Sijil Penyertaan Hari Belia Negara 2010


Hari Jumaat lepas, 30 Julai 2010, terkejut juga Mia. Ada surat dari Information Technology Youth Movement (ITYM). Rupanya Mia dapat Sijil Penyertaan Hari Belia Negara 2010. Sukanya sebab tak sangka boleh dapat. Lagipun penglibatan Mia hanya sedikit sahaja. Cuma war-warkan dalam blog ini tentang Hari Belia Negara 2010 dalam artikel National Youth Day 14-16 May 2010.

Terima kasih diucapkan, walaupun penglibatan blogger seperti Mia hanya sedikit tetapi turut dihargai.

Secara tidak langsung, seperti yang dimaklumkan Mia telah terpilih untuk menyertai dan menjadi sebahagian dari Peserta yang akan mempromosikan Hari Belia Negara 2011 yang akan berlangsung pada 15 Mei 2011.

Entri ini dibuat khas seperti yang dikehendaki ITYM untuk mengambil gambar bersama-sama dengan sijil yang telah diberikan dan perlu dipamerkan di dalam blog dan link url entri ini perlu dihantar ke itym2007@yahoo.com. Gambar tersebut akan dijadikan laporan untuk diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Dato Shabery Cheek untuk penglibatan blogger dalam mempromosikan Hari Belia Negara 2010.



Mia juga ada menerima poskad sebagai tanda permulaan promosi Himpunan Sejuta Belia yang akan diadakan pada 2011. Semoga hasrat ITYM untuk bersama-sama blogger mengambil inisiatif untuk mengumpulkan 10 Ribu Blogger bagi menyambut Hari Belia Negara 2011 akan tercapai.

Blogger Kreatif Pemacu Pembangunan Negara. Sama-samalah kita menjayakannya dan menjadikannya satu realiti.

p/s: Mia tak dapat datang hari itu. Terasa terharu sangat, penglibatan yang kecil tetapi amat bermakna dan dihargai....

Post a Comment

15 Comments

  1. wahhhh...bestnya...xsangka jugak leh dpt cmni kan...tahniah ye akak...

    ReplyDelete
  2. tahniah..
    ramai blogger dah dpt..
    sop mmg x join ari tu, so tak dapat la :)

    ReplyDelete
  3. wah..bestnye...tahniah kak..ifa masih baru masa tue..so xtau..hihi

    ReplyDelete
  4. alamak tak buat lagi la post pasal ni

    ReplyDelete
  5. terima kasih...jom lah join sama untuk tahun depan...

    ReplyDelete
  6. wahh aktive btoi kak mia ni :D
    taniah ehh :)

    ReplyDelete
  7. tahniah kaq mia.. keen tumpang tengok dan tumpang gembira.. ^_^

    ReplyDelete