Thursday, September 2, 2010

Jom Buat Ketupat... Hias Ofis

Kerja tetap kerja. Hias tetap hias. Masa perlu diluangkan untuk menghias ruangan ofis. Al-maklum lah setiap tahun memang macam ni. Kalau tak buat macam tak sah. Maka inisiatif perlu ada untuk menghias dan mencantikkan ruang bahagian atau unit masing-masing bagi menyambut Hari Lebaran tak lama lagi.

Pening gak nak buat ketupat ini, apa taknya setahun sekali je baru buat. Terkial-kial juga dibuatnya. Kakitangan Unit Teknologi Maklumat dan pelajar praktikal sama-sama buat ketupat menggunakan reben warna-warni. Susah juga nak buat ketupat guna reben ni.. licin.. walaupun leceh tapi hasilnya tetap memuaskan.

Ada banyak jenis ketupat. Ketupat yang glamour, jenis bawang dan jenis sate. Nak tahu cara-caranya? Pilih 2 warna reben yang menarik. Kalau sama warna nanti nampak macam tak meriah . Mula-mula buat rangka dulu lepas tu teruskan anyam sampailah habis. Ketat-ketatkan sedikit.

Ni gambar Lala Reika, pelajar praktikal ketika sedang buat ketupat

Macam mana? Banyak lagi ketupat yang perlu dibuat ni. Esok last menganyam. Rasa betul-betul semangat nak raya ni, buat ketupat diiringi lagu raya...

Baru hias sedikit, ingat nak tambah ketupat lagi...

p/s: macamana dengan persiapan ofis kengkawan blogger? dah siap ke tengah buat... heheh...

16 comments:

  1. wah..
    ketupat menarik..
    mcm2 kaler ade..
    bler nk masak ? hehehe :)

    ReplyDelete
  2. wah2..ifa mmg xpandai nie sis..my dad yg pandai..hihi

    ReplyDelete
  3. wah,, meriahnya office..
    opis sop dah pasang lampu lip lap :)

    ReplyDelete
  4. nnt wat tutorial anyam ketupat lak..hehehe
    nk blaja nie..nk sgkut kat dnding umah..hehehe

    ReplyDelete
  5. ketupat ne kalo makan dengan serunding sedap jugak tak? hehe

    ReplyDelete
  6. teringat masa keje dulu pn menghias opis gak, tp beli ketupat lip lap je..best dkt2 nk raya pasang benda2 ni..

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua... rasanya susah nak ajar cara-cara buat ketupat . sebenarnya kena ajar depan mata kalau tak nanti tak jadi...

    p/s: mia pun xreti sangat... cuba2 nasib jadi...

    ReplyDelete
  8. raya nti buat la ketupat pulut.. anyam ketupat bawang.. best punye..ehehe

    ReplyDelete
  9. salam..nak blaja gak la anyam ketupat ni.raya dah dekat ni

    ReplyDelete
  10. Tentu cantikkan opis dihiasi dengan ketupat riben tu. Mood raya dah datang.

    ReplyDelete
  11. mana boleh makan... ni untuk perhiasan je....

    yang boleh dimakan guna daun kelapa... hehhehe

    ReplyDelete
  12. kak mia ...hahaha serius fatin ingt tadi nak wat ketpat untuk dimakan...
    rupanya nak wat untuk hias pents 2 hehehehe
    apa2 pun cantik :D
    suka yang pink kale hehehe

    ReplyDelete
  13. fatin hanani : bukan pentas.. letak kat partition luar unit ict... terima kasih

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Purchase Here @ Mialiana.com

March Top Supporters