Sofea Semakin Sembuh...

Minta maaf ya. Mia tak sempat nak update blog ini. Sibuk uruskan Sofea di rumah. Sebenarnya sejak dari hari Khamis lepas Sofea mula muntah-muntah kemudian demam. Semalam pula satu hari cirit-birit hampir 6 kali. Makan ubat pun boleh terkeluar. Risau juga, Sofea sekarang dah pandai cakap... "Makkk... akit ni.. akit...".

Baju, cadar tilam, kusyen sofa, semuanya kena muntah Sofea. Tengah main-main, tiba-tiba sahaja termuntah. Lepas suapkan makan pun, termuntah. Satu hari sahaja dekat 7 kali tukar baju. Yang paling teruk sekali muntah tapi demam cuma suam-suam aja.

Kata orang tua-tua mungkin nak ganti tahun. Sebab Sofea baru nak masuk 2 tahun 2 bulan. Hmm... mungkin juga tersalah urat sebab semalam petang Cik Saemah dah urut Sofea. Sofea memang dah lasak dan aktif, memang terkadang tu jatuh sendiri.

Hari ini, nampaknya Sofea dah semakin ceria. Demam sudah beransur reda. Bangun tidur sahaja dah tak merengek-merengek macam 2 hari lepas. Sudah tidak mengadu sakit. Leganya rasa...

Jom tengok Sofea masa Mia nak hantar ke rumah Mak Semah, sebelum pergi kelas pagi tadi. zasss...





p/s: sudah susut sedikit badan Sofea, sebelum ni 15kg..

Post a Comment

13 Comments

  1. Semoga cepat sembuh dan sihat sejahtera ke atas Sofea

    ReplyDelete
  2. Bila anak tak sihat.. emak mula la tak lena malam... apapun moga dik sofea cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  3. Alala.. Cayang sofea. Kesian dia..... Semoga cepat2 sembuh ya......:)

    ReplyDelete
  4. @umialya memang macam gitu, hati mana yang nak senang kalau anak tak sihat... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. @Aida Azryn uik.. tak leh pinjam bantal.. nanti sofea mengamuk.. paling tak suka orang usik barang2 dia..

    ReplyDelete
  6. @syiela dah memang adat kena macam tu. bila maknya dah tak larat, ayahnya pula yang ganti...

    ReplyDelete