Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

 
Wow! Tidak terucap dengan kata-kata bila melihat ramai betul blogger yang telah pun masuk pencalonan untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Di kala ini, ramai betul yang sedang membuat pencalonan pada blog sendiri atau pun blog kegemaran.

Anugerah yang berprestij ini amat bermakna dalam dunia blogging. Apa tidaknya hanya sekali dalam 2 tahun. Hebatnya... Penghargaan yang terlalu tinggi nilainya di rantau Asia-Pasifik. Apa tidaknya, pada Disember 2011 nanti, seramai 500 blogger dan tetamu jemputan dari seluruh rantau Asia-Pasifik akan hadir di Kuala Lumpur, dirai dengan hamparan permaidani merah, diberi penghormatan atas sumbangan mereka dalam dunia blogging ini.

Pencalonan telah bermula mulai 24 Oktober 2011 hingga 2 November 2011. Selepas pencalonan ditutup, blog yang dicalonkan akan menjalani proses pemilihan oleh panel hakim untuk menentukan finalis yang akan meneruskan ke peringkat seterusnya - proses mengundi.

Hmmm... ramai blogger yang telah masuk termasuk Ben Ashaari, Beautiful Nara, Bicara Mak Dara, Cik Epal, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Mat Gebu, Hackers dan Amanz. Hebat-hebat mereka ini.

Dengan rendah diri, Mia pun masuk juga pencalonan untuk Best Parenting Blog, Best Original Blog Design dan Hidden Gem. Cuba masuk, tak salah kan? Mana tahu ada rezeki...


p/s: Persaingan yang terlalu hebat. Setiap kategori akan mempunyai 5 finalis yang dipilih oleh panel hakim dan akan diumumkan pada 7 November 2011.

Post a Comment

11 Comments

  1. oho... bole calonkan diri/blog sendiri eks? td akak bc randomly ajer. dpt jd antara yg 500 tuh pon jadikler...heheh... tp yg blogger of the year depa yg pilih kan?.. per2 hal pon chaiyok2 diucapkan utk awk...

    ReplyDelete
  2. nama2 besar masuk dlm pencalonan.. hmm susah nak tercalon kan.. harap terccalon :D

    ReplyDelete
  3. @akuzle ya.. boleh calonkan diri sendiri. blogger of the year pengadil akan pilih dari senarai pencalonan semua kategori.

    terima kasih wish mia...

    ReplyDelete
  4. @Saiazuan memang nama2 besar semua dah masuk. susah juga. yang penting panel juri yang akan pilih. doa ajelah. tak pasti pula kriteria mana yang dipilih.

    ReplyDelete
  5. kami yg baru berjinak2 ni hanya mendoakan yang terbaik untuk mia dan mereka2x yang tercalon....

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  7. tak buat ke invitation post?xnk dpt jemputan ke event tu ke?

    ReplyDelete
  8. btl2.. hope trcalon pn dah bangga.. kira top500 blogger la klu trcalon :D

    ReplyDelete