Semak Cuti Dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)


Sistem HRMIS ini merupakan sistem yang penting dalam pengurusan sumber manusia bagi semua kakitangan kerajaan. Modul yang paling selalu Mia gunakan adalah Modul Pengurusan Cuti.

Setiap tahun bila dah nak menghampiri akhir tahun, perkara yang paling merunsingkan Mia ialah takut cuti tidak mencukupi sehingga akhir bulan Disember. Apa tidaknya, cuti banyak digunakan untuk persediaan final exam, menyiapkan assignment, urusan keluarga dan hal-hal penting (emergency). Sejak belajar di OUM, Mia dah lama benar tidak pergi bercuti jalan-jalan makan angin dengan keluarga memandangkan bilangan cuti yang agak terhad.

Semalam bila semak di dalam HRMIS, cuti Mia tinggal 5 hari sahaja lagi. Mia terpaksa ambil cuti untuk 2 hari, iaitu hari ini dan hari esok bagi menyiapkan assignment yang perlu dihantar pada Ahad depan, 13 November 2011.

Sedihnya, cuti Mia sekarang dah tinggal 3 hari untuk bulan Disember nanti. Mungkin masa final exam Mia akan ambil cuti 1 hari sebelum. 2 hari lagi untuk tujuan hal-hal emergency. Bagi menghadiri final exam pula, Mia memang mohon cuti tanpa rekod selama ini.

Jom tengok beberapa screenshot dari HRMIS yang Mia printscreen tadi. zassss....




p/s: pengurusan cuti amat penting bagi mereka yang bekerja sambil belajar ni....

Post a Comment

6 Comments

  1. x pnah guna plak....rekod mc pn ada ke? takut plak nk tgk kot coz dh jd calon mc queen ^_^

    ReplyDelete
  2. @amataresu rekod cuti sakit (mc) pun ada juga... semua jenis cuti ada direkodkan di sini....

    dalam entri ni, mia cuma ceritakan cuti rehat mia yang dah tinggal sikit tu... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang pun. kena banyak bersabar. kalau nak buat, kena pilih bukan waktu peak hour.

      Delete