Kisah Pelajar Praktikal di Unit ICT

Hmmm.... tahun lepas, 2010 ramai betul yang praktikal di Unit ICT. Macam-macam ragam, macam-macam karenah. Semuanya 11 orang, 2 daripadanya bukan ICT. Maksud Mia... pelajar praktikal Bah. Perancangan Korporat. Mereka ni semua dari UniKL, Politeknik Dungun, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Komuniti, UiTM Kelantan.

Jom tengok hasil art design yang telah Mia ajarkan kepada mereka menggunakan Adobe Photoshop CS3. Memanglah gambar-gambar tu semua diambil dari internet. Yang penting mereka telah berjaya membuat perubahan dari gambar yang asal dan dapat menggabung banyak gambar dalam satu template dengan effect sekali. 



Kalau asyik buat programming sahaja tentu boring. Lepas ini, nak turunkan hasil kerja mereka. Nak beri laluan pada hasil kerja pelajar praktikal tahun ini pula. Rindunya Mia pada mereka. Sekarang ini ada yang dah bekerja dan ada pula yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih timggi.

Hmmm.. sepatutnya ramai pelajar praktikal ICT pada tahun ini. Tapi mungkin last minute tukar tempat lain, tu yang 5 orang yang Mia maksudkan tadi tak jadi masuk. Tak apalah. Yang ada ni cuma 2 orang sahaja. 



Yang kat belakang tu, Hazrik, pelajar UiTM Kelantan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik. Mula pada 3 Januari 2011 sehingga 3 April 2011. Projek praktikalnya ialah Sistem SPSS.

Yang kat depan tu, Akram, pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin jurusan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pengaturcaraan). Mula pada 29 November 2010 sehingga 29 April 2011. Projek praktikalnya ialah Sistem Pemilikan Peralatan ICT dan Sistem Kad Rawatan Klinik.

Mia harap mereka dapat menunjukkan prestasi kerja dan komited terhadap projek yang telah diberikan. Belajar menyesuaikan diri di tempat kerja. Good luck!

Post a Comment

28 Comments

  1. wah! bestnya. tahniah dan selamt menjalani latihan praktikal :)

    ReplyDelete
  2. jelous tengok diaorang punya hasil seni. teringin nak belajar.

    ReplyDelete
  3. wah...mamanoein pun ada sorang budak practical under me....ngah menurunkan ilmu utk dia...

    ReplyDelete
  4. oh, yg depan tuh my senior. buat spss? hebat lah!

    ReplyDelete
  5. @AiDa AzRyN bila dah guna...macam gian lak... abis semua nak diedit... heheheh

    ReplyDelete
  6. @Miza Yusof tu lah... siapa yang praktikal di sini... memang dilatih cukup2... pakej lengkap... hehehe...

    ReplyDelete
  7. kak mia, kak mia keje kat mana? cam best je praktikal kt tempat kak mia..bleh saya suggest kat junior2 sy nnt..hehe

    ReplyDelete
  8. @cik teyn-mcm knal jerk...bkan ke student dip3-s4?@ nie klas classmate sya?

    ReplyDelete
  9. saya ni xreti guna photoshop..bestnya kalo terror guna...kena blajar slow..cantik kalo pandai guna kan

    ReplyDelete
  10. @Tuan Penasihat ramai blogger yg wat tutorial photoshop ni... cuba lah..

    ReplyDelete
  11. @anamizu kena oandai pilih dan gabungkan warna yang sesuai dengan objek...

    ReplyDelete
  12. @tiefazatie adek baru yang banyak membantu akak di kala sibuk...

    ReplyDelete
  13. @LyNn'Azlina memang yang tak cantik boleh jadi cantik.... mula2 susah nak guna... lama2 nanti ok la..

    ReplyDelete
  14. salam...macam mana kalau saya nak praktikal kat sini..ada no telefonya x... sy ambil diploma pembangunan perisian (internet dan multimedia)dari KIPSAS..mmg saya berminat sangat nak praktikal dalam bidang edit mengedit nih...boleh bantu saya...

    Email: mrajis91mybiz@gmail.com

    ReplyDelete
  15. beznye praktikal kat sni..nie kat mne akak..??ase cm nk prktikal kat sni je..

    ReplyDelete
  16. akak kerja kat lembaga perindustrian nanas malaysia, bandar baru uda, johor bahru.

    sila hubungi unit latihan dan kompetensi jika ingin menjalani praktikal di sini.

    nombor telefon boleh didapati di www.mpib.gov.my

    ReplyDelete