image Logo MRT Mia Sudah Di Rank 1... Perlukan Undian Lagi Untuk Terus Kekal Sehingga Esok - Mia Liana

Saturday, 6 August 2011

# MRT Logo Contest

Logo MRT Mia Sudah Di Rank 1... Perlukan Undian Lagi Untuk Terus Kekal Sehingga Esok



Alhamdulillah... segala usaha penat lelah minta undi di sana sini, terbalas jua akhirnya Mia mendapat rank 1. Tapi agak bahaya juga memandangkan kedudukan masih tidak stabil. Mia masih memerlukan undian lagi. Bagi sesiapa yang belum mengundi, di harap dapatlah tolong Mia undi logo ini. Mia harap sangat dapat kekalkan ranking ini sehingga 11.59 malam esok. Tinggal 1 hari sahaja lagi.

Macam-macam usaha yang Mia dan suami telah lakukan. Facebook, Twitter, Blog, Group Facebook, semua media kami gunakan. Belum raya lagi dah bertandang ke rumah sanak saudara, rakan taulan untuk minta undi daripada mereka. Rakan-rakan yang rapat, rakan satu pejabat dan rakan pelajar OUM, semua dah tolong vote. Sokongan dari kalangan blogger juga cukup memberansangkan, sanggup tolong kempen untuk Mia. Senarai blogger yang tolong kempen ada di sidebar kanan blog ini. Mia juga ada exchange votes dengan beberapa peserta contest.

Jom tengok suami Mia ajar kawan dia vote kat rumah dia.. zasss..




Yang penting kita kena usaha. Kepada yang telah mengundi logo MRT ini, Mia ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Siapa lagi nak sokong Mia, kalau bukan anda semua....

p/s: tolong bantu undi rakan satu contest Mia ya... di http://www.mrtcontest.com/?p=14192

6 comments: