December 2010

Friday, December 31, 2010

OUM Tutor and Class Story


As an OUM student every semester after final exam, we need to fill in the Evaluation Form on Tutor Performance. This is a must and should be applied to all OUM student. We can express out our opinion freely. Suddenly, without noticed I am exposing part of OUM student activity. I do not know how other university either IPTA or IPTS get feedback from their students.



As you can see here... in OUM we have 2 tutors (lecturers) for each subject. One is for face-to-face tutorial (classroom lecturer) and another one is e-tutor, who is responsible in online forum discussion. E-tutor will cover all the students throughout Malaysia whom are taking the same subject. But face-to-face tutor only cover 1 classroom at one time which has less than 20 students.

The one that I like the most in OUM practice is that although there are many students registering the same subject in a semester, for example English for Oral. There will be many classes open for that subject. If there are 100 students, could be 5 or 6 classes will be opened.

 My timetable for Januari 2011 Semester. At the moment only have 3 students registered for these subjects.

This is very important to me. If the class is too crowded with students, we won't have full concentration during the lesson. Many problems will occur such as difficult to get attention from the lecturer, cannot hear clearly, always distracted, chit-chatting with friend, cannot focus, not comfortable and so on. At the end of the day, we end up with stress and frustration.

Don't let this happen, whatever it is you know how to adapt yourself in class and what is best for you to study. Till then, good luck and do study smart!
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, December 30, 2010

Sasaran 3000 Follower Telah Tercapai


Alhamdulillah.. syukur Mia... Blog ini telah mencapai sasaran follower melebihi 3000 menjelang 2011. Terima kasih tidak terhingga kepada blogger yang sudi follow blog Mia yang tidak seberapa ini. Mesti tertanya-tanya macam mana Mia boleh sampai ke tahap ini.

Untuk pengetahuan semua... walaupun blog ni sudah wujud dari tahun 2007, widget Follower ini Mia baru letak pada bulan Mac 2010. Ini bermakna selama 9 bulan, Mia cuba sedaya upaya hendak mencapai sasaran ini. Mula-mula rasa macam mustahil, tapi lama-lama impian menjadi kenyataan. Memang tidak dapat dinafikan, bukan senang nak terjah blog baru untuk di follow dan tidak semua blog yang kita follow tiu akan follow kita balik... 

Strategi Yang Mia Lakukan :
  • Update entri setiap hari (kalau boleh)
  • Menukar templat blog sebulan sekali (ramai yang suka)
  • Membuat entri yang pelbagai bagi menepati citarasa pengunjung
  • Membuat pengunjung gembira dan suka untuk datang kembali ke blog Mia
  • Membuat pertandingan dan hadiah kepada follower bertuah
  • Sentiasa cari blog baru untuk di follow
  • Follow balik blogger yang dah follow blog Mia (tak semua.. ada yang tiada link)
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan (blogwalking, exchange link, komen entri)
Follower amat penting sebenarnya bagi memastikan populariti satu-satu blog. Setuju tak? Apa yang Mia nampak sekarang ni, kalau kita buka blog orang lain, apa yang kita cari dulu? Mesti lah bilangan follower dia, kan?

Sejak follower dah ramai ni, Mia rasa suka sangat sebab entri mudah dapat komen daripada pengunjung. Mudah dapat BE dari Nuffnang. Mia pun dah dapat ramai kawan sekarang ni. Semoga pengunjung akan mendapat manfaat dan maklumat yang berguna dari blog Mia ni.

p/s:  kalau tak suka dan nak komen tentang kekurangan blog Mia ni, dipersilakan...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, December 29, 2010

Leganya Dah Habis Exam



Rasa lega sangat dah habis exam. Hari ni punya paper agak susah sikit. Ada juga yang Mia tak dapat jawab. Soalan esei yang last tu macam susah. Mia dapat jawab separuh je. Tak tahu lah yang lain tu Mia jawab betul ke tak? Padahal dah habis satu buku Mia baca. Soalan agak tricky dan boleh senang-senang tersalah bagi jawapan. Ni yang paling mia takutkan sekali. Apa-apa pun Mia dah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan GPA semester ni. Harap-harap sangat dapat melepasi syarat Dermasiswa OUM yang Mia dapat tahun ni. Mesti 3.67 ke atas. Doa sangat agar penanda kertas jawapan paper ni akan bagi markah kesian kat Mia...

Terasa macam dah lepas satu beban yang berat. Dapatlah berehat sedikit sebelum semester Januari bermula pertengahan bulan depan. Begitu cepat masa berlalu. Buat masa ini Mia tidak buat apa-apa bayaran untuk semester depan. Mia dikecualikan. Tu lah harapan Mia agar OUM dapat memilih Mia lagi sebagai penerima Dermasiswa untuk tahun depan.

Semuanya bergantung kepada keputusan semester September 2010 ni. Dah la semester ni Mia agak frust dengan paper hari ni. Yang 2 lagi subjek tempohari hari tu harap-harap dapat keputusan yang baik. Takut betul rasanya nak tengok keputusan semester ni. Tekanan tu....

Kehidupan masih perlu diteruskan. Semangat perlu ada untuk semester depan yang lebih mencabar dengan 2 subjek programming... huhuhu... Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi sokong dan bagi semangat pada Mia... Love you all...

p/s: perlu tabah hadapi semua ni..
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, December 28, 2010

Tomorrow Final Exam For Management of Information System (Last Paper)



Finally... tomorrow is the last day for my final exam. This subject is in essay assessment. Today I take leave to cover the whole book. Study..study..study... Time is so precious at this moment. Seems not enough for me. I don't know how other OUM students manage their time...

Nothing much to say this time. Need a lot of focus on my study. Until then... thanks for dropping by. Wish me luck! 

p/s : nervous a bit... worry a bit...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, December 27, 2010

Bila Sofea Mula Study...



Pagi tadi Mia ada final exam untuk subjek IS Audit, Security & Control. Dah berusaha jawab sedaya yang mungkin. Berdoa sangat agar dapat keputusan yang baik. Malam tadi agak lewat baru study. Sofea tidur dalam pukul 2.30 pagi. Sebelum tu, nak tahu tak apa yang Sofea buat? 

Hmm... macamana maknya nak study kalau dah anaknya pun nak study juga. Mia tunjukkan buku lain, Sofea tak nak. Nak yang Mia pegang juga. Nak tak nak, terpaksalah Mia akur. Apalagi seronoknya Sofea belajar. Tekun betul. Pelbagai aksi dan gaya. Conteng sana.. conteng sini... 

Jom kita tengok... zasss...










Akhir sekali memang mata pun dah mengantuk, setelah puas menconteng dan menyelak helaian buku, Sofea pun baring lalu tidur. Mia betulkan kedudukan Sofea tidur dulu baru lah Mia mula study sehingga pagi...

p/s: masa mengandungkan Sofea dulu, waktu-waktu pagi macam ni lah Mia study...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, December 26, 2010

Nasi Goreng Kegemaran Sekeluarga



Percaya ke tak percaya, kalau Mia katakan kebanyakan surirumahtangga yang bekerja ni, selalu masak nasi goreng di rumah? Senang, cepat dan mengenyangkan. Kadang dah penat-penat balik kerja, masak ni sahaja. Lagipun Suami Mia memang suka sangat makan nasi goreng. Tak semestinya nasi goreng kosong, boleh dipelbagaikan dengan sotong ke.. udang ke.. sayur ke... dan macam-macam lagi... Pendek kata, masak main campak-campak aje...

Jom tengok Mia masak nasi goreng kegemaran suami ini.. ... zasss.....






Mia suka goreng udang dulu. Lepas tu baru goreng semua rencah sehingga garing dan masukkan nasi. Kemudian gaulkan sampai rata dan akhir sekali baru masukkan sayur.

p/s : dah siap ni... jemputlah makan...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, December 25, 2010

Ilmu Atau Harta?



Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.

Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"

" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali.

" Apakah alasan tuan berkata demikian?"

Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."

Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "

Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."

Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "

Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah."

Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia."

Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."

Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."

Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."

Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."

Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan "ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah."

Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.

Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku.

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, December 24, 2010

Cik Shida Dari Parit : Ada Blog Sendiri


Hmmm... bagus Cik Shida ni. Semakin lama semakin maju ke hadapan. Sekarang dah ada blog. Mia tadi cuba tengok Facebook (FB) dia. Saja je, baca-baca apa yang patut. Tetiba terpandang perkataan blogspot. Bila perhati betul-betul, rupanya cikgu yang glamour ni dah ada blog sendiri. Wah! Apa lagi Mia pun terjah lah blog dia...


Jom kita sama-sama terjah blog dia... di My Miming Art Videos. Welcome to Blogging World! Mia dah follow blog dia sebagai follower yang ke 63. Masih belum ramai yang tahu tentang blog dia ni. Setakat ni follower pun belum ramai lagi. Biasalah kan... blog baru... nanti dah lama-lama ramailah tu. Kat FB memang lah dah beribu riban...


Mia respect betul kat Cik Shida ni. Bukan senang nak buat video sendiri. Bergantung kepada prop yang sediada. Kreatif dan inovatif. Syabas ya Cik Shida! Secara peribadi Mia nak ucapkan tahniah dan keep it up!

Terkini dari FB Cik Shida... hmmm agak-agak apa ya? Mia kagum dengan semangat kentalnya. Dahsyat Cik Shida ni... bakal nak di interview oleh wartawan dan masuk televisyen...  Tuan ayam pada kakinya, tuah manusia siapa yang tahu...
 
p/s : Sebelum ni Mia ada buat entri dalam Cik Shida Dari Parit - The Art Of Miming. Jemput-jemput lah baca...
Read more / Baca Lagi >>>

Kamu Sembahyang Lima Waktu Tetapi....



Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.......
tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu ,dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu , menggunakan wang ringgit atau pun  pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir  mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, December 23, 2010

Posisi Tidur Mengikut Islam Dan Sains



Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, December 22, 2010

Cara-Cara Membersihkan/ Kopek Roselle Sebelum Dimasak



Tempohari Mia dah tunjukkan cara-cara nak buat air pati roselle. Ramainya yang berminat tentang roselle ini. Tak sangka pula Mia. Kali ni Mia ingin tunjukkan cara-cara untuk membersihkan / kopek biji roselle sebelum dimasak. Lokasinya masih lagi di rumah Mak Mertua. Taklah leceh sangat proses nak bersihkan / kopek roselle. Cuma kena hati-hati sikit menggunakan pisau. Jangan sampai tercedera pula nanti.

Jom kita tengok macamana Bapa Mertua Mia bersihkan / kopek roselle ni... zassss...










Inilah hasilnya. Jangan lupa cuci bersih-bersih roselle ini sebelum dimasak. Selamat mencuba!

p/s : Biji-bijinya selalu dibuang terus. Mia tak pasti tapi kata orang boleh semai guna biji-biji ni.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, December 21, 2010

AutoPing Entri di BlogLarian FB


Kepada semua penghuni rumah BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook dan admin telah menyediakan khidmat autoping entri untuk kita semua. Apa yang kita hanya perlu membuat satu entri dan melakukan perkara di bawah:



 Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian - SUDAH

'Like' BlogLarian FB -SUDAH

Buat satu en3 bertajuk 'AutoPing Entri di BlogLarian FB' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda -SUDAH

Letak no rumah anda dalam BlogLarian -SUDAH

Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin)
KEBAIKANNYA : MIA RASA BAGUS UNTUK BLOGWALKING STYLE BARU DAN KITA TAK RASA BOSAN. 
KEBURUKKANNYA : MULA-MULA MEMANG RASA MACAM LECEH SKIT... NANTI LAMA-LAMA BILA DAH TERBIASA AKAN JADI MUDAH...

Komen di en3 ini berdasarkan format berikut. -SUDAH
  • no. rumah - 72
  • nama Blog- Smile... Smile... Smile...
  • link en3 anda - http://mialianas.blogspot.com/2010/12/autoping-entri-di-bloglarian-fb.html

Penyertaan di buka hingga 24/12/10 - MASIH SEMPAT LAGI

Jangan lupa beritahu jiran anda jika berkelapangan :) nanti diaorang merajuk susah lak :p -DAH BERITAHU
    SUMBER : Furdunesia@nline (Admin)
    Read more / Baca Lagi >>>

    Monday, December 20, 2010

    Bila Sofea Mula Naik Basikal...



    Susah nak cakap tentang naluri ibu bapa ni. Bila lihat anak orang lain naik basikal, timbul hasrat di hati nak belikan Sofea basikal juga walaupun masih 1 tahun 4 bulan usianya. Sofea dah mula berjinak-jinak dengan basikal Arian, cucu Mak Semah. Asyik nak pegang dan duduk atas basikal itu aje.

    Pada Selasa 14 Disember 2010, waktu tengahari selepas menghantar kereta kesayangan Mia masuk workshop di Plentong, Mia dan suami pergi ke kedai basikal di Taman Perling. Susah juga nak buat pilihan. Tiba-tiba mata berkenan pula kat basikal warna pink siap ada bunyi lagi. Ada beberapa lagu. Nampak menarik dan terus beli dengan harga RM75.00.




    Rasa macam dah tak sabar je nak tunjukkan pada Sofea. Kami pergi terus ke rumah Mak Semah. Bukan main suka Sofea, melebar senyum dapat basikal baru. Walaupun tak sampai kakinya ke bawah, bila tekan butang, lagu kanak-kanak terus berbunyi. Lampu pun ada siap kelap-kelip lagi. Sofea pun ikut nyanyi sama. Gembira tak terkata.






    p/s : saat yang paling kami tidak dapat lupakan apabila nampak riak muka Sofea sangat ceria dapat basikal baru...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Sunday, December 19, 2010

    Kereta Kesayangan Masuk Workshop



    Selasa, 14 Disember 2010, kereta kesayangan Mia telah dihantar ke Pusat Servis Hyundai di Plentong. Ini berikutan aduan yang Mia buat 3 bulan sebelumnya tentang cat di sebelah bahagian kiri kereta mengeluarkan tompok-tompok kuning cair. Mula-mula sedikit, lama-lama jadi banyak. Alhamdullah, aduan telah diluluskan dan masih dalam warranty. Yang lainnya, kedua-dua seat belt holder berbunyi, side mirror kiri bergegar, rear bumper belakang ada terkeluar sedikit.





    Hari Sabtu, 18 Disember 2010, siaplah kereta kesayangan Mia ni. Nampak cantik selepas di cat semula. Mia baru gunakan kereta ni dalam 16,+++km. Warranty cat sehingga 20,000km. Mia selesa menggunakan kereta jenis ini. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Senang nak dipandu dan nak parking.

    Jom tengok kereta Mia selepas keluar dari workshop.... zasss...




    Read more / Baca Lagi >>>

    Top Supporters March 2017