October 2011

Sunday, October 30, 2011

Buat Air Soya Di Rumah



Sebenarnya buat air soya sendiri lebih baik dari beli yang di luar. Dapat buat banyak dan sesuai benar dengan keluarga Mia yang besar ini. Adik-beradik Mia ada 8 orang. Lokasi dapur kali ini di rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Kebetulan pula, Mak Mia sedang blender kacang soya yang telah lama direndam. Kemudian, Bella pun turut perah soya yang telah diblender bersama Mak Mia. Sesi perah ini yang agak letih sedikit. Perlu gunakan tenaga tangan. Kena perah kuat-kuat, keluarkan air.

Selepas sahaja perah, periuk dipanaskan dengan api yang sederhana dan kemudian daun  pandan dimasukkan.  Sambil-sambil itu, bolehlah bubuh gula untuk maniskan air soya ni. Selepas selesai, dihidangkan di dalam jag dan sesuai diminum panas-panas atau pun dengan ais.

Selamat mencuba!









p/s: sesuai dan berkhasiat untuk seisi keluarga...
Read more / Baca Lagi >>>

Bila Sofea Mula Main Layang-Layang



Di hadapan rumah Ayah Mia ni, ada padang. Sesuai sangat untuk main bola dan main layang-layang. Cuaca tidaklah terlalu panas dan tidaklah terlalu redup. Sesuai sangat main layang-layang di kala ini. Bella, adik Mia yang belajar di UiTM memang suka main layang-layang. Kami pun ajak Sofea sekali, memandangkan ini adalah kali pertama Sofea tengok layang-layang. Mula-mula terfikir dan rasa pelik, lama-lama Sofea seronok pula. Eh! Dia pun nak pegang tali layang-layang juga....

Bila dah merasa pegang tali, alangkah sukanya Sofea. Kali pertama tentulah rasa teruja. Tapi bahagian atas tali ini dipegang oleh Bella. Angin agak kuat. Takut kalau Sofea pegang sendiri boleh terlepas. Agak lama juga Sofea pegang tali dan bila rasa letih terus dilepaskan dan Bella ambilalih semula. Suami Mia pun main layang-layang sama juga.

Jom tengok aksi Sofea. zassss...









p/s: layang-layang pun senyum juga....
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, October 29, 2011

Jamuan Kek Coklat Untuk Bahagian Pengembangan Dan Khidmat Teknikal



Hari Khamis (27 Oktober 2011) lepas, Mia dengan Saidah hantar kek coklat ke Bahagian Pengembangan dan Khidmat Teknikal. Ketibaan kami disambut dengan penuh kecerian oleh Pengarah Bahagian, Haji Musliman. Kak Aida dan Dayah pun bantu Mia di dalam bilik mesyuarat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian sesi bergambar. Kemudian, Haji Musliman pun memotong kek.

Mia rasa gembira sebab hajat Mia dah lengkap sekarang ini. Semua Bahagian dalam LPNM di ibu pejabat telah pun dapat kek coklat. Terima kasih juga pada Assalinda yang sudi menerima tempahan kek coklat dari Mia. Memang sedap sangat kek As ni, sekejap je terus habis.

Apa-apa pun Mia respect betul pada Haji Musliman yang sedang mengikuti pengajian PhD di UTM secara separuh masa. "All the best", Mia ucapkan. 

Jom tengok sesi gambar kami. zasss....








p/s: yang paling tak tahan... kek pun dipotong mengikut bentuk nanas...
Read more / Baca Lagi >>>

Sepetang Di Putrajaya


Selesai sahaja urusan di Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani di Wisma Tani petang Isnin (24 Oktober 2011), kami pun gerak pulang. Tetapi sebelum itu, sempat jugalah bergambar di tempat-tempat menarik di Putrajaya. Hari dah mendung dan hujan bakal turun bila-bila masa pada masa itu. Cepat-cepat kami bergambar mana yang termampu. Saidah dan Aimerul akan tamat tempoh praktikal tidak lama lagi, apalah salahnya kita hiburkan hati, nikmati keindahan alam semulajadi. 

Semoga jadi kenangan yang tidak ternilai semasa praktikal ini. Mia akan merindui saat-saat ini.

 Jom tengok gambar-gambar kami menggunakan kamera DSLR Aimerul... zasss..



















p/s: harap maaf, banyak pula gambar dalam entri ini. Mia paling suka gambar Aimerul, suka bergambar sambil melompat....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, October 28, 2011

MOA ICT Fair 2011



Pada hari Isnin lepas (24 Oktober 2011), Mia bersama pelajar praktikal ICT telah menghadiri upacara perasmian MOA ICT Fair 2011 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Tani, Putrajaya. 

Ianya adalah bersempena dengan bulan ICT Kebangsaan 2011, di mana setiap Kementerian, Jabatan dan agensi perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti ICT. MOA ICT Fair 2011 ini melibatkan pameran dan jualan produk-produk ICT oleh syarikat-syarikat swasta ICT.

Mia berkenan sangat USB Fan Hello Kitty yang comel. Beli satu je. Saidah pula menang hadiah cabutan bertuah, sebuah beg laptop. Kebetulan Saidah memang nak beli beg laptop, nasib dapat free. Dah rezeki dia...

Jom tengok gambar-gambar kami dengan menggunakan kamera DSLR Amerul. zassss......












p/s: gambar terakhir ni, Mia dengan model Kempen Amalan Senyum MOA...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters March 2017