image Posisi Tidur Mengikut Islam Dan Sains - Mia Liana

Thursday, 23 December 2010

# Health # Tazkirah

Posisi Tidur Mengikut Islam Dan Sains


Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Sumber : Email

23 comments:

  1. ALHAMDULILLAH...

    selama neh sy tido mengiring ke kanan, Alhamdulillah xda masalah kesihatan lagi selama ni

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik untuk dikongsi.Tapi satu jangan dilupe iaitu mengiring ke kanan mengadap ke arah matahari terbenam.

    ReplyDelete
  3. apa2 pon ikut cara islam adalah terbaik

    ReplyDelete
  4. nice info..tapi tak suka tido meniarap la..

    ReplyDelete
  5. lea x suke tidur meniarap so good for me la kan? hehehee

    ReplyDelete
  6. Tq kak mia sbb share ngan kita info nie.. nasib baik selama nie shellya tidor mengiring ke kanan tp kadang2 kalu x leh nak tido mesti tido menyarap tau... ish2.. kena buang tabiat nie..

    ReplyDelete
  7. kak pah mengiring ke kiri..patut ler selalu sakit dada..

    ReplyDelete
  8. bagusnya info ni.. bolehlah saya perbetulkan cara mana yg tak betul tu.. thanks yer.

    ReplyDelete
  9. bgus nih.. tpi suke on9 meniarap.. blh ke?

    ReplyDelete
  10. selame nie saye selesa tdor mengiring ke kanan.... naseb baek lah :)

    ReplyDelete
  11. Jadi aturanya juga yach lok kita tidur.., :)) ru tau ne.. :-bd nice info kawand.. :)

    ReplyDelete
  12. seriously, sy tidur meniarap akak. mmg xblh tidur kalo xmeniarap. cmne ye?

    ReplyDelete
  13. xpernah impi nk tdo meniarap sbb camlemas jer...selalunya mengiring kiri atau kanan jerla...

    ReplyDelete
  14. kena start tido pengiring ke kanan ni. thank you for the info :)

    ReplyDelete
  15. hehe bgus nya tips ni :D
    fatin baru tahu..
    fatin x penh tidow meniarap..
    tapi time bw selalu la meniarp hehe
    emm fatin slalu telentang dgn migrg kekanan :D

    ReplyDelete
  16. alhamdullillah..tq 4 sharing sis..ifa mmg tdo mengiring ke kanan nie..cme kalu bw mmg meniarap la..hihi

    ReplyDelete
  17. lepas baca terus nak tido..hehe..praktik terus la

    ReplyDelete
  18. salam...
    bagus info ini..thanx 4 shared

    ReplyDelete
  19. terima kasih di atas komen kawan2 sekalian...

    mia lagilah suka baca buku dan mengadap laptop sambil meniarap. tapi tidur tetap mengiring ke kanan...

    harap dapat praktikkan untuk kesihatan kita semua... :)

    ReplyDelete