image April 2011 - Mia Liana

Friday, April 29, 2011

Da Font - Tambahan Koleksi Font Yang Menarik

4/29/2011 05:54:00 AM 14 Comments

Bagi mereka yang suka buat design, memang jenis-jenis font yang default di dalam koleksi komputer tidak mencukupi. Perlu di download dari internet. Setakat ini, Mia hanya download font baru dalam laman web dafont.com.

Banyak jenis font boleh di dapati dan memang boleh rambang mata kalau nak pilih yang mana satu. Pendek kata download sahajalah yang mana berkenan.

Antara kategori font yang dipaparkan. zasss...






Cukup puas hati lebih daripada itu. Hanya download dan install  ke dalam komputer. Sekali sekala cuba font lain apa salahnya.

p/s: Mia selalu download font yang menarik di sini.... mana tahu anda ada lagi cadangan laman web font yang sesuai untuk di download.... sila-silakan berkongsi pandangan...

Wednesday, April 27, 2011

Jamuan Perpisahan Untuk Akram di KFC

4/27/2011 05:18:00 PM 16 Comments
Cepat betul masa berlalu. Akram dah nak habis praktikal hujung bulan ini. Akram dari Politeknik Dungun. Selama 6 bulan di Unit ICT, banyak ilmu yang telah kami curahkan padanya. Lepas ini, kalau masuk alam pekerjaan, rasanya Akram tidak akan kekok.

Pada pendapat Mia, Akram seorang pelajar yang komited terhadap apa jua tugas yang diberikan dan sanggup belajar benda baru. Projek-projek dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Pendek kata semuanya serba-boleh dan memberansangkan.

Diharap Akram tidak akan lupa kami di sini. Banyak sungguh kenangan bersama dengan Akram. Semoga Akram berjaya di dalam pengajian dan pekerjaan yang akan diceburi nanti.

Jom tengok kami buat jamuan perpisahan untuk Akram waktu tengahari tadi di KFC, Taman Damansara Aliff. Semua staf ICT hadir, En Nizam dan isteri serta anaknya, Mia, Sue, Lela dan Hafizs. zasss....












p/s: akan merindui Akram... sambung belajar elok-elok ya...

Tuesday, April 26, 2011

Masak Nasi Lemak

4/26/2011 05:33:00 AM 27 Comments
Nasi lemak memang kegemaran suami Mia. Boleh dimakan dengan sambal, timun, bilis goreng dan telur dadar. Surirumah yang bekerja tentulah nak masak yang mudah. Bila balik sahaja kadang-kadang dah bungkus lauk, tinggal masak nasi je.

Kali ini Mia masak nasi lemak sahaja. Bahan-bahannya ialah beras, santan, halia, garam dan halba. Masa masak nasi lemak ini, bila dah nak tanak kena gaul-gaul supaya santannya sekata. Barulah rasa sedap. Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.

Jom tengok zass...







Hmm... bau pun dah rasa sedap... Bila dimakan lagilah enak dan mengenyangkan. Tidak sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.

Sunday, April 24, 2011

Bila Sofea Pergi Jusco Bukit Indah

4/24/2011 12:20:00 PM 27 Comments

Hujung minggu memang selalu bawa Sofea keluar. Kebetulan suami Mia nak beli baju t-shirt beberapa helai, apalagi destinasi yang dituju ialah Jusco Bukit Indah. Keluar rumah pukul 8.00 malam dan pada masa yang sama Jusco sedang sales. Dapatlah diskaun. 

Sofea pula sekarang dah tidak berapa suka kalau duduk dalam troli lama-lama. Mulalah merengek nak keluar jalan sendiri. Bila dilepaskan, ke sana sini dia berlari. Cuit orang sana, cuit orang sini. Jenuh juga nak kejarnya.

Tup-tup ada promoter yang dukung dia. Agaknya suka tengok karenah Sofea yang sangat peramah. Jom kita tengok saat Sofea beramah mesra dengan promoter-promoter di situ. zassss...








Selepas suami Mia selesai memilih baju, kami terus bawa Sofea pergi ke kaunter bayaran. Sofea siap bye-bye lagi kat kawan-kawan baru dia tu dengan senyum yang gembira.

Saturday, April 23, 2011

Lepas Exam, Makan Nasi Beriani Di Bandar Baru UDA

4/23/2011 01:23:00 PM 12 Comments

Selepas habis exam yang terakhir hari Khamis lepas, Mia ada perbincangan dengan En Abdul Rahim, pengarah OUM Johor berkenaan pengisian laman blog OUM Johor. Blog ini masih baru lagi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 

En Jamal, naib timbalan Kelab Pelajar OUM Johor juga turut ada. Sebelum balik, En Abdul Rahim ajak kami makan tengahari. Setelah sepakat lokasinya di Bandar Baru UDA. Bila dah sampai, ramai betul yang makan di Restoran Abah Beriani House. Memang sedap makan di sini, nasi berianinya tidak berat dan kurang minyak.

Apa-apa pun Mia nak ucapkan terima kasih kepada En Abdul Rahim kerana sudi belanja kami makan. Kenyang betul.






p/s: siap bungkus 1 untuk suami...

Thursday, April 21, 2011

Today... Final Exam for Introduction to Multimedia Technology (Last Paper)

4/21/2011 05:12:00 AM 12 Comments

At last... today is the last paper I sit for final exam. This theory subject has a lot of information and need to be understand well enough in order to excel in this subject. Actually, for today, I just read through all the topics from 1 until 12. 

Maybe I'm a bit moody as not feeling very well although I take vitamin supplement everyday. I think I got fever a bit. Cannot have full concentration in study although I took leave for yesterday. Most of the time, after tired studying then I will do other things especially sleeping. I don't know, when reading this book, always become sleepy. Hmmm.. what to do, have to study also.

This 3 hours and 10 minutes paper will start at 9.00am. Hopefully I can answer correctly.



p/s : after exam, should take medicine...

Wednesday, April 20, 2011

Mia In Waiting List For Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2011

4/20/2011 08:37:00 PM 8 Comments

Yesterday evening, I made a phone call to Encik Ismadi at 03-27732195 (OUM Kuala Lumpur). He is responsible to any matters regarding this Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM. I was so happy that I am one of 52 OUM students waiting to be shortlisted.

I was informed that only 3 students will be selected for each faculty every year. Until now, my CGPA is 3.80. Dreaming.. dreaming... dreaming...  Can't eagerly wait to know the result. Trying my best with full of hope.

If selected, I will receive the award letter before the end of this month. Whatever it is.... do wish me luck!

p/s: so happy although in waiting list only. hopefully this year will be lucky, same as last year....

Tuesday, April 19, 2011

Cute Bracelet Ultra Light Healthy Sport Wrist Watch - Special Giveaway

4/19/2011 07:26:00 AM 62 Comments

Special Giveaway from BudgetGadgets.com


Latest Update on 4.05pm 21 April 2011 :
Open back again if reach 10,000 LIKES before CST 20:00 April 25th

We are going to giveaway another 1500 pcs free sport wrist watches to our facebook fans if our fans reach 10,000 before CST 20:00 April 20th, like us and share the freebie to your friends. We hope you will get the chance to get it. Come and join us before it is too late.

Let's join, click LIKE NOW! and REGISTER HERE!

Product Review
  • Silicone watches are made to give you a new colorful approach on your fashion
  • Light, will not hurt anyone when you playing sports and you still have the time
  • ATM water resistance, but not for diving,showing and so on
  • Design elasticity to fit any wrist
  • Minusion (above 1900ions/cc), far infrared ray (above 90%)
  • Good design award:2005 KIDP (korea instirute of design promotion)
  • High quality silicone rubber is no harm to skin
For more information, kindly CLICK HERE.


Update on 10.20am 20 April 2011

Update on 4.05pm 21 April 2011

Brought to you by :
BudgetGadgets.com


Like us on facebook: http://www.facebook.com/budgetgadgets
Follow us on twitter: http://www.twitter.com/budgetgadgets
Subscribe us on youtube: http://www.youtube.com/budgetgadgets


Monday, April 18, 2011

Mia Menang Entri Terbaik Untuk Bloglist Kategori Ibu-Ibu di RafinaMimi.com

4/18/2011 12:32:00 PM 20 Comments

Sebenarnya Mia tak sangka entri Mia yang tempohari Bloglist Kategori Ibu-Ibu di RafinaMimi.com telah dipilih sebagai entri terbaik. Terima kasih tidak terhingga kepada Mimi kerana telah terpikat dengan entri Mia.

Mimi telah pun buat pengumuman pada entri Senarai Penuh Bloglist Untuk Kategori Ibu Vs Nombor Bertuah 6999. Tidak lupa juga terima kasih kepada blogger lain yang ucap tahniah pada kami yang tersenarai.



Sebagai memenuhi syarat entri terbaik, banner blog Mia akan dipaparkan selama 1 bulan di ruangan Klik-Klik Sini bersama iklan-iklan yang lain. Mia belum pernah ada banner lagi. Pagi tadi pukul 4.30 pagi, baru Mia buat banner. Mia buat yang simple.


p/s: sukanya, first time menang contest dari blogger...

Sunday, April 17, 2011

Ayam Masak Kicap

4/17/2011 08:02:00 AM 25 Comments


Mia lebih gemar kalau ayam masak kicap ini, terlebih dahulu ayamnya digoreng separuh. Lebih sedap rasanya, ayam pun rasa kental. Kegemaran kami sekeluarga. Sekali makan pasti nak tambah lagi.

Ayam perlu digaulkan dengan kunyit dan garam sebelum goreng. Selepas separuh masak, ayam diangkat dan ditoskan. Rencah yang telah ditumbuk (halia dan bawang besar) digoreng bersama rempah tumis dan hirisan bawang sehingga naik bau. Jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, digaul dengan sebati. Akhir sekali, tambah kicap ikut selera masing-masing. Boleh juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti cili. Mia lebih suka tambah kentang. Kentang betul-betul favourite Mia.







Selepas dihidang, dimakan pula bersama nasi. Lauk ayam kasak kicap enak dinikmati.

p/s : Mia sekarang tidak masak pedas... Sofea boleh makan sekali.