Banyak Komen Di Entri Telah Hilang Selepas Blogger.com Pulih Semula

Rasanya selama ini Blogger.com tak pernah pun buat maintenance sampai 2 hari. Selalunya sekejap sahaja beberapa jam. Mia dapati bila dah pulih semula, banyak komen-komen telah hilang. Pergi mana ya?

Memanglah Mia dah ada domain sendiri tetapi masih lagi menggunakan Blogger.com untuk masukkan entri. Kalau tukar hosting lain pada masa itu, Mia risau takut entri-entri yang lepas hilang begitu sahaja.


Entri Cek Nuffnang ini telah pun mendapat 11 komen sebelum ini. Tiba-tiba sudah tinggal 2 sahaja. Mia belum sempat nak balas komen untuk entri ini.

Entri kempen undi Mia pula, pun banyak yang tiada, di harap peserta kempen dapat komen semula.

Di harap pengunjung tidak berkecil hati sekiranya komen yang telah dibuat di mana-mana entri dalam blog ini telah tiada. Silalah komen semula. Ini adalah kesan daripada maintenance yang dibuat oleh Blogger.com.

Blogger-blogger lain macam mana ya? Hilang komen tak? Cuba check...

p/s: sedihnya.. banyak komen dah hilang....

Post a Comment

10 Comments

  1. saya pakai intensedebate punya komen..

    so bab komen-komen ni selamatlah..



    my recent post...ustazah yang cantik

    ReplyDelete
  2. Uwaaa...samalah intan punya comments pon byk yg hilang...sedih :(

    Hopefully depa leh restore semuanya balik...sayang ooo.

    BabyIntan latest two new entries:-
    Gambar Si Comel Yg Menarik Di Hati Ini...
    Two New Buffered Earnings From Nuffnang!

    ReplyDelete
  3. rasa mcm sy punya komen xhilang je...
    mmg komen tu asalnya kosong...hihi

    ReplyDelete
  4. blog sy x glamer..x byk komen...so jsdi..no comment jer lah dr saya

    ReplyDelete
  5. Komen tentang Pendaftaran Pertandingan Anugerah Blog paling popular banyak yang hilang..

    Saya tak pasti berapa.. Tapi semua komen lebih daripada 210.. Tapi bila saya bangun tidur pagi tadi cuma ada 204 sahaja..

    Tapi nasib baik, saya linkkan semua entri dan komen di akaun gmail saya..

    Jadi saya dapat juga kesan peserta yang mendaftar melalui gmail.. kalau tak kesian dekat mereka yang dah mendaftar..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    ReplyDelete
  6. @Hamba Ilahi ooo macam menarik je. tapi nak kena tengok2 dulu... :)

    ReplyDelete
  7. @BabyIntan ooo ramai juga yang hilang... sabar ya..

    ReplyDelete
  8. @Amri Abd Rani uikkk hehehe.. takpe nanti ada lah orang yang nak komen tu :)

    ReplyDelete
  9. @khairul walaun no comment tapi tetap komen juga :)

    ReplyDelete
  10. @Coretan anuar ooo.. mia pun ada link kan kepada email. nak balas komen pun mungkin di email sahaja...

    tahniah ya anuar, sekarang dah ramai penyertaan :)

    ReplyDelete