Sofea Demam Panas Dan Muntah-Muntah


Hari Pertama -  Selasa 17/8/2010

Dalam pukul 2.00 petang, Mia dapat panggilan dari Mak Semah (pengasuh Sofea). Katanya tiba-tiba Sofea demam panas dan menggigil. Apa yang masuk semua keluar. Dah muntah 2 kali. Terus Mia gerak ke rumah Mak Semah yang sememangnya tak berapa jauh dari pejabat. Sampai je, bawa Mak Semah dan Alia sekali (anak orang lain yang Mak Semah jaga) pergi Klinik Kamal. Dapat ubat demam dan batuk/selsema.
Petang,  panas Sofea dah reda.


Sebelum tidur pukul 12.00 malam, Mia berikan ubat kat Sofea. Tiba-tiba pukul 2.00 pagi, badan Sofea terlalu panas. Risau dan terus masukkan ubat cucuk. Baru reda lepas sejam.

Hari Kedua - Rabu 18/8/2010


Sofea asyik merengek je sepanjang masa. Kejap panas kejap tak. Mia tidak kerja, ambil cuti cemas. Kekadang lap badan dia dengan tuala basah. Sofea sudah mula tak mahu makan, minum susu ataupun makan ubat. Sakit tekak, panas sangat. Banyak kali pujuk dia untuk minum susu.

Lepas buka, bawa Sofea ke klinik untuk kali kedua. Doktor bagi ubat demam lagi dan antibiotik. Singgah rumah Mak Mertua, beri ubat dan Sofea boleh nak minum susu. Masalahnya Sofea taknak minum susu kalau Mia beri. Mungkin sebab Mia paksa dia minum ubat tu yang dia merajuk.

Balik rumah dan tidurkan Sofea seperti biasa. Sepanjang malam Sofea kejap tidur, kejap nangis. Mia lapkan badan dia dengan tuala basah sepanjang masa.


Hari Ketiga - Khamis 19/8/2010

Mia tak kerja lagi hari ini. Badan Sofea dah suam-suam kuku panasnya. Tapi masih merengek lagi sebab tekak sakit. Lepas beri ubat, Sofea terus tidur. Cuma makan masih tak nak lagi. Asyik nak dokong je sepanjang masa, Tak leh lekang. Malam pun susah tidur.



Dalam hati cepat-cepatlah Sofea sembuh, risau dahlah Sofea tak pernah demam seteruk begini. Selalu satu hari je, dah sembuh. Mungkin sebab Khamis lepas, Sofea inject 1 tahun punya.  Ni lah demam ketiga Sofea . Betul-betul menguji kesabaran dan kekuatan Mia.


p/s: Harap maaf, tiada entri baru dalam beberapa hari lepas. Mia sibuk sangat jaga Sofea siang malam. Blogwalking pun husband Mia yang tolong. 

Post a Comment

13 Comments

  1. Salam MIa,

    Comel jer dia walaupun demam. Anak kalau demam begitulah, merengek selalu,nak dukung sampai kita tak tahu nak buat apa, Moga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. ala2 siannyer budak comei ni,demam plak dia...

    sofea rajin2 mkn ubat k biar cepat sembuh....mesti mkn n minum susu tau...muuuuaaahhh!!!

    ReplyDelete
  3. insyaALLAh beberapa hari lagi sembuh lah dia nanti ;)

    ReplyDelete
  4. syafakillah adik kecik~ sangat cumil anak kamu~;)

    ReplyDelete
  5. syafakillah adik kecik~ sangat cumil anak kamu~;)

    ReplyDelete
  6. sian sofea demam mg cepat sembuh yer..take care untuk mama sofea jugak

    ReplyDelete
  7. Salam kak Mia.
    Semoga Adik Sofea Cepat Sehat :)


    New Entry Prof-Hariz
    Dalam kain Batik Ada Rm15.2 Juta

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua.. alhamdulillah sofea semakin pulih sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. moga cepat sembuh dan ceria kembali.. :)

    ReplyDelete
  10. moga adek sofea cpt sembuh ye..=)..demam nak besar tue..hii

    ReplyDelete
  11. kunjungan balas dari pendekar...semoga sihat selalu...pendekar pijak karpet merata-rata ya....hehe..

    ReplyDelete
  12. siannya kat sofea....
    sekrg dah smbuh kan..alhamdllillah :)
    apa2 pun si kecil sgt comel :)

    ReplyDelete