Merehatkan Diri Di Thyme Spa, Taman Sutera, Skudai


Sejak dapat cash voucher dari blogger Sengat tempohari, rajin jugalah Mia pergi seorang-seorang ke Thyme Spa, Taman Sutera, Skudai. Rawatan yang Mia dah buat di sini ialah Energy Hydro Steamed Bath (paling Mia suka), Genki Body Massage dan Enzyme Bubble Facial. Mia cukup puas hati dengan layanan yang diberikan. Sungguh mesra dan selesa.

Memandangkan waktu rehat tengahari Jumaat agak lama, Mia pun ajak Kak Aida buat Energy Hydro Steamed Bath pada Jumaat lepas. Dayah pun ikut sama, walaupun mengandung cuma berehat di luar bilik sauna. Selepas setengah jam, terasa dah banyak sangat keluar peluh. Memang rasa segar. Dapat juga berborak-borak sakan dengan Kak Aida. Sekali sekala merehatkan diri di spa, apa salahnya. Lebih-lebih lagi ada cash voucher RM 50.00, tentulah seronok.

Setakat ini dah 5 kali  Mia buat rawatan di Thyme Spa. Lega rasanya badan ini.









p/s: memang agak mahal sedikit tetapi yang paling penting tentulah sihat... 

Post a Comment

3 Comments