Suntik Minyak Masak Pada Wajah Kerana Ketagih Silikon

Gila tak gilanya perempuan zaman sekarang. Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka. Akibatnya, tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.

Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya.

Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan.

Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik.

Sebelum dan selepas.

Sampai satu masa, doktor tempat Mioku sering mendapatkan khidmat bedah plastik tidak sanggup lagi untuk melayan permintaannya. Doktor tersebut menasihatkan Mioku untuk berjumpa dengan pakar psychiatric bagi merawat ke-obsess-an Mioku terhadap bedah plastik yang dianggap sebagai suatu sindrom dari masalah psikologis.

Perubahan besar yang terjadi pada wajah Mioku menyebabkan keluarga dia sendiri pun tak dapat nak cam dia lagi. Mak ayah Mioku menghantar Mioku ke doktor untuk merawat wajahnya, tapi oleh sebab rawatan tersebut memerlukan biaya yang besar, Mioku kembali melakukan kebiasaan lamanya iaitu mendapatkan khidmat bedah plastik yang murah dan berbahaya.

Hingga akhirnya, Mioku berjumpa dengan seorang doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, doktor tersebut juga memberikan Mioku jarum suntik dan silikon supaya Mioku dapat menyuntikkan silikon ke wajahnya sendiri. Malangnya, bila dah kehabisan bekalan silikon yang diberi kepadanya, dia menggantikan silikon tersebut dengan minyak masak.

Kejadian yang dialami Mioku akhirnya diketahui oleh orang ramai. Melalui satu rancangan di televisyen, penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk Mioku bagi memperbaiki wajahnya kembali.

Pada pembedahan pertama, doktor berjaya mengeluarkan 60 gram cairan asing dari wajahnya, dan 200 gram dari lehernya. Setelah beberapa kali dibedah, wajah Mioku mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum dapat kembali ke bentuk normal.


Mioku menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar wajahnya dapat kembali lagi seperti sebelum melakukan pembedahan plastik.

p/s: bersyukurlah atas apa yang kita ada...

Post a Comment

25 Comments

  1. ish2... tula bila ciptaan tuhan diubah.. dapat cash terus,,

    ReplyDelete
  2. waaa...
    takot melihat nya....
    dah elok2 cantik gatai nak bedah2...huhu

    ReplyDelete
  3. manusia yang tidak pernah2 bersyukur. semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  4. pengajaran kepada yg mengejar kecantikan sampai sanggup buat apa sahaja..
    bila tidak puas hati ciptaanNya.. itu lah jadinya.. skrg dah nak kembali kpd asal plak.. ikss

    ReplyDelete
  5. Janganlah mengubah ciptaan Allah kecuali apabila memudharatkan jika pada kedudukan asal.. terimalah apa yang ada dan bersyukur..

    ReplyDelete
  6. bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini..
    ^_^

    ReplyDelete
  7. Aduh, kesian...tak boleh bedah sembarangan...

    ReplyDelete
  8. ciannye..kte kena bersyukur dgn ape yg kte ade kan..=D..jgn tamak

    ReplyDelete
  9. first time singgah sini
    seb baik tinggal jejak kat chatbox
    huh, kesian la plak tengok mangsa
    tp nk buat camne, dh ni jalan yg die pilih
    moga menjadi pengajaran kpd yg lain

    ReplyDelete
  10. salam..
    ish2 teruknya muka dia..
    jgn ubah cipta Allaw swt..

    ReplyDelete
  11. sebagai pengajaran pada kita semua..bersyukurlah dgn apa yg ada..

    ReplyDelete
  12. pergh...sanagt terokk..
    lawa sangat lah tu..haih...kesian pun ade

    ReplyDelete
  13. singgah cni ya mie..maaf ya..ros tak leh reply di shoutbox..lappy nye skrin kecik sgt..hu2...

    ReplyDelete
  14. ish..cian betul..tp ada ke smp minyak masak die sggp suntik kat muka...

    ReplyDelete
  15. susah lah bila terlalu obsess nk cntik...

    ReplyDelete
  16. adoi..keciannya..inilah padahnye orang tak reti bersyukur.muka asal die dah elok cantek dah tapi nak tak bersyukur.aduyai..

    ReplyDelete
  17. wah sgt2 effect muka dia..
    emm so ni satu pngajran kat sapa yang suka nyuntik2 nih ..kan kak mia.?? :)
    so biar la rupa kita seprti mana yang tlh dicpta..jgn sklai2 kita mengubahnya :D

    ReplyDelete
  18. tu la org klu dh x tau besyukur,suka sgt buat benda x berfaedah...akhirnyer....eeemmm....terimala padah...

    ReplyDelete