January 2011

Monday, January 31, 2011

Sedapnya Makan Chocolate Di Secret Recipe



Kadang-kadang bila penat buat kerja, sesekali nak juga makan yang sedap-sedap.  Tak boleh selalu, sekali sekala je. Kata orang boleh hilangkan tension. Tengahari Jumaat, 28 Januari 2011, Mia dan Lela lunch di Secret Recipe, Jaya Jusco Bukit Indah selepas selesai urusan membeli barang keperluan.

Chocolate? Memang favourite kami. Mula-mula masuk je, cepat-cepat tengok kek apa yang ada. Lela sangat sukakan Chocolate Indulgence Cake. Mia pula fanatic sangat kat Chocolate Moist Cake. Agak hampa sebab kek kegemaran tiada. Hmmm... bukan satu whole cake cuma makan 1 slice sahaja. Sukar nak buat pilihan, akhirnya Mia memilih Chocolate Royal Cake dan Lela pula Walnut Brownies. Kami berkongsi air minuman Ice Blended Chocolate.





Sebagai pencuci mulut, maklumlah semuanya chocolate, kami order french fries untuk hilangkan muak.


Nampak macam sedikit, tapi bila dah makan, terasa kenyang betul. Jumlah kos hampir RM 30.00. Memang sedap dan berbaloi. Selepas itu kami balik office dengan hati yang lega dan dah boleh buat kerja dengan tenang.

p/s: bilalah rasanya nak dating dengan suami berdua makan macam ni... rindu betullah saat macam ni dengan dia....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, January 30, 2011

Asam Pedas Ayam


Kali ini lokasi memasak di rumah Mak Mertua. Tadi tengahari Mia tolong Mak Mertua masak lauk asam pedas ayam. Bahan-bahan yang perlu diblender ialah bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan lada merah.


 Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang telah diblender sehingga garing. 

Lepas tu, masukkan lada kering yang telah dikisar. Kalau semuanya lada kering nanti pedas sangat. Sebab itu dicampur dengan lada merah, nanti taklah pedas sangat.

Goreng lagi sampai garing. Cuba cium ada bau tak?


Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga sebati. Lepas tu biarkan kejap.

Masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih. Jangan lupa tambahkan garam semasa mendidih.

Akhir sekali masukkan daun kesum. Hmmm siaplah asam pedas ayam ini....

Hidangkan di dalam mangkuk dan dimakan bersama nasi. Cukup menyelerakan.

p/s:  boleh dipelbagaikan dengan menambah lobak masin, sayur bendi dan bunga kantan...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, January 29, 2011

Operasi Menutup Bucu-Bucu Perabot Dengan Sofea



Hmmm.. memandangkan Sofea sekarang sudah aktif berlari dan memanjat di dalam rumah, takut bila tercuai dan terlalai sekejap, mungkin akan berlaku kemalangan kecil yang tidak diingini. Perabot rumah pula, bucunya tajam-tajam belaka. Langkah pencegahan perlu dibuat dengan memasang Small Corner Cushions untuk menutup bucu-bucu perabot di dalam rumah.



Mia beli semalam di Jaya Jusco Bukit Indah waktu rehat tengahari dengan Lela. Sweet je. Harganya hampir RM10.00.  Ada macam-macam jenis design tapi Mia berkenan sangat dengan yang ini. Lembut dan bulat.

Balik je rumah, mula lah nak pasang. Amboi... si kecil pun turut sama nak bantu. Sibuk betul Sofea seboleh-boleh nak buat juga. Bila Mia dah siap pasang, asyik nak usik je benda yang cute ni. Leganya selepas siap operasi ini... nasib kuat lekatnya... Terfikir juga rumah orang lain buat macamana ya.. kalau ada anak kecil...







p/s :  Sofea sedang sakit mulut ketika ini... bibir pecah-pecah dan panas dalam...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, January 28, 2011

Lawatan Kerja Ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)



Semalam, Hari Khamis 27 Januari 2011, Mia terlibat dengan Lawatan Kerja ke Pejabat Bendahari UTHM berkenaan perlaksanaan Sistem SAGA (Kewangan). Rombongan kami terdiri daripada pegawai-pegawai di Unit Kewangan dan juga Unit ICT.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Bendahari, Puan Azizah. UTHM antara agensi terawal yang melaksanakan SAGA dalam Fasa I pada Ogos 2005 dengan kerjasama AG, KPMG dan Century Software. Memang cukup-cukup teruja dengan perlaksanaan Sistem SAGA di UTHM sehingga meraih Anugerah Agensi Fasa I Terbaik bagi perlaksanaan SAGA pada tahun 2009.

Satu hari kami di UTHM terasa ilmu yang diperolehi cukup berharga dengan layanan mesra oleh staf Pejabat Bendahari. Pendek kata, memang best! Jamuan yang disajikan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang memang sedap. Siap tambah lagi... 







p/s: Terima kasih di atas cenderahati yang telah diberikan....
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, January 26, 2011

Binatang Berbisa Di Dunia


Jom tengok biografi para binatang pencabut nyawa ini....

Ikan batu

Ikan batu yang wujudnya seperti ikan biasa dengan panjang hanya lebih kurang 30 cm , bersembunyi di dasar laut atau di bawah terumbu karang, dirinya menyerupai sebuah batu yang tidak menarik perhatian.

Jika anda berdiri di sisinya, ia akan tetap diam tidak bergerak, sehingga anda tidak melihatnya. Jika tidak hati-hati dan menyentuhnya, maka tidak dimaaf lagi ia akan segera menyerang balik dan menyemburkan racunnya yang boleh membawa maut.

Sebanyak 12-14 batang duri yang tajam seperti jarum di atas punggungnya itu boleh dengan mudah menembusi kasut anda dan tembus ke telapak kaki, sehingga dengan cepat anda mengalami keracunan, dan terus merasakan sakit yang teruk sehingga anda menemui ajal.


Kodok beracun


Kodok beracun sama dengan binatang amfibia lainnya, kulitnya banyak mengandungi kelenjar, dapat mengeluarkan cairan meleket untuk membasahi kulit sekaligus melindungi dirinya. Racun yang dikeluarkannya sangat berbisa, sehingga menjadikannya sebagai salah satu binatang paling berbisa di dunia. Selain manusia, ia tidak punya musuh alam yang lain.

Racun yang dikeluarkan dari kodok beracun di Columbia barat, Amerika Selatan, adalah racun paling hebat yang diketahui pada masa ini di dunia, hanya dengan 1/100.000 dari 1 g racunnya sudah cukup mengakibatkan seseorang mati keracunan.

Funnel Webspider

Funnel Webspider adalah labah-labah yang sangat berbisa di Australia. Merupakan labah-labah yang bahaya di dunia, beringas dan suka berkelahi, jika manusia terkena gigitannya, akan menemui ajal dalam jangka masa 15 minit. 

Blue Ring Octopus


Blue Ring Octopus dan ubur-ubur berbentuk kotak merupakan dua jenis binatang laut yang paling berbisa. Cairan racun dalam tubuhnya dapat menyebabkan kematian dalam beberapa minit.

Hingga pada masa ini, secara perubatan belum ada cara menawar racunnya, Blue Ring Octopus sifatnya pemalu, suka bersembunyi di bawah batuan, malam hari baru keluar dari sarangnya dan mencari mangsa.


Kadal raksasa komodo

Kadal raksasa komodo atau disebut juga naga komodo, panjang badannya boleh mencapai 3 meter. Namun umumnya hanya sekitar 2 meter, dalam keadaan perut kosong beratnya bisa mencapai 54 kg. Setelah makan beratnya boleh mencapai 80 kg.

Racunnya terutama berasal dari bakteria di ludahnya, seorang manusia dewasa akan menemui ajalnya dalam masa 24 jam jika digigit olehnya.


Red Black Spider

Red Black Spider juga merupakan salah satu labah-labah yang paling berbisa, disebut juga janda hitam. Jika digigit olehnya, pada permulaan seperti tidak merasakannya, namun 5 minit kemudian luka akibat gigitannya itu baru mulai terasa panas dan sakit, jika tidak segera dirawat mungkin akan membawa kesan buruk.

Raja Ular Cobra

Ular kobra yang khusus menjadikan ular juga mangsanya sehingga membuat sejumlah besar spesies ular lainnya ketakutan, kawasan kekuasaannya tidak boleh diduduki ular lain.

Jika sang cobra terkejut, ia akan menjadi ganas, bahagian depan badannya akan berdiri tegak, lidah yang panjang halus dan bercabang, kepalanya berayun dengan lincah mengikuti gerak gerik mangsanya, dan jangan harap mangsanya boleh dengan mudah melepaskan diri darinya.


Ular Laut Australia

Ular laut yang hidup di samudera Australia berada di senarai kedua dalam deretan ular paling berbisa. Ular laut ini ditumbuhi dengan muncung yang besar, batang tubuhnya seperti tabung bundar, panjang, hujung belakang dan sisi ekornya pipih.

Sifat racunnya bahkan lebih ganas dari kobra, jika terkena gigitannya, akan menemu ajal dalam masa 10 minit. Ular laut ini hidup di sebuah daerah perairan yang sama dengan ubur-ubur kotak.


Box Jelly Fish

Disebut juga tawon laut, tergolong binatang rongga (coelenterata), hidup di daerah perairan laut dalam pantai timur laut, Australia.

Ia kerap muncul di daerah perairan laut pinggir pantai laut Queensland, dan dianggap sebagai makhluk yang paling beracun bagi manusia yang sudah diketahui di dunia pada masa ini.

Jika digigit akan menemui maut dalam beberapa saat.

p/s : Jangan melihat bentuk luarnya sahaja, sedangkan makhluk ini adalah makhluk paling beracun sedunia,

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, January 25, 2011

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?


Dalam bilik bedah seringkali kelihatan doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Mengapa?


Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan sinyal warna merah di otak memudar sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus berfokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor. Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Sumber : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, January 24, 2011

My Background 14


Hmmm... Mia sudah tukar background blog ini sempena penukaran daripada blogspot ke domain dot com. Mia masih mengekalkan konsep warna coklat keemasan dan kuning. Gambar background pula masih lagi daun kering. Nampak abstrak dan elegan digabungkan dengan kehitaman sedikit. Gambar background diambil dari google.


Header pun turut ditukar. Baju pengantin kali ini adalah kostum persandingan kami. Posing jangan tak posing. Di atas pelamin, seperti merpati sejoli. Ish! perasan pulak. Apa-apa pun ia nampak sesuai dipadankan dengan background yang dipilih. Menarik tak?


Diharap pengunjung blog ini tetap akan ceria dan suka membaca entri-entri Mia dengan penukaran background baru ini.

Senyum... senyum... dan tetap senyum...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, January 23, 2011

Visual Programming Class


Only 3 of us, me, Fauda and Shanu... in the class for this subject which is located at Makmal Bukit Serene, 8.00am - 10.00am. Luckily we have a very nice lecturer who is also very supportive, Miss Tan Sang Sang. This is the first class. We enjoyed our lesson today. As usual programming subject is not an interesting subject. We did some exercises and Miss Tan gave brief explanation of the programming codes... step by step. Before end of the class, we discussed the assignment question. So after this, should try to do the program codes.

Let's look at some of the photos taken during the class... zasss...





p/s : first thing, want to finish this assignment earlier...
Read more / Baca Lagi >>>

New Domain Mialiana.com



Finally, I change to domain dot com. It's been a long time since I've been dreaming to have a domain of my own. So happy that this dream become true... with the help of a generous blogger assisting me step by step to purchase directly from Google using credit card and to change from the blogspot to custom domain mialiana.com. Cost about USD10.00 . Almost 2 nights we've been working and communicate to each other using yahoo messenger (YM). So kind of him. I would like to announce his name here, but he is so humble that he did not want his name to be published. Keep it as a secret....

What I feel right now, I am so speechless. Do not know what to say.... After this don't forget to bookmark my page, mialiana.com . Thanks for being my readers all the way until up to this level. Love all of you, my dear friends...

p/s: first wish in 2011 already granted...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, January 22, 2011

Ayam Masak Kari (Kari Ayam)


Nak masak apa ya tengahari ini? Tengok peti sejuk ada ayam dan daging. Masak ayam lah. Tengah malam tadi suami Mia dah belanja di pasar borong Pandan. Stok untuk seminggu punya. Hmmm.. dah lama tak masak kari. Rempah kari Baba's ada, bahan-bahan lain pun ada. Masak campak-campak aje...

Setiap orang ada caranya tersendiri. Mula-mula Mia goreng sampai naik bau dan masukkan kari yang telah dilarutkan dalam air. Agak-agak dah mendidih, masukkan ayam pula. Digaul biar sebati dengan rempah kari.  Lepas itu Mia tuangkan susu (menggantikan santan) ke dalam periuk. Agak lama juga kemudian baru tambahkan air dan kemudian sekali masukkan tomato (menggantikan asam jawa). Jangan lupa bubuh garam. Kalau nak sedap lagi masukkan daun kari dan kentang (terlupa, kentang dah habis).

Jom layan... zassss...












Hmmm... perut dah berbunyi ini... tak sabar nak makan. Sedap dimakan bersama nasi. Tak pun, makan dengan roti pun boleh....
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017