Saturday, August 13, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih



Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima . Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua 
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 

Sumber : Emel

21 comments:

  1. terasa sebak dengan budak tu, walaupun dia miskin tapi dah dididik supaya tidak mengambil duit dr orang kecuali membeli kuih dr nya...

    ReplyDelete
  2. Pernah baca kisah ni dan sangat menyentuh jiwa..terima kasih sharing..

    ReplyDelete
  3. Mari dapatkan pen digital Al-quran segera.. salam ramadhan dari Putri

    ReplyDelete
  4. terharu bace cite ni. semoga famili budak tu bahagia sentiasa.

    dill.

    ReplyDelete
  5. budak tu sangat tabah. untung mak ayah dia dpt anak mcm tu :)

    ReplyDelete
  6. thanks to sharing..bagus mak dan ayah budak ni ajar anak macam tuh.

    ReplyDelete
  7. bertuah budak ni krn ibu didik dgn cara yg betul.. hati pun baik sbb sedekah duit tu kt pengemis buta.. smoga budak ni trus sukses dlm hidup ^^

    ReplyDelete
  8. Masih ada insan yang kental jiwa nya...mendidik anak dengan kasih sayang, maka lahirlah budak itu dengan penuh budi bahasa...

    tears...

    ReplyDelete
  9. nice story..
    harap ada lagi budak cam tu

    ReplyDelete
  10. bagus didikan mak budak tersebut...jarang kanak2 nak berfikiran mcm 2...

    ReplyDelete
  11. penah bace jugak kat fb. tp thx sebab share. igt2 lpe je td. susah nk jmpe bdk cmtu.:D

    Cara Pantas Setel Masalah!!!

    ReplyDelete
  12. hebat kan.
    da besar agak nye dak tu :D

    ReplyDelete
  13. salam.. sy balas singgahan n follow.. follow me bck ya.. thnx

    ReplyDelete
  14. memang tersentuh jiwa bila baca kisah ni. mia dapat emel dari kawan pastu masukkan dalam blog, untuk tatapan semua.

    semoga kita jadikan iktibar dan pedoman. bukan senang nak didik anak zaman sekarang ni yang penuh dengan cabaran dan dugaan..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

July Top Supporters