November 2010

Tuesday, November 30, 2010

Final Exam Bagi Semester September 2010



Rasanya belum hilang lagi penat buat assignment, dah nak final exam bulan Disember ni. Ini adalah semester terakhir yang dikira dalam Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2010 yang Mia terima tahun ni. Bererti kenalah maintain CGPA. Kalau prestasi bagus, harap OUM dapat tawarkan lagi Anugerah Dermasiswa untuk tahun depan (berangan je). Semoga Mia akan dipilih semula untuk tahun depan... amin..  Siapa yang tak nak belajar free... inilah impian Mia sejak mula-mula sambung belajar OUM dulu. Sekurang-kurangnya Mia dah cuba sedaya upaya.... jadi taklah ralat sangat...

Jadual final exam Mia kali ni agak bernasib nasib baik kerana tarikhnya ada jarak antara satu sama lain. Jadi ada masa dan ruang untuk study. Taklah kelam kabut sangat.

18 Disember 2010 (Sabtu)
Human Computer Interaction

27 Disember 2010 (Isnin)
Introduction to IS Audit, Security & Control

29 Disember 2010 (Rabu)
Management of Information System

Antara 3 subjek ni, IS Audit lah yang Mia tak berapa berkenan sangat. Banyak sangat term yang perlu difahami. Dahlah format MCQ, kalau tak baca memanglah tak dapat jawab... En Yahaya memang banyak pengalaman dalam subjek, cuma Mia je macam susah hati kat subjek ni. Takut soalan keluar yang bukan-bukan.

Yang 2 subjek lagi tu dalam format essay. Bersiap sedialah untuk mengarang dan mengolah konsep. Kalau soalan format essay ni selalunya Mia akan bagi justification dan example. Kalau takde idea nak karang, selalunya Mia akan lukis diagram dan terangkan skit-skit. Sekurang-kurangnya ada markah skit daripada takde langsung.

Setiap hari mulai esok, Mia akan cuba peruntukkan 2 jam untuk study. Paling teruk pun mesti study 1 jam untuk satu hari.. Pendek kata setiap hari kena sentuh buku. Mia doa sangat agar dapat jawab exam dengan betul dan dapat mengekalkan prestasi pelajaran Mia. Sebenarnya Mia terlalu takut kalau tak dapat jawab. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Perlu kuatkan semangat.. mental dan fizikal.

p/s: nak wish good luck kat kengkawan lain yang tengah struggle untuk final exam juga..
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, November 29, 2010

Leganya.. Dah Hantar Asignments Secara Online Semalam


Tentu perasan, kan? Mia agak sibuk kebelakangan ini dengan 2 assignment. 1 assignment (Human Computer interaction) Mia dah siapkan minggu lepas. 1 lagi belum (Management of Information System). Tu yang sibuk sangat menyiapkan assignment yang satu tu.. yang tak siap-siap. Sofea pula setiap malam tidur lambat hampir pukul 3.00 pagi baru tidur. Asyik nak main je.

Banyak sangat fikir sampai tak tahu mana satu yang nak dimasukkan. Bukan senang nak karang sebab idea perlu diolah dan kena beri contoh. Oleh kerana dah 2,3 hari ni mengarang English, maka hari ni, Mia karang entri dalam bahasa Melayu. Kesian, kasi otak rehat dulu, semalam dah kerja berat berhempas pulas.

OUM sekarang dah tak macam dulu. Sekarang hantar assignment pun dah online. Tak boleh lah ada alasan nak hantar lambat ke.. no excuse. Semuanya ada dalam myVLE system. Memandangkan semalam tarikh terakhir hantar assignment bagi kebanyakan subjek, ramailah student OUM yang last minute hantar termasuk lah Mia. Wajib hantar paling last pun pukul 11.59mlm tadi. Server macam agak busy juga. 

Assignment Human Computer Interaction, Mia hantar dalam pukul 10.00 pagi semalam. Agak lambat respond reply dari server.. hmmm nak dekat 2 minit baru sent.  Assignment Management of Information System pula, Mia hantar dalam pukul 7.30 malam semalam. Hmm macam cepat pula... dalam masa tak sampai seminit dah sent. Apa-apa pun Mia tak lupa untuk print Slip Penghantaran Assignment sebagai bukti penghantaran.

Meh kita tengok myVLE system di ruangan assignment pada hari ini. Nampak tak,? Dah tutup. Dah tak boleh nak upload file assignment ke dalam server kalau terlepas tarikh semalam.



Kalau dahulu, student OUM hantar pada face-to-face tutor (lecturer). Print dulu lah. Kadang masalah printer lah, kertas tersangkut lah, ink dah habislah. Pelbagai alasan dibuat untuk hantar lambat. Sekarang tidak lagi. Kena hantar juga pada tarikh yang ditetapkan. Apa yang terjadi.. tonggang langgang ke... kena siapkan juga. Yang penting kena ada akses ke dalam internet dan terus upload file assignment dan submit.

Hari ni rasa lapang betul bila satu beban yang berat dah settle. Selepas ni kena buat persiapan untuk menghadapi final exam pada bulan 12 ni. 

p/s: Mia nak minta maaf pada kawan-kawan yang ada nak minta tolong betulkan error programming kat library semalam. Memang Mia tak dapat nak bantu. Mia sendiri pun busy siapkan assignment...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, November 26, 2010

How To Improve Your Life



Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.

2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

3. Don't over do; keep your limits.

4. Don't take yourself so seriously; no one else does.

5. Don't waste your precious energy on gossip.

6. Dream more while you are awake.

7. Envy is a waste of time. You already have all you need.

8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

10. Make peace with your past so it won't spoil the present.

11. No one is in charge of your happiness except you.

12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

13. Smile and laugh more.

14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often.

16. Each day give something good to others.

17. Forgive everyone for everything.

18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.

19. Try to make at least three people smile each day.

20. What other people think of you is none of your business.

21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.

23. GOD heals everything.

24. Do the right things.

25. However good or bad a situation is, it will change.

26. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

27. The best is yet to come.

28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.

30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Source : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, November 25, 2010

Bila Sofea Mula Pegang Lesung..


Selama ni kalau Mia nak masak, Mia akan tumbuk dulu rencahnya. Sambil tumbuk, meriba Sofea. Dia perhati je. Sehinggalah Isnin lepas 22 November 2010, tergerak hati Sofea nak juga cuba pegang. Seboleh-boleh nak juga. Suruh pegang guna dua belah tangan, dia tak nak. Nak juga cuba pegang guna sebelah tangan. Kira macam Fear Factor bagi Sofea. Cabaran yang harus ditempuhi. Memanglah berat, akhirnya berjaya juga tumbuk guna sebelah tangan dengan pelbagai cara nak gayakannya. Suka betul bila dah dapat buat. Lepas tu apa lagi, mengadu kat ayahnya, minta diurut dengan minyak Yu Yi.








Kali ni je Mia bagi peluang kat Sofea cuba. Lepas ni dah tak kasi lagi. Tunggu dia besar skit baru boleh tolong maknya di dapur. She's so adorable...

p/s: Aksi ini harus diselia oleh ibu bapa. Jangan biarkan anak bersendirian menggunakan lesung.
Read more / Baca Lagi >>>

Cepat Undi Sekarang! Undi Blog Pilihan Malaysia



Jom cepat undi sebelum jam 12.00 tengahari 25 November 2010 (Hari Ini). Sila klik kat link ni Daftar Senarai Blog Pilihan Sekarang.

Anda tidak boleh mengundi diri sendiri. Sila semak dahulu syarat-syarat dan bagaimana caranya untuk mengundi.


Kategori Blog
Blog Personal Lelaki Pilihan
Blog Personal Suami Pilihan
Blog Personal Wanita Pilihan
Blog Personal Isteri Pilihan
Blog Tutorial Pilihan
Blog Lawak Pilihan


Mia hanya tolong promosikan aje... Cepatlah sementara masa masih ada...

p/s: agak lambat buat entri ni.. harap maaf... baru je tahu lepas balas kunjungan ke blog hazwan...
Read more / Baca Lagi >>>

Kisah Pasu Air Retak


Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Mia suka kisah ni, banyak unsur-unsur nasihat dan motivasi walaupun ada sesetengah blogger dah paparkan kisah ini. Sebuah nasihat dari pepatah lama orang Cina yang benar-benar membawa keinsafan kepada kita. Setiap orang ada kekurangannya yang tersendiri. Betapa sifat kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.

Jom baca kisah ni... zassss....


Seorang wanita tua Cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. "Aku sangat malu dengan diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu".  Wanita tua itu tersenyum, "Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi?". "Itu kerana aku selalu menyedari betapa kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu".


"Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin  tiada keindahan sebegini di rumah ini".

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, November 24, 2010

Rahsia Penyakit Di Sebalik Jari Anda


Asas 5 jari
  • Jari telunjuk : Usus
  • Jari tengah : Jantung
  • Jari Manis : Imuniti
  • Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda... Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita  pulak, adalah dengan melihat  pada jari kelingking kita.. Kalau jari kita  meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cuba lihat tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke??? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..

Mari kita ke bahagian yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba tengok pada kuku setiap jari anda.. jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tetapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya Allah...

Moral : Jagalah kesihatan kita, ia anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa...

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, November 23, 2010

Aktiviti Wajib Sofea di Giant U Mall, Taman Universiti



Giant U Mall, Taman Universiti ni paling dekat dengan rumah Mia. Jadi kalau boring-boring, kami bawa Sofea jalan-jalan sambil beli barang keperluan. Selalunya kalau pergi, Sofea pasti akan melakukan aktiviti wajib dia. Seronok betul. Meh kita tengok apa dia?








Hmm... betapa sukanya dapat naik benda ni. Pandu sendiri, boleh pergi ke mana-mana yang dia suka. Kalau tak bagi dia naik, memang meragam lah bila balik rumah. Sekali naik RM3.00 selama 5 minit. Lebih-lebih lagi kalau ada ramai budak naik, memang Sofea akan terjerit-jerit nak naik sama. Bila masa dah habis, dia puas hati dan gembira betul sambil tersenyum lebar. Nasib dia tak meradang nak naik semula lagi...

Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa tentulah nak anak sendiri gembira dan dapat kecapi apa yang diingini. "We love her so much"

p/s: gambar agak sedikit goyang sebab amik masa dia main...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, November 21, 2010

Facebook di Era P.Ramlee...‏


Tak dapat bayangkan... macam manalah agaknya kalau ada Facebook di era P. Ramlee dulu. Kalau dari dulu dah ada Facebook tak tahulah sekarang dah jadi apa pula. Jom kita tengok Abang Sudin ajak Eton jumpa kat tempat biasa....  zassss...


Macam biasa.. mesti ada Ayu yang asyik minta 20 sen buat upah tutup mulut...  Ni untuk santai-santai aje...

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

English is a Funny Language‏



In what other language do people drive in a parkway and park in a driveway?

Why does night fall but never break and day break but never fall?

Why is it that when we transport something by car, it's called a shipment, but when we transport something by ship, it's called cargo?

Why are people who ride motorcycles called bikers and people who ride bikes called cyclists?

In what other language do they call the third hand on the clock the second hand?

Why is it called a TV set when you get only one?

Why - in our crazy language - can your nose run and your feet smell?

Sometimes you have to believe that all English speakers should be committed to an asylum for the verbally insane:

If olive oil is made of olives, what do they make baby oil from?

If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian consume?

A writer is someone who writes, and a stinger is something that stings.

But fingers don't fing and grocers don't groce.

If the plural of tooth is teeth, shouldn't the plural of booth be beeth?

If the teacher taught, why isn't it also true that the preacher praught?

If harmless actions are the opposite of harmful actions, why are shameless and shameful behavior the same?

English is a language in which you can turn a light on and you can turn a light off and you can turn a light out, but you can't turn a light in;

In which the sun comes up and goes down, but prices go up and come down.

In which your nose can simultaneously burn up and burn down and your car can slow up and slow down, in which you can fill in a form by filling out a form and in which your alarm clock goes off by going on.

English is a crazy language. What is it that when the sun or the moon or the stars are out, they are visible, but when the lights are out, they are invisible; and why when I wind up my watch, I start it, but when I wind up this essay, I shall end it?

Tricky Plurals
===============

We'll begin with a box, and the plural is boxes; but the plural of ox became oxen not oxes.

One fowl is a goose, but two are called geese, yet the plural of moose should never be meese.

You may find a lone mouse or a nest full of mice; yet the plural of house is houses, not hice.

If the plural of man is always called men, why shouldn't the plural of pan be called pen?

If I spoke of my foot and show you my feet, and I give you a boot, would a pair be called beet?

If one is a tooth and a whole set are teeth, why shouldn't the plural of booth be called beeth?

Then one may be that, and three would be those, yet hat in the plural would never be hose, and the plural of cat is cats, not cose.

We speak of a brother and also of brethren, but though we say mother, we never say methren.

Then the masculine pronouns are he, his and him, but imagine the feminine, she, shis and shim.

Lets face it, English is a crazy language!

Source : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, November 20, 2010

Fadilat Bulan Zulhijjah


Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.

Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik dan dari siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.

Tanggal 7 Zulhijjah
pintu neraka Jahannam akan dikunci. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan. Hari itu dinamakan dengan ‘Tarwiyah’ (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja mengetahui.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu hari itu dikenali dengan nama ‘Arafah’ (hari tahu). Sesiapa yang berpuasa hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Tanggal 10 Zulhijjah
adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari ‘Nahar’ (menyembelih). Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan dari yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).

Sunat bersedekah kepada kaum fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika inya tidak terlalu jauh.

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat ‘Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama awal Muharram.

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah


Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  1. Berkat pada umurnya
  2. Bertambah hartanya
  3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah

# 1 hingga 9 Zulhijjah - Sunat berpuasa

# 8 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

# 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah)
  • Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
  • Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  • Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  • Solat sunat qabliyah asar
  • Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  • Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  • Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  • Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  • Solat sunat tasbih
  • Solat sunat hajat
  • Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

# 10 Zulhijjah(Hari Raya Haji/Korban)

• Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban

# 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
• hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu

# 29 atau 30 Zulhijjah
• Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

sumber : email
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, November 19, 2010

Sombong


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." -

(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya." -

(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni'matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18;

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Sumber : Email

p/s: sentiasa muhasabah pada diri sendiri... apa yang kita ada tidak akan kekal untuk selamanya... insaf..
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, November 18, 2010

PPW Johor (OUM Johor) Under Renovation, Final Exam Will Be Held At Kolej Islam Johor


This morning a friend of mine, Rahayu sent message through Yahoo Messenger (YM) asking for the actual location to sit for final exam. Oh dear! I also not aware about this. Busy with assignments lately. PPW Johor is now under renovation. Let's look at the photos taken by me on 14 November 2010.






So.. to clarify this matter, I called Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Director of PPW Johor. Luckily he was available that time and said that the final exam for this September 2010 Semester will be held at Kolej Islam Johor YPJ. He said announcement regarding this matter will be made soon. The construction work is expected to be completed by March 2011. A great thanks to him for answering my call.

First thing what came out from my mind, where is it located? So, I tried to find the location at Google Maps . Thank goodness it is located at  Jalan Ahad, Kampung Ungku Mohsin nearby Jalan Datin Halimah. Not too far from my office.


Last but not least, hoping that all of you (students of PPW Johor) will try to survey the location first before the day of your exam. Wishing you the best of luck!


p/s: I already asked permission from Encik Abdul Rahim Mohamed Amin, Director of PPW Johor before publishing this entry (post).
Read more / Baca Lagi >>>

Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak Bulan Jun 2010


Akhirnya, Fatin Hanani menghantar gambar pada Mia. Mia pun faham dia sibuk dengan exam sebelum ni. Biar lambat asalkan hantar seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Contest Pengkomen Terbanyak. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Wahhh! Bergaya sakan Fatin ni, siap demonstrasi cara-cara nak makan pil Vitamin C ni. Posing  baik dengan hadiah yang diterima berupa produk CNI, 1 kotak Royal Jelly Vita C 100 tablets sumbangan mycni2.blogspot.com. Jangan tak makan ya... Sibuk macam mana pun kesihatan perlu dijaga. Vitamin C ni pula sesuai benar untuk mereka yang tidak makan sayur. Harap Fatin suka dengan hadiah yang diterimanya.

Jom kita tengok model baru kita ni.... zassss....




Fatin Hanani ni blogger yang ramah dan mesra orangnya. Rajin betul dia masuk contest sana sini. Tidak hairanlah kalau dia amat dikenali di dalam dunia blogging ni. Dia juga pernah memenangi dalam tempat kedua Kuiz Smile..Smile..Smile.. yang Mia anjurkan. Tahniah ya.. Fatin memang seorang yang bertuah. Usaha Fatin komen blog Mia selama ini kini tidak sia-sia kerana merupakan Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak Bulan Jun 2010. Fatin juga ada membuat entri khasnya yang bertajuk Hadiah Ke2 dari Kak Mia =>.

Semoga apa yang kita inginkan akan beroleh kejayaan dan keberkatan di masa hadapan. Salam ukhwah dari Mia...

p/s: lega....semua Pemenang Contest Pengkomen Terbanyak Untuk Bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2010 telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha



Di kesempatan ini Mia sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog ini. Raya kali ini Mia cuma sambut di rumah Mak Mertua kat Johor Bahru je. Apa-apa pun selamat menyambutnya bersama keluarga tersayang dan menghayati betapa indahnya hari ini bagi mereka yang mengerjakan haji di Mekah dan Qurban Semoga ibadah mereka diterima dan mendapat keberkatan. Amin...

Semoga  memberi keberkatan dan rahmat
Semoga  memberi kegembiraan dan keriangan 

Semoga Aidiladha ini memberi kebahagiaan dan keceriaan..
Dan mengeratkan silaturrahim sesama kita..
InsyaAllah..

p/s: design kad raya yang agak simple kali ini..

Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, November 16, 2010

Advice and Guidance To Solve OUM Students' Problem


Last night I got sms from Linda, "hi, i need yr advice n guide me. how 2 get gd result? studie? i f prob bse unable 2 remember wat i been studies n wat 2 studies for english?"

I just notice her sms this morning around 4.30am. And reply to her, "sorry. last nite i sleep early. just read ur message. normally i study early in the morning. i will try to answer this in my blog n will let u know the link."

She replied back, "thanks a lots friend".

Linda is actually a friend of mine last semester for subject English for Oral Communication. She is an Indian woman who works at Singapore, a wife and a mother of 9 years old daughter if I've not mistaken.

How to get good result? How to study smart?
First thing, we must identify when is the best time for us to study. Study smart, don't study hard. For me, the best time to study is after I wake up from sleep. Could be 4.00 am. Let's say we spend 1 and a half hour to study. Don't be so greedy to cover all the topics in the book. Just choose 1 or 2 topics and read through calmly. If you feel tired, then stop! Don't continue. Do other things first then continue back. In 1 and a half hour, you could spend about 80% doing study.

The next thing to be considered is when first time you read the topic, you won't understand what you've read. Don't panic. Relax. Just read through until finish. The next time, you read again. Later, you will understand and begin to jot down the important points into short notes or simply underline with highlighter in your book. These short notes are important when you want to sit for your exam. Just simply read through and memorize the important points. Do not read the whole book on the night before exam, you will be very stressed and end up with nothing in your mind.

Make dictionary as your best friend. Whenever you confuse or do not understand the English terms, in the books, try to refer it to dictionary for better explanation. Do not try to predict the translation if you don't know. What I do the most is watching movie in the television that has English subtitle (as usual TV3 Cerekarama on Saturday night), watching TV3 midnight news at 12.00am (normally twice per week), reading English articles, write in English in my blog (this is what I am doing now) and others. You could have your own way to improve your English, could be speaking during working hours, on the phone maybe... 

Just to let you know that in myVLE system there's a link to e-Gate, Electronic Gateway to English Resources under Resources Menu. Do have a look at it. A very useful site to learn and improve English.
First page of e-GATE online learning

If possible, do not skip your class (or tutorial). Lecture is very important. You may ask and clarify with your lecturer anything that you do not understand during your study at home. Before attend the class, kindly read your book first (just on topics to be covered) so that during class you will understand more about the subject.

Friends also important. Try to make friends with others. Discussing with friends in library may help you also. I insist, it is very difficult to practice this in OUM as most of the students usually don't have time to sit and study together. Try to find a friend who really wants to learn and to spend time with us for the study. Don't be selfish if your friend need your help, maybe giving lecture notes and discuss the assignment. (like what i'm doing right now, try to motivate you)

Make full use of online forum in myVLE system. The online tutor will help to answer your questions. You also can discuss with your friends (OUM students in Malaysia who are taking the same subject) virtually.

Do get support from your family. Especially your husband. When you are really busy doing assignments and preparing for exam, he may helps you to do the house works and taking care of the children.

Before exam, do have enough sleep. Try to relax and don't panic. During exam, try to answer the questions. Don't leave blank. Just answer whatever possible. When finish, do check back your answer, maybe you left important points behind.

Health is very important. Do take any nutrition and supplement such as Omega 3, Vitamin C, Calcium and others. Don't study when you are tired and exhausted. It will make your study become worst

If really you do not have time to study, just apply for leave. Then study yourself at home. Don't mix up your study with your work. Try to balance the needs.

Login page to enter myVLE system for OUM students

 My first page in myVLE system

Hoping that this may answer to your questions. Sorry for any inconvenience in this entry. You may comment this entry using Name/URL identity.

Thank you for the trust given to me. It's not easy to be in dean's list every semester and an OUM Dermasiswa holder for this year. I also face a lots of problem too, and try to manage them wisely. Don't demotivate yourself when your result is not what you expected for. You can try to sit for the final exam to upgrade the subject  result within a year. May these will help other students as well.

p/s: Finally I expose how I study. Indeed... time is not enough but we must make that time enough for us to study... good luck!
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, November 15, 2010

Tips Penjagaan Pakaian



Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
  • Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  • Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  • Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat

Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas

 
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
  • Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
  • Campurkan dengan air.
  • Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
  • Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
  • Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  • Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
  • Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  • Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  • Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  • Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain

Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
  • Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  • Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip

Jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit

Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit
  • Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
  • Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
  • Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, November 14, 2010

Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat Dengan Kerajaan



Hari Rabu lepas, 10 November 2010, Mia ada mid term exam. Petang tu pula dalam pukul 2.00petang, Mia dan Lela terus gerak ke Kuala Lumpur dan bermalam di Hotel Kualiti. Esoknya kami perlu menghadiri Seminar - Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat Dengan Kerajaan di Hotel One World, Damansara. Ramai betul yang hadir. Penuh satu Dewan Ruby. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah kepada agensi kerajaan yang telah mendapat 5 stars dan menerima Sijil Pengiktirafan Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2010. Begitu juga pemilihan ahli -ahli panel yang berwibawa dalam menjayakan forum Social Media Channels as a Vehicle to Engage Citizen dan Government Approach in Embracing Social Media.


Begitu pentingnya media sosial dan banyak maklumat baru yang kami perolehi.
  • Rangkaian saluran sosial seperti Blog, Facebook, Twitter dan Wikis merupakan saluran media yang semakin mendapat perhatian rakyat pada masa kini.
  • Malaysia menduduki tempat ketiga dalam penggunaan facebook.
  • Secara purata pengguna Malaysia mempunyai 250 sahabat di dalam facebook berbanding dengan Jepun yang mempunyai 23 sahabat.
  • Penglibatan rakyat Malaysia : 4.2 juta pengguna Friendster, 6.2 juta pengguna Facebook
  • Faedah media sosial :
    • Saluran yang terbaik bagi kerajaan berkomunikasi dengan rakyat.
    • Memberi ruang kepada rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam memberi pendapat dan idea bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

















p/s: makanannya memang sedap... ingatkan makan ala-ala buffet (boleh ambik banyak) rupanya serve (seganlah nak tambah)
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters February 2017