Mia di BlogLarian : Senarai Blog ke-72

Hmm... lepas makan malam... dan Sofea pun dah nyenyak tidur, barulah Mia nak mengadap notebook ni..  Nak cuba jugalah buka BlogLarian yang glamour dan famous tu. Tercari-cari juga blog Mia di mana... Tup-tup dah tersenarai di BlogLarian : Senarai Blog ke-72 . Uikkk sukanya...


Lepas ni, jangan lupa singgah blog Mia dalam senarai tu. Mia pun jenguk kawan-kawan blogger yang dalam senarai yang sama. Semoga kita dapat mengenali satu sama lain. Maklumlah dah duduk berjiran dalam senarai ni.

Uniknya BlogLarian ni ialah cara kita berblogwalking dengan klik Pamer Blog, maka semua blog dalam senarai tersebut (dalam senarai ni 6 blog) akan dipaparkan dalam bentuk frame. Maksudnya kita tak perlu buka satu persatu tab dalam Mozilla Firefox kita. (ambil contoh Mozilla Firefox)






Kita hanya perlu scroll ke bawah untuk tengok blog lain dalam senarai tersebut di dalam page yang sama. Paparan blog yang keluar adalah sama macam kita bukanya satu persatu. Secara amnya, BlogLarian ni berkonsepkan all-in-one page.

Bagaimana? Senang kan? Kita mudah nak berblogwalking dari satu senarai ke satu senarai yang lain. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ramai juga blogger yang dah join dan sambutan amat menggalakkan. Mia baru nak guna BlogLarian ni, tengoklah nanti macamana hasilnya akhir bulan ni. Walaupun tak seperti blogger lain yang boleh blogwalking sepenuh masa, setiap hari Mia akan cuba peruntukkan masa untuk blogwalking walaupun terhad.

Tahniah diucapkan kepada admin Furdunesia@nline dan PadelBlog: AndaSuka... kerana telah memperkenalkan program yang unik ini bagi memudahkan blogger-blogger membuat manual blogwalking di samping mengeratkan lagi perhubungan kita dalam arena blogging ni. Syabas diucapkan.

p/s: cubalah tengok kejap BlogLarian ni manalah tahu kot-kot berkenan di hati....

Post a Comment

28 Comments

  1. hye mia..

    terima kasih sebab join bloglarian...camne ngn trafik??okew ke??kalau ade pendapat...leh la kongsi ngn kami...

    ReplyDelete
  2. kak mia, cari sy kat senarai 20 yer...

    ReplyDelete
  3. @paDel setakat ni ok. ada je trafik dari bloglarian....

    ReplyDelete
  4. @Noona sama-sama. noona tak nak join ke? nanti boleh akak tag kan...

    ReplyDelete
  5. @LyNn'Azlina wahh.. senarai awal tu... akak ni dah senarai yang jauh...

    ReplyDelete
  6. thanks mia sudi promot bloglarian. scr peribadi, memang den rasa lebih mudah nak menjenguk rakan. selain tu, disebabkan dalam 1 rumah ada ahli masing2, bole kenal lg rapat :)

    ReplyDelete
  7. tahniah tahniah dah masuk list..
    ALL IN ONE
    mine kat list ke 8 ye

    ReplyDelete
  8. Omu pun ade jugak..list 15...xsilap lah...hehehe...jenguk2 lah Omu yea...yosh...memang best giler bloglarian...leh jumpa banyak member2 baru...

    ReplyDelete
  9. menarikan blog larian ni.. lg banyak blog yg kita boleh BW.

    ReplyDelete
  10. salam...cm nak wat blogglarian ni erk....sya baru jer nak berjinak2 dgn blog..any one can help...thanx

    ReplyDelete
  11. baguskan ada bloglarian ni...lebih mudah nak blogwalking

    ReplyDelete
  12. ifa pun dh join jg..tp ifa akan reply bw kawan2 dulu la..pastu bru gna yg kt bloglarian nie..cari kawan2 baru..hihi

    ReplyDelete
  13. noona dah join..tp x fhm sgt la kak mia...

    ReplyDelete
  14. @FareedSairi sama-sama... terima kasih juga mia ucapkan sebab buat program ni.. bukannya senang... syabas..

    ReplyDelete
  15. @nur terima kasih... so sweet... nanti mia jenguk rumah no 8...

    ReplyDelete
  16. @omurice nanti mia jenguk no 15 juga bila senang2 ...

    ReplyDelete
  17. @shaqistina cuba tengok testimoni dalam bloglarian tu pelan2... lama2 nanti fahamlah.. :)

    ReplyDelete
  18. @Noona takpe.. pelan2.. cuba baca ruangan testimoni tu..tengok apa yang diorang citer... nanti lama2 akan faham juga...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum mia...bestnya masuk dlm list...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete