MRT Logo Contest - Prize Giving Ceremony Disampaikan Oleh Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar


Alhamdulillah, semalam Mia telah menghadiri MRT Logo Contest - Prize Giving Ceremony yang disampaikan Oleh Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di 1 Sentral, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari.

Pagi-pagi lagi, Mia dan suami menaiki bas ekspress jam 6.30 pagi dan sampai di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan jam 10.45 pagi dan menaiki KLIA Transit pada jam 11.15 pagi untuk sampai ke KL Sentral. Wah.... semuanya kami menggunakan pengangkutan awam. Mia amat kagum. Dulu lain sekarang lain. Sistem pengangkutan awam kini semakin bersistematik berbanding masa dulu tahun 2002 (sebelum Mia berpindah kerja di sektor kerajaan di Johor Bahru).

Hari yang penuh bermakna dalam hidup Mia. Siapa sangka terpilih menjadi salah seorang daripada 21 orang pemenang MRT Logo Contest (berdasarkan kepada undian tertinggi dan judging session). Mia mendapat tempat ke 3 dalam Consolation Prize. Syukur sangat-sangat.

Yang bestnya Mia sekarang dah mempunyai beberapa kawan dari kalangan designer... best kan? Bukan senang nak dapat kawan yang sama bulu dengan kita. Mia telah berkenalan dengan Emily, Hazizul dan Afif. Mereka ini merupakan graphic designer yang hebat. Boleh lah Mia minta nasihat mereka selepas ini.

Macam biasa, jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil semalam. zas........













Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menjayakan MRT Logo Contest ini. Mia juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan blogger, twitter dan Facebook yang mengundi untuk logo MRT Mia. Begitu juga, dengan  rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar OUM, teman sepejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Tanpa anda semua, Mia tidak akan sampai ke tahap ini. Dan paling penting sekali, sokongan padu dari ahli keluarga Mia dan suami Mia.

p/s: rezeki anak.... birthday Sofea yang lahir pada 07.08.09 bersamaan dengan tarikh tutup MRT Logo Contest ini...

Post a Comment

43 Comments

  1. TAHNIAH KAK..LE OPEN TABLE NI..HAHAHAH..XPON DUIT RAYA..HHEE

    ReplyDelete
  2. congratz kak mia ^^

    p/s: cantik susunan nombor tarikh lahir sofea tu, hikk...

    ReplyDelete
  3. yeay,,membuahkan hasil juga lastly, tahniah ye kak mia =]

    ReplyDelete
  4. tahniah mia..kami sentiasa di belakang anda walaupun x pernah bersua..hehe :)

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH.. SAYA ADA UNDI AWAK TAU.. :)

    ReplyDelete
  6. WAHH..tahniah kak !!ehem,duiT rya boleh ??hehhee..saya budk sekolah kak,boleh laa..hehe :D ..

    ReplyDelete
  7. congrats kak! boleh la bg duit raya kat elie lpas ni kan? :D

    ReplyDelete
  8. Tahniah mia!rezeki bulan mulia ni kan..eheheh..^^

    ReplyDelete
  9. wah tahniah.. tak sia2 usaha ye... mungkin next time bole menang buat logo lain lak kot?

    ReplyDelete
  10. fulamak..tahniah ..rezki bulan posa ni

    ReplyDelete
  11. ehh..
    taniah la kak!hehehe..
    sya bajet akk pnye dpt grand prize..
    sbb tgk last skali akk pnye no 1 kn..
    tpi oklah tuh..taniah2!hehehe

    ReplyDelete
  12. hahaha....you post your photo with me together hahaha..so nice the photo..happy see you there.
    When we meet again?

    miss you so much.
    How about you? hope you're fine.
    Hari raya sudah nearby d..hahaha..
    when you give me angpow?
    hahaha...

    ReplyDelete
  13. tahniah Mia.. aku tak sempat nak join..

    JB kat mana? blh ler dtg beraya.. hik3

    ReplyDelete
  14. nice job..show us ur design..wanna see it..

    ReplyDelete
  15. salam, tahniah....semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
  16. tahniah mia..cayalah..nk tgk logo buleh? mesti chun..huhu

    ReplyDelete
  17. Saya baca About Me Mia Liana. Hebatnyaa! Banyak achievement!

    ReplyDelete