image April 2010 - Mia Liana

Friday, April 30, 2010

Project Alpha Week 8(b) - I was listed

4/30/2010 12:10:00 PM 3 Comments
First of all, thanks to nuffnang. I was so happy that I received email from nuffnang this good news. Last time, I was so envy looking at others' blog that joined this Project Alpha. I do not know how... but I try asking other bloggers. You know... this thing is very interesting.. All you need to do is having Facebook account and Twitter account. Be Project Alpha fan as well.

I started to join on week 8(a) for topic My Version of Grooming Tips but I failed. It's ok. Then I entered week 8(b) My Dream Destination . Hmmm... so glad.. I was listed. First time. Now I'm in week 9(a) Road Trip with My Broadband .

So, for you who are interested on this, why not give yourself a try. Try your luck.




Acknowlegdement email from nuffnang


My nuffnang account. Already credited!

Mengapa Kita Bertangguh?

4/30/2010 05:02:00 AM 1 Comments

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Kenapa kita bertangguh?


1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut untuk berubah.

8) Kita takut gagal

9) Matlamat tidak jelas

10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

13) Melayan sikap malas

14) Amalan tabiat kerja last minutes

15) Kurang dorongan

16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

18) Tiada semangat yang jitu dan mantap

19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.

Gerak Jari Seharian Anda

4/30/2010 05:00:00 AM 3 Comments

Gerak jari seharian anda memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
  • Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
  • Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.
Meletak tangan pada bahu kawan
  • Suka ikut kepala sendiri.
  • Pentingkan diri sendiri.
  • Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.
Bermain dengan tangannya
  • Mempunyai tahap humor yang tinggi.
  • Pandai berjenaka.
  • Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
  • Jenis 'open minded'.
Mematahkan jari jemarinya
  • Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
  • Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
  • Gugup dan gementar bila berbicara.
  • Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.
Memintal hujung rambut
  • Suka berkhayal.
  • Sukar diperdayakan.
  • Keras kepala.
Menongkat dagu
  • Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
  • Suka mendengar masalah teman-teman.
  • Setia dalam persahabatan.
Suka letakkan tangan atas meja
  • 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
  • Peramah.
  • Suka bergantung pada orang lain.
Menggosok 2 telapak tangan
  • Ramah dan berfikiran matang.
  • Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
  • Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.
Memutar cincin
  • Sangat menepati janji.
  • Berhati-hati dlm tutur kata.
  • Gemar hidup yang teratur.
Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? 

sumber : emel

    10. Bingka Bakar

    4/30/2010 04:59:00 AM 1 Comments

     Bahan-bahan:
    1. 6 biji telur
    2. 1 tin susu cair
    3. 2 tin air
    4. 4 cawan tepung gandum
    5. 2 cawan gula pasir
    6. ½ cawan jus pandan
    7. ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)
    Cara :
    1. Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyak masak.
    2. Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak.
    3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan /loyang.
    4. Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakar pada suhu 180'C selama ½ jam.
    5. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga nampak masak.
    6. Sejukkan dan potong
    Sedia untuk dihidangkan.

    Thursday, April 29, 2010

    Rahsia Tandatangan

    4/29/2010 04:32:00 PM 2 Comments

    Pilih yang mana satu diri anda?

    Makna tersirat di sebalik tanda tangan :

    1. Satu garisan di bawah tanda tangan
    • Seorang yang sangat yakin
    • Ada personaliti yang hebat
    • Agak mementingkan diri sendiri
    • Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu
    2. Dua titik di bawah tanda tangan
    • Anda romantik
    • Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
    • Memilih kecantikan (bagi lelaki)
    • Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
    • Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping
    3. Satu titik di bawah tanda tangan
    • Anda kelihatan mudah dan tenang
    • Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati
    4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan
    • Seronok dengan kehidupan
    • Ikut gaya dan cara sendiri
    • Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain
    5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
    • Anda sentiasa berusaha supaya smart
    • Suka berselindung
    • Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
    • Yakin dengan kebolehan diri sendiri
    6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
    • Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
    • Anda cepat menukar pandangan dan idea
    7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
    • Seorang yang sangat prihatin
    • Tidak pentingkan diri sendiri
    • Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
    • Seorang pemikir
    • Seorang yang mudah serik
    8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
    • Seorang yang sangat baik
    • Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
    • Tegas dengan pendapat sendiri

    Solat dan Warna Aura

    4/29/2010 08:43:00 AM 0 Comments
    Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

    Waktu Subuh

    Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

    Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

    Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

    Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


    Waktu Zuhur

    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


    Waktu Asar

    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.  


    Waktu Maghrib

    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


    Waktu Isyak

    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

    Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

    Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

    9. Bebola Ubi Keledek

    4/29/2010 08:19:00 AM 0 Comments

     Bahan-bahan :
    1. 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek)
    2. ½ cawan gula pasir
    3. 1 biji telur
    4. ½ sudu serbuk penaik
    5. ½ cawan tepung gandum
    6. ½ -1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
    7. Garam secukup rasa
    Cara :
    1. Gaul rata ubi keledek bersama gula.
    2. Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekit, tambah lagi sedikit tepung)
    3. Bentukkan doh bulat-bulat.
    4. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
    5. Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos.
    Sedia untuk dihidangkan.

    Wednesday, April 28, 2010

    Road Trip with My Broadband

    4/28/2010 03:13:00 PM 0 Comments
    Trip could be anywhere.. not only rigid to one location. As an IT student and also an IT Assistant Officer,most of the time I need to get the access to the internet. So having broadband is a must. For my study.. to be active in my online forum, OUM LMS. For my work.. to check whether server breakdown or do some remote monitoring to the server room if anything happen.

    Wherever I go.. notebook and broadband will always sticked together. Sometime I check my email, facebook and also update my blog whenever I want… at any time. See… it is a must for me. For you too… if you are in my side.

    So.. the place that I always go the most is Kuala Lumpur. Why? Sometimes I have to attend meeting at Putrajaya. So this is how I am being connected with others, through a broadband.. straightaway having access to the internet.

    With reasonable monthly fee and the services provided is excellent with no hassle. So speechless. Don't know how to describe in words. Easy, reliable, flexible for my need…

    P1 W1max is the broadband that promise everything. Wiggy is Tiny. Simple and easy. You will be satisfied with no complaints at all. Trust me...

    Now, feel free to watch these Episodes 8-10 of Project Alpha Season 2.







    Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

    A Talk Requested By OUM JB Director

    4/28/2010 02:56:00 PM 0 Comments
    Guest what! Suddenly just now around 2.00pm, I received a phone call from En Abdul Rahim, OUM Johor Learning Centre Director asking me..obviously booking me for 15 May 2010 to a give a talk to freshies, new students. What a surprise! It's a good opportunity to let them know how I survive until now, how I can study although committed with family and work. Hmmm...

    This happened after I emailed a copy of my award letter from OUM KL so that I don't face any problem or difficulty during my registration on this Sunday, 2 May 2010.You know...all is inside the system, I think until now the system haven't update mine yet.

    I'm not prepared to do the slide show presentation but I will try my best to give my tips. I don't mind sharing with others. Whatever it is... today I am so happy. Actually a bit afraid of this. My responsibility become bigger and bigger. The most important thing is I have to maintain my CGPA. Seems like a Fear factor show in the television...

    I don't know what to say anymore. I haven't finish my study yet. But I do believe if we study smart not hard + taking care of your health (kalau sakit susah nak belajar, kan?) + social life (also important) + Islam religion (berdoa lepas usaha) will produce the success in our life.


    Nevertheless, but not to worry.. I will also share with you ... my real experience... later. Just keep in touch...

    Hati Cermin Nilai Peribadi Dan Jati Diri

    4/28/2010 06:30:00 AM 0 Comments
    Marilah kita sama sama memahami article dibawah untuk kita jadikan panduan.

    SIFAT MAHMUDAH: Amalan membaca al-Quran perlu disemat dalam jiwa anak agar menjadi generasi beriman.

    Taraf manusia bukan diukur daripada paras rupa, kekayaan, nasab keturunan.

    MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah terbaik dan paling sempurna kejadiannya berbanding makhluk lain yang menghuni alam ini. Dalam hal ini, Allah mengiktiraf kesempurnaan penciptaan manusia berdasarkan firman-Nya dalam surah al-Tin, ayat 4 bermaksud:

    Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

    Manusia diciptakan daripada beberapa elemen utama hingga mewujudkan identitinya sebagai manusia iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua elemen menghiasi seseorang manusia itu, ada satu unsur paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bukannya kulitnya, bentuk dalamannya bukannya bentuk luarannya dan hatinya bukannya jasadnya atau lisannya.

    Oleh itu, Rasulullah bersabda bermaksud:

    Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka, sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani).

    Hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota tubuh badan yang lain. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara, sihat atau sakit dan sebagainya amat bergantung kepada kedudukan hatinya.. Sekiranya baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda bermaksud:

    Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi serta jati diri seseorang sama ada sebagai seorang yang salih mahu pun sebagai seorang yang toleh. Malahan, hati juga dianggap agen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia.. Tidak berfungsinya anggota tubuh badan manusia secara keseluruhannya adalah kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika yang lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

    Yang paling menarik, dalam helaian al-Quran perkataan hati biasa disebut sebagai al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap, berubah-ubah dan berdolak-dalik. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah-ubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain.. Di dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar, hak dan batil dan sebagainya.

    Apabila ditinjau dalam al-Quran, ada banyak rangkaian ayat membicarakan mengenai hal hati terutama hati yang bersih lagi suci daripada sebarang karat dosa dan maksiat. Hati yang bersih lagi suci itu ialah hati yang diterangi dengan cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun perasaan keraguan dan kesyirikan dalam hatinya. Seterusnya, hati yang bersih menyakini bahawa segala apa yang wujud di alam semesta ini dicipta Allah yang Maha Berkuasa, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas sekalian alam ini.

    Hati yang bersih juga adalah hati yang terhindar daripada sebarang penyakit hati seperti dendam kesumat, dengki, fitnah dan lain-lain lagi sifat yang tercela. Hati yang bersih adalah dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati ialah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mahmudah.

    Rasulullah amat menggalakkan umatnya memiliki hati yang bersih ini hingga dianggap sebagai seorang manusia terbaik. Dalam hal ini, Baginda pernah ditanya oleh seorang sahabat:

    Siapakah manusia yang terbaik. Baginda menjawab: Orang mukmin yang bersih hatinya. Kemudian baginda ditanya lagi: Siapakah orang mukmin yang hatinya bersih? Lantas Nabi pun menjawab: Iaitu orang yang bertakwa, hatinya bersih, tidak melakukan kedurhakaan dan pergkhianatan terhadap Allah, tidak berdendam dan mendengki kepada orang lain. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

    Perlu ditegaskan Allah akan memberikan ganjaran kepada setiap hamba-Nya yang berniat melakukan sesuatu kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hatinya untuk melakukan kejahatan dan kejahatan tidak pula dilakukannya di dalam alam realiti. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya..

    Selanjutnya, Allah hanya akan menilai apa diperbuat dan dilakukannya sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa terpendam dalam hati seseorang, sebaliknya apa dizahirkan dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan seseorang adalah cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.. Oleh itu, amalan tidak beretika dan bermoral yang semakin berleluasa di dalam masyarakat kita itu adalah isyarat hati seseorang kotor, hati ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam yang sebenarnya.

    Pernah berlaku peristiwa seperti diriwayatkan Sahl bin Sa'ad berkata: Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebelah Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini? Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki daripada kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat. Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu mengenai orang ini pula? Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah daripada kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.

    Jelas kisah dipaparkan itu bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriahnya, bukannya daripada kekayaannya, bukan daripada kemuliaan nasab keturunannya, bukan dari ketrampilannya yang menarik dan bukan pula daripada kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya. Sebaliknya, neraca piawaian yang sebenarnya di sisi Allah ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya, buah amal yang dihasilkan pepohon iman dibajai dengan keikhlasan, ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah.

    Penulis asal: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

    Tenang Ketika Gawat

    4/28/2010 06:25:00 AM 0 Comments


    Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000  pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

    Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

    Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

    1.      Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

    2.      Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia ”.

    3.      Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);

    4.      Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia ”;

    5.      Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

    Khasiat Pisang

    4/28/2010 06:23:00 AM 1 Comments
    Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

    Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

    Tekanan:
    Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

    PMS:
    Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

    Anemia:
    Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

    Tekanan Darah Tinggi:
    Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

    Kuasa Minda:
    Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

    Penghadaman:
    Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

    Keletihan:
    Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

    Panas Jantung:
    Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

    Demam Pagi:
    Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

    Gigitan Nyamuk:
    Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

    Saraf:
    Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

    Obesiti dan Tekanan Kerja:
    Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

    Ulser:
    Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

    Kawalan Suhu:
    Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

    Seasonal Affective Disorder (SAD):
    Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..

    Ketagihan Rokok danTembakau:
    Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

    Stres:
    Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

    Strok:
    Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

    Lain-lain Penyakit Kulit:
    Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

    Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

    Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

    P/S : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan.

    8. Badak Berendam

    4/28/2010 05:53:00 AM 0 Comments
     
    Bahan-bahan :
    1. bungkus tepung pulut
    2. 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
    3. ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
    4. 3 cawan santan
    5. 1 cawan gula merah
    6. 1 cawan air
    7. 1 sudu teh garam

    Cara :

    1. Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
    2. Panaskan kukusan.
    3. Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
    4. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
    5. Sementara itu bancuh santan bersama garam.
    6. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
    7. Kemudian kukus hingga masak.
    8. Sejukkan.
    Sedia untuk dihidangkan.

    Tuesday, April 27, 2010

    Farewell Celebration For Practical Staff at KFC

    4/27/2010 01:00:00 PM 5 Comments
    Last Friday, my department had makan-makan before solat Jumaat at KFC, along Jalan Tampoi, nearby Taman Damansara Aliff. It was a farewell actually as my practical staff almost finish the industrial training except for Eja. I also brought my daughter, Sofea since she loves to meet people. Luckily, she was not crying when they carried her although not enough sleep that time.

    Not all my department staff attended this makan-makan, some of them outstation and on leave. So much food to eat .. cheezy wedges, fried chickens whether original or spicy, sundae, mashed potatoes, coleslaws and others plus cupcakes specially ordered for us from our practical staff. So sweet.

    A few of our snapshots here...

     
    Lots of cupcakes... Thanks...

     
    Hafizs, En Nizam and En Mus really enjoy themselves

      
    Eja, Nad, Syamil and Sofea... having a great time together

    Wan and Kamel looked tired. Too much want to eat... I guess..

     
    My gift from them... So lovely..

     
    My daughter with Aza

     My daughter with Syamil

    Hopefully, my dear practical staff had gained lots of knowledge, experience in this working environment. Please apply whatever you'd learned from here. Be the dedicated and committed worker when you start to work in the future. Last words, whatever it is just try don't give up...(especially programming part). Don't forget to agive a break for yourself when you are tension. Relax and cool down.

    My Background Template 3

    4/27/2010 07:52:00 AM 4 Comments

    Could be every week I change my background, I guess. It depends. Cannot promise anything.  So that you won't be bored while reading my articles. You know... this also affect our interest on someone's blog. I mean first impression.

    This week.. it is the time to view my honeymoon photo. This picture was taken during our first honeymoon at Pulau Jawa. Location is at Situbondo, Jawa Timur. If we go further more to the east, we will reach Bali. The scenery... is so beautiful plus the traditional yacht as well. This photo also being requested by my husband. I still remembered how we managed to take this photo. I taught Pak Man how to use the camera. We had a great time that time. Pak Man was our super (if you don't know better ask anybody from Indonesia) during our first honeymoon.

    Those were the days... the unforgetable memories of our first honeymoon.

    Early morning words...

    4/27/2010 06:10:00 AM 2 Comments
    Early morning when I woke up... straight away I went and searched for my weighing machine. 75kg. Worried me much. Last time before pregnant only 60kg. These few weeks, most of my officemates said I've already put on my weight.

    I realized this after finished my exam for Semester January 2010, I never controlled what I ate. I mean belasah aje. I have to start my diet again. Today, after siap-siap want to go to work around 6.30am, I update my blog for today's posts.  Working at town Johor Bahru, have to go out early. Why? I live at Taman Universiti, always jam at the interchange flyover Taman Perling.


    I'm gonna start my diet by having quaker oat plus milk.. You know what.. my husband's nephew, Opik ate this for about almost 5 months, then he get the wieght that he dreamed. I know there are lots of products out there, but believe me better we do our own, I mean discipline is the key to success.

    Looking back at my popular page last night, I knew most of you viewed my entry of dermasiswa. It is a true story of what happened to me. Syukur sangat-sangat. I know some of you request my study tips. Maybe later on I will add in my blog. Got to hurry up. Till end, good luck in whatever you do... try your very best... See ya...

    7. Apam Seri Ayu

    4/27/2010 05:56:00 AM 2 Comments


    Bahan- bahan :
    1. 3 biji telur
    2. 240 gram gula
    3. 240 ml santan atau susu segar
    4. 1 sudu makan jus pandan
    5. 270 gram tepung gandum
    6. 1 sudu teh ovallate
    7. 1 sudu makan tepung kanji
    8. 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
    9. Garam secukup rasa
    Cara :
    1. Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
    2. Masukkan santan/susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati.
    3. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
    4. Gaul rata kelapa dan garam.
    5. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat.
    6. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
    7. Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.

    Sedia untuk dihidangkan.

    Monday, April 26, 2010

    I've Been Awarded Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010

    4/26/2010 01:33:00 PM 3 Comments
    Last Saturday, 24 April 2010, I've received a phone call from OUM office asking me whether I was at home or not. There was a registered parcel that was needed to send to me. To my very surprised, I waited anxiously until about almost 4.30pm, the courier came.


    When I opened the letter, thanked to Allah. I really so shocked. I was being offered to receive the Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM. You know what! It's not easy to get this award. Only the chosen one will be offered. I didn't know how many students being offered this award.

    I would like to thank to all my lecturers who taught me at OUM Stulang, Johor Bahru. Without them, I won't get this. There's nothing much to say. So speechless.

    My family and my husband's family who are very supportive, looking after our daughter during my classes. My husband, who sacrificed a lot in terms of money, house works and motivational talk whenever I was busy doing assignments, preparing exams. Study as well.  Love you always, my dear.

    I've been exempted to pay the academic fees for the whole year of 2010. This includes 3 semesters, January, May and September. The problem is my January Semester, because I was not informed until today. Hopefully, I will maintain my GPA for every semester for this year.

    This challenges me a lot as I need to keep my GPA for every semester 3.67 and above. Sounds scary, right? I'm so worried. Whatever it is... should try my best. Wish me luck!

    6. Apam Tapai Tepung Beras

    4/26/2010 07:50:00 AM 1 Comments

    Bahan-bahan :

    1. 2 cawan tapai pulut
    2. 500 gram tepung beras
    3. 2 cawan gula
    4. 4 cawan air
    5. 1 bungkus garam eno (pelega kembung perut)
    6. ½ sudu teh pewarna (jika perlu)
    7. 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
    8. 1 sudu teh garam

    Cara :

    1. Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
    2. Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam.
    3. Kemudian masukan garam eno dlm adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.
    4. Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dlm acuan. Kukus selama 20 minit.
    5. Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
    6. Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.
    Sedia untuk dihidangkan.

    Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir

    4/26/2010 04:59:00 AM 0 Comments
    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu siangnya engkau sibuk berzikir
    tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
    mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
    sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
    tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
    menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
    "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
    [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
    kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
    setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
    di setiap kesempatan juga masa yang terluang
    alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu malammu engkau sibukkan dengan
    bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
    mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
    "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
    tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
    mari kita meriahkan Ramadhan
    kita buru...kita cari...suatu malam idaman
    yang lebih baik dari seribu bulan

    andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
    tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
    mempersiap diri...rohani dan jasmani
    menanti-nanti jemputan Izrail
    di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

    Duhai Ilahi....
    andai ini Ramadhan terakhir buat kami
    jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
    menerangi kegelapan hati kami
    menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
    semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

    Namun teman...
    tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
    apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
    yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
    berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

    wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

    Latest info pasal H1N1(pengalaman family pesakit)

    4/26/2010 04:57:00 AM 0 Comments
    CAN TRY…..


    JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

    My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

    No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

    Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

    First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem..

    Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz  who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
    EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
    for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

    ALHAMDULILLAH. ..my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday  and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... .she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

    This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

    Source- from my email collection

    New form of rape, true story...

    4/26/2010 04:56:00 AM 1 Comments
    Our world is SOOOOOOO Sick now. This is a true story.

    The woman left the office after working hours and saw a little child crying on the road. Feeling pity for the child, she went to ask what happened.

    The child said, 'I am lost. Can you take me home please?'

    Then the child gave her a slip of paper and tells the woman where the address is.

    The woman, being an average kind person who did not suspect anything took the child there.

    And there when they arrived at the 'child's home', the kind hearted woman pressed the door bell and she was  electrocuted  as the bell was wired with high voltage, and  fainted.

    The next day when she woke up, she found herself  in an empty house up in the hills, naked. Condoms were all thrown around with  semen flowing. There were at least about 20 condoms!

    She has not even seen her assailants.

    That's why nowadays crimes are targeted on kind people like her.


    Next time if the same situation occurs, never bring the child to the intended place. If the child insists, then bring the child to the police station.


    Lost children are best sent to police stations.

    Please send this to all your female friends/colleagues, and your friends with girlfriends and friends with wives.

    It is better to receive this a thousand times than be a victim from it once!

    Keep safe Ladies!

    Sunday, April 25, 2010

    9 Sebab Hati Tidak Bahagia

    4/25/2010 01:31:00 AM 3 Comments

     1 - Pemarah
    Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

    2 - Pendendam
    Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3 - Hasad dengki
    Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4 - Bakhil
    Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

    5 - Tamak
    Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6 - Tidak sabar
    Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

    7 - Ego
    Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


    8 - Riak
    Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

    9 - Cinta Dunia
    Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

    5. Apam Pisang Coklat

    4/25/2010 01:28:00 AM 0 Comments

    Bahan-Bahan:
    1. 2 cawan tepung gandum
    2. 2 sudu makan cawan serbuk koko
    3. 1 sudu teh soda bikarbonat 
    4. 1 sudu teh baking powder
    5. ½ sudu teh garam
    6. 1 cawan pisang emas lecek
    7. 1 cawan minyak masak
    8. 1 ½ cawan gula perang
    9. 2 biji telur (pukul)


    Cara :
    1. Bahan 1 - 3 hendaklah dicampur dan diayak.
    2. Panaskan kukusan.
    3. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
    4. Masukkan bahan-bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
    5. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
    6. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.

    Sedia untuk dihidangkan.

    Cekodok.. Cekodok.. I've been tagged

    4/25/2010 01:16:00 AM 0 Comments

    Hi all. Actually I've been tagged 3 days before. Extremely busy for my work. Only today I have time to post this entry. A great thanks to Syamila for tagging me. Will love you always.



    *tag cokodok pisang*

    Hmmmmm....sedapnya cekodok.
    Pagi-pagi da kena tag dengan cekodok ni..
    huh...
    nyum..nyum...
    enaknya rasa cekodok ini..
    wow...
    lagi-lagi bila my mum buat..cekodok pisang..
    sedapnya..
    lagi-lagi tengah panas..
    lecur air liur..
    "sungguh enak.."


    Now I'm going to tag other people. Let's look who are the lucky spotted bloggers.
    1. http://adetqakesah.blogspot.com
    2. http://www.cenohot.blogspot.com 
    3. http://ngamchoi.blogspot.com
    4. http://atin-myownworld.blogspot.com
    5. http://sekamarrindu2009.blogspot.com
    6. http://puteribungaros.blogspot.com

    Congratulation for you! So, you need to continue this cekodok tag for other bloggers. All you need to do is...

    1. Copy the above picture of cekodok plus its smell
    2. Inform who are the sender of cekodok
    3. Reason of why you like cekodok to be your breakfast meal
    4. Post to others this tag game only in the morning and before noon.
    5. Finally, tag this game to your friends' blogs
    So, now have a nice day and a very good morning.

    Saturday, April 24, 2010

    Allah selamatkan saya ketika derita...

    4/24/2010 06:17:00 AM 0 Comments
    Sumber : Azamin Amin

    Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

    "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

    Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

    Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

    "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

    "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

    Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

    Tidur untuk menahan lapar

    Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

    Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

    Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

    "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

    Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

    Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

    Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

    Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

    Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

    Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

    Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

    Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

    'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

    Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

    Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

    "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.

    "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

    "Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.

    Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

    "Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

    Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

    Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

    Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

    Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

    "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

    Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

    Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...

    "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

    Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

    Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

    Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

    Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

    Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

    Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

    Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

    Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

    Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

    Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

    Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

    Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...

    Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

    Saya bersabar menunggu detik itu...

    Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

    " Mmm...sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

    Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......

    Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

    Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.

    Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

    Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

    Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

    "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)

    Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

    Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

    Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

    Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

    Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

    Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

    Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

    Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

    Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

    Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

    Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

    "Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

    Lembaran Hidup Wanita Solehah

    4/24/2010 06:12:00 AM 0 Comments
    Mampukah aku menjadi seperti

    Siti Khatijah?

    Agung cintanya pada Allah dan

    Rasulullah

    Hartanya diperjuangkan ke jalan

    Fisabilillah

    Penawar hati kekasih Allah

    Susah dan senang rela bersama



    Dapatkah ku didik jiwa seperti

    Siti Aishah?

    Isteri Rasulullah yang bijak

    Pendorong kesusahan dan

    penderitaan.

    Tiada sukar untuk dilaksanakan..



    Mengalir airmataku

    melihat pengorbanan puteri solehah

    Siti Fatimah

    Akur dalam setiap perintah

    taat dengan abuyanya

    yang sentiasa berjuang

    Tiada memiliki harta dunia

    Layaklah dia sebagai wanita

    Penghulu Syurga

    Ketika aku marah

    Inginku titip serpihan sabar

    Dari catatan hidup Siti Sarah



    Tabah jiwaku

    Setabah umi Nabi Ismail

    Mengendong bayinya yang masih

    merah

    Mencari air penghilang dahaga

    Di terik padang pasir merak

    Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

    Pengharapannya hanya pada Allah

    Itulah wanita Siti Hajar..



    Mampukah aku menjadi wanita

    Solehah?

    Mati dalam keunggulan iman

    Bersinar indah, harum tersebar

    Bagai wanginya pusara

    Masyitah.....

    4. Apam Gula Hangus

    4/24/2010 06:11:00 AM 0 Comments

    Bahan- bahan :
    1. 1 gelas gula
    2. ½ gelas air - cairkan gula dengan air di dalam kuali dengan api yang kecil sehingga kekuning-kuningan
    3. ½ gelas gula
    4. 3 biji telur
    5. 1 gelas santan atau susu segar
    6. 2 ½ gelas tepung gandum
    7. 2 sudu teh soda bikarbonat - di ayak bersama tepung gandum
    Cara :
    1. Panaskan kukusan.
    2. Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
    3. Masukkan gula hangus dan tepung gandum dan soda bikarbonat.
    4. Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.
    5. Masukkan adunan kedalam loyang.
    6. Kukuskan selama 10-15 minit.
    7. Sejukkan dan potong.
    Sedia untuk dihidangkan.

    Friday, April 23, 2010

    How To Be A Friend

    4/23/2010 08:17:00 AM 2 Comments

    01. Don't worry about knowing people just make yourself worth knowing.

    02. Friends are those rare people who ask how we are and then wait to hear the answer.

    03. If you can buy a person's friendship, it is not worth it.

    04. True friends have hearts that beat as one.

    05. If you cannot think of any nice things to say about your friends, then you have the wrong friends.

    06. Make friends before you need them.

    07. If you were another person, would you like to be a friend of yours?

    08. A good friend is one who neither looks down on you nor keeps up with you.

    09. Be friendly with the folks you know… if it weren't for them you would be a total stranger.

    10. A friend is never known till he is needed.

    11. Friendship is a responsibility. ..not an opportunity.

    12. Friendship is the cement that holds the world together.

    13. Friends are those who speak to you after others don't.

    14. The reason a dog has so many friends is that he wags his tail and not his tongue.

    15. Pick your friends, but not to pieces.

    16. A friend is one who puts his finger on a fault without rubbing it in.

    17. The way to have friends is to be willing to lose some arguments.

    18. If a friend makes a mistake, don't rub it in... Rub it out.

    19. Deal with other's faults as gently as if they were your own.

    20. People are judged by the company they keep and the company they keep away from.

    21. A friend is a person who can step on your toes without messing up your shine.

    22. The best mirror is an old friend.

    23. The best possession one may have is a true friend..

    24. Make friendship a habit and you will always have friends.

    25. You will never have a friend if you must have one without faults.

    26. Doing nothing for your friends results in having no friends to do for.

    27. Anyone can give advice, but a real friend will lend a helping hand.

    28. You can make more friends by being interested in them than trying to have them be interested in you.

    29. A real friend is a person who, when you've made a fool of yourself, lets you forget it.

    30. A friend is a person who listens attentively while you say nothing.

    31. You can buy friendship with friendship, but never with dollars.

    32. True friends are like diamonds, precious but rare; false friends are like autumn leaves, found everywhere.

    33. A friend is someone who thinks you're a good egg even though you're slightly cracked.

    Good Morning

    4/23/2010 07:59:00 AM 0 Comments
      Don't ever give up
    Failure and Success is in everyone's cup


    Rain becomes more enjoyable if it follows a sunny day
    Food become more relishing if for days Hungary you stay


    So, don't ever give up
    Failure and Success is in everyone's cup


    Gold becomes beautiful ornament by molding and heating
    Marble becomes beautiful status by carving and beating


    So, don't ever give up
    Failure and Success is in everyone's cup


    Pebble becomes smooth by constant rolling
    Pencil becomes usable by sharpening


    So, don't ever give up
    Failure and Success is in everyone's cup

    3. Apam Balik

    4/23/2010 07:55:00 AM 1 Comments

    Bahan-bahan :

    Bahan untuk kulit
    1. 2 cawan tepung gandum
    2. ½ cawan gula
    3. ½ sudu kecil soda bikarbonat
    4. 1 sudu kecil pewarna kuning
    5. 1 biji telur
    6. 1 ½ cawan air
    7. ½ sudu teh serbuk penaik
    Bahan taburan
    1. Sedikit mentega
    2. 1 cawan kacang tanah (dimesin)
    3. 1 tin jagung manis
    4. ½ cawan coklat urai
    5. ½ cawan gula pasir

    Cara :
    1. Kisar gula bersama telur hingga kembang.
    2. Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
    3. Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
    4. Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
    5. Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
    6. Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
    7. Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 / 6.

    Sedia untuk dihidangkan.

    My label - Resipi Kuih Malaysia

    4/23/2010 07:54:00 AM 0 Comments
    Good morning... everybody. So if you noticed, I just started this label Resipi Kuih Malaysia in my blog. Since most you love to cook.. why not I add my collection of 100 recipes. One new recipe will be added from day to day. Hopefully, you will benefit this.



    An introduction from the author,

    "Terima kasih kerana membeli ebook ‘100 Resepi Kuih muih Malaysia’. Resepi-resepi yang terdapat di dalam ebook ini adalah kompilasi resepi masakan halal dari seluruh Malaysia daripada pelbagai sumber.
    Tujuan ebook ini diterbitkan adalah sebagai bahan rujukan dalam Bahasa Melayu untuk para pembaca terutamanya kepada yang gemar mencuba resepi pelbagai masakan kuih-muih. Kuih-muih yang disajikan didalam ebook ini sesuai untuk dijamah pada minum pagi atau minum petang. Kesemua resepi yang ada menggunakan bahan-bahan yang halal dan mudah didapati di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia.
    Di dalam ebook ini terdapat 100 resepi kuih-muih Malaysia yang disampaikan secara mudah untuk disediakan. Diharapkan anda berpuas hati dengan penyampaian ebook ini.
    Selamat mencuba dan menikmati kelazatan kuih-muih tempatan."

    Thursday, April 22, 2010

    My Dream Destination

    4/22/2010 01:44:00 PM 1 Comments

    Travelling.... a way to have leisure time with family. My dream destination would be Pulau Kapas, Terengganu. Why? I don't know maybe until now I still haven't got any budget plus now having an 8 months old daughter, a bit difficult to travel.


    Kapas Island is a nice and unforgettable tropical island. The swaying palm trees, untouched jungle, turquoise water gently lapping at the beach and colourful coral reefs just off the shore.


    You know.. sometimes I dream of being there with my husband. Feels like want to go for a honeymoon for the second time. So lovely. Although we've gone for a honeymoon at Indonesia, 3 times (Jawa Timur, Jawa Barat and Pulau Karimun) for our first year marriage.


    Never so surprise when walking along its beaches: the sand is soft and white and slopes gently into the crystal clear water. If got genie here, I hope she will grant my wish.

    We are staying at Johor Bahru. Of course to travel by car, sure very tired. Terengganu is very far and takes about 10 hours. Hmm… another alternative would be travel by air. Our choice will surely, fly with Malaysia Airlines. Easier to book the ticket online.



    Everything is there. We will be satisfied with the services provided. Come and join us.




    You may watch the Episodes 4-7 of Project Alpha Season 2  as you pleased.







    Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

    2. Agar-Agar Santan

    4/22/2010 01:03:00 PM 1 Comments


    Bahan-bahan :

    1. 1 bungkus agar-agar (rendam sehingga kembang)
    2. 5 cawan air
    3. 1 cawan gula merah
    4. ½ cawan gula pasir
    5. 3 cawan santan
    6. 2 biji telur
    7. 1 helai daun pandan
    Cara :
    1. Masukkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar-agar hancur dan mendidih.
    2. Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
    3. Tapis bahan-bahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih.
    4. Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
    5. Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
    6. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
    7. Sejukkan dan potong.
    Sedia untuk dihidangkan.