Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat Dengan Kerajaan


Hari Rabu lepas, 10 November 2010, Mia ada mid term exam. Petang tu pula dalam pukul 2.00petang, Mia dan Lela terus gerak ke Kuala Lumpur dan bermalam di Hotel Kualiti. Esoknya kami perlu menghadiri Seminar - Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat Dengan Kerajaan di Hotel One World, Damansara. Ramai betul yang hadir. Penuh satu Dewan Ruby. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada agensi kerajaan yang telah mendapat 5 stars dan menerima Sijil Pengiktirafan Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2010. Begitu juga pemilihan ahli -ahli panel yang berwibawa dalam menjayakan forum Social Media Channels as a Vehicle to Engage Citizen dan Government Approach in Embracing Social Media.


Begitu pentingnya media sosial dan banyak maklumat baru yang kami perolehi.
  • Rangkaian saluran sosial seperti Blog, Facebook, Twitter dan Wikis merupakan saluran media yang semakin mendapat perhatian rakyat pada masa kini.
  • Malaysia menduduki tempat ketiga dalam penggunaan facebook.
  • Secara purata pengguna Malaysia mempunyai 250 sahabat di dalam facebook berbanding dengan Jepun yang mempunyai 23 sahabat.
  • Penglibatan rakyat Malaysia : 4.2 juta pengguna Friendster, 6.2 juta pengguna Facebook
  • Faedah media sosial :
    • Saluran yang terbaik bagi kerajaan berkomunikasi dengan rakyat.
    • Memberi ruang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam memberi pendapat dan idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

















p/s: makanannya memang sedap... ingatkan makan ala-ala buffet (boleh ambik banyak) rupanya serve (seganlah nak tambah)

Post a Comment

10 Comments