie..ha,nanti amir ikut..hehehe

    ReplyDelete
  11. menarik lah! hehe. saya pun ade buat, tapi pakai kayu manis, letak dalam balang gula. hehe

    ReplyDelete
  12. miza penah try guna kapur tapi semut-semut tu buat tak kisah je. agaknya semut zaman sekarang dah maju kot. selalunya miza spray guna ridsect je.

    kalau dekt balang gula, trpksalah tuangkan gulatu dalam dulang n letak tempat panas. semut akan lari berkeliaran. yeah :)

    ReplyDelete
  13. hehe yep2 bags tips nihh..
    umah fatin sgt banyk semut...suka sgt hurung2 merata tmpt..
    kat laptop pun dok ada hahahaha
    opsss....:D

    emm nnt fatin try wat macam tips yang kak mia berikan ni...
    klu berjaya bagus la..
    info kak mia sgt berkesan
    kita tgk & lihat ya :D

    ReplyDelete
  14. leh amik kapur kt sekolah nanti..hehehe

    ReplyDelete