Wednesday, March 30, 2011

Bila Sofea Nak Tulis Juga..



Untuk persediaan final exam semester ini, Mia terpaksa peruntukkan masa pada waktu lewat malam atau awal pagi. Memandangkan Sofea pula dah semakin besar, memang amat pantang kalau Mia pegang buku nak study. Mulalah dia pun nak juga. Memang Mia biarkan sahaja Sofea menikmati masa menulisnya walaupun conteng di modul OUM dan nota pendek Mia. Tidak mengapa, asalkan Sofea tidak mengoyakkannya.

Yang lecehnya Sofea bukan nak tulis kat buku kosong, apa yang mak dia buat tetap dia nak ikut. Memang masa study, Mia akan buat catitan sedikit di dalam modul OUM. Nampak gayanya memang kali ini, Mia kena tunggu Sofea tidur dulu baru Mia study.

Jom tengok pelbagai aksi Sofea ketika menulis... zasss...








Bila sudah selesai menulis, tergambar kepuasan di wajahnya. Sejuk hati Mia bila tengok Sofea minat nak tulis dan study macam Mia.
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, March 28, 2011

Hayati Keindahan Alam Semulajadi



Minggu lepas, Mia ada hadiri mesyuarat di Pusat Pembangunan Teknologi Tanaman Nanas (PPTTN) Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian. Selepas selesai mesyuarat, Mia pun ajak Bidip menghirup udara segar sambil bergambar dengan alam semulajadi. Cuaca di waktu tengahari amat terik, tetapi bila berada di bawah rimbunan pohon terasa tenang sangat.

Tempat rekreasi ini sesuai untuk perkhemahan, barbeque dan beriadah. Lokasinya amat strategik di atas bukit. Ada juga pelajar-pelajar sekolah berkhemah di sini. Segala urusan hendaklah berhubung dengan pihak pengurusan PPTTN.









Tentu perasan kan? Mia asyik singgah ladang nanas sahaja kalau ke PPTTN sebelum ini. Kali ini lain pula, kita masuk kawasan rekreasi dan riadah. Hayati keindahan alam semulajadi.

p/s: dapat juga hiburkan hati di kala tension dengan kerja....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, March 27, 2011

Kami Sekeluarga Menyokong Earth Hour 2011, Anda Bagaimana?


Kisah Semalam....

Ish! dah nak pukul 8.30 malam ni, Mia pun cepat-cepat pergi cari lilin dan pinggan kaca kecil. Bila dah hidupkan 2 lilin, Sofea bukan main suka lagi. Nak cuba tiup lilin-lilin tu. Satu lilin Mia letak di dapur dan satu lagi letak di ruang tamu.

Tak lama selepas itu, suami Mia pun balik dari kerja. Balik-balik sahaja, dia pelik sebab rumah orang lain hidup lampunya, kenapa pula rumah dia ni gelap, padahal baru lepas bayar bil elektrik. Sofea pula terus jerit panggil "Ayah!". Mia pun terangkan untuk kempen Earth Hour.

Apalagi, jom tengok....






Panas lah juga, siap berkipas lagi. Apa-apa pun kami rasa sangat gembira dapat menyokong kempen Earth Hour ini. Anda pula bagaimana?
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, March 26, 2011

Johor Earth Hour 2011



Memandangkan hari ini adalah kempen bagi Earth Hour 2011, Mia pun layari laman web WWF Malaysia melihat informasi terkini tentang aktiviti Earth Hour 2011. Tiba-tiba terpandang satu entri Johor State Government Support Earth Hour. Wahh!  Bangga betul menjadi rakyat Johor, begitu besarnya sokongan Kerajaan Negeri Johor terhadap kempen ini. Pelbagai aktiviti diadakan dan orang awam dijemput untuk hadir memeriahkan majlis tersebut di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

EARTH HOUR ! KEMPEN MEMADAMKAN LAMPU DARI JAM 8.30 - 9.30 MALAM

Hari ini 26 Mac 2011 adalah hari yang amat bersejarah. Jom lah kita ramai-ramai menyokong kempen ini. Tutup lampu selama 1 jam bermula 8.30 malam ini. Walaupun sedikit sumbangan kita, tetapi betapa besar nilainya terhadap bumi kita.

Cintai dan sayangilah bumi kita....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, March 25, 2011

Somebody You LOVE And LIKE






In front of the person you LOVE, your heart beats faster
But in front of the person you LIKE, you get happy

In front of the person you LOVE, winter seems like spring
But in front of the person you LIKE, winter is just a beautiful winter

If you look into the eyes of the one you LOVE, you blush
But if you look into the eyes of the one you LIKE, you smile

In front of the person you LOVE, you can't say everything on your mind
But in front of the person you LIKE, you can

In front of the person you LOVE, you tend to get shy
But in fron of the person you LIKE, you can show your ownself

You can't look straight into the eyes of the one you LOVE
But you can always smile into the eyes of the one you LIKE

When the one you LOVE is crying, you cry with them
But when the one you LIKE is crying, you end up comforting

The feeling of LOVE starts from the eyes
But the feeling of LIKE starts from the ears

So, if you stop liking a person you used to like, all you need to do is to cover your ears
But if you try to close your eyes, love turns into a drop of tear and remains in your heart forever

Source : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, March 24, 2011

Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Seorang Yang Bergelar Suami



SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi keBehrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.                                  

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”                                            

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG  
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU  
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..  

Sumber : Emel      
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, March 22, 2011

Kata-Kata Hikmah



Sekadar renungan untuk kita semua...

1.Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

2.Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

3.Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. 

4.Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akandikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan 

5.Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

6.Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

7.Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Rasulullah SAW

8.Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya

9.Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya -Khalifah Ali bin Abi Talib

10.Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

Sumber : Emel
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, March 21, 2011

Follow Mia, Mia Akan Follow Balik...


Mula-mula sekali Mia nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua follower blog Mia ini. Sudi follow blog yang tidak seberapa ini. Kadang-kadang ada yang Mia tidak dapat follow balik, mungkin mesej di shoutbox telah terlepas ataupun tiada link dalam icon follower. 

Mia perasan ada yang tiada link dalam icon follower, menyebabkan Mia susah nak follow balik. Pernah tak cuba check balik bila dah follow, anda klik balik icon tu dan tengok ada link ke tidak? 

Follower Option
Jangan susah hati kalau tiada link. Cuba klik di More Option kemudian klik pada Add Links. Masukkan URL blog anda. Selepas itu baru anda follow.



Kenapa penting sangat link ini?
Sebab tuan punya blog senang nak follow balik blog anda dan orang lain yang mengunjungi blog anda boleh juga follow follower blog anda. 

Mesej Dari Mia
Mia tak pernah pun berkira kalau ada sesiapa nak Mia follow blog dia, boleh tinggalkan mesej di shoutbox (tidak boleh jamin) atau pun boleh tinggalkan URL blog di ruangan komen entri ini. Boleh lah kita berkenalan.

Mia juga nak ucapkan minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang belum Mia follow balik, pun boleh tinggalkan URL blog di ruangan komen entri ini.  Maklumlah kadang-kadang terlepas pandang. Harap jangan kecil hati ya...

InsyaAllah, Mia akan follow balik. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Harap dapat bersabar.

p/s: yang lain pun boleh follow juga, follower Mia ini untuk ramaikan follower blog masing-masing
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, March 19, 2011

Balik Kelas Terserempak Dengan Accident


Hari ni, Mia ada kelas ganti untuk subjek Web Programming dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Hujan memang lebat dekat luar tu. Terasa sejuk betul. Puan Noni ajar 2 topik sahaja, iaitu Javascript dan VBscript. Cuma 3 orang pelajar yang hadir. Kelas berjalan seperti biasa dan habis awal dalam pukul 4.15 petang.

Selepas keluar dari OUM, Mia pun nak belok ke kanan. Hujan dah berhenti pada masa ini. Uikk! ada apa tu? Terus berdebar-debar dada ini. Ada sebuah kereta accident, terbalik pula. Nasib tak masuk laut. Dulu pernah ada sebuah bas terjun ke dalam laut dekat kawasan sini.

Mia kuatkan semangat lalu kawasan kemalangan, sambil-sambil itu sempatlah ambil beberapa gambar. Pemandu telah tiada. Barangkali sudah dihantar ke hospital. Menggeletar kepala lutut Mia sambil memikir macam mana lah boleh terbalik pula kat sini. 




Apa-apa pun pandulah dengan cermat supaya kita selamat.... Usah bawa laju-laju, kelak diri nanti yang terkedu...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, March 18, 2011

Kisah Air Tangan Orang Yang Tidak Solat




Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak
' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Kita perlu lebih berhati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan  kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada  Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

sumber : emel

p/s : semoga hidup kita semua diberkatiNya... amin...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, March 17, 2011

Sofea Demam, Gusi Bengkak, Nak Tumbuh Gigi Geraham



Pagi tadi tiba-tiba sahaja Sofea panas badannya. Ayah Sofea tidak boleh cuti, Mia yang ambil cuti. Kalau Mia kerja pun tidak boleh pula memandangkan Mak Semah sedang jaga 2 orang cucunya yang demam juga. Hmm.. faktor cuaca yang tidak menentu sekarang ini, sekejap panas terik, sekejap hujan.

Bila menangis merengek-merengek, nampak pula giginya. Rupanya gusi bengkak, gigi geraham baru tumbuh sedikit, patutlah sakit. Tidak sampai hati kalau tengok Sofea demam. Bab makan ubat ini lah yang payah sedikit, Sofea dah pandai nak keluarkan ubat yang dimasukkan ke dalam mulut dia. Terpaksa lah pergi ke rumah Mak Mertua untuk bantuan.

Masa makan ubat, Sofea akan meronta sebab itu perlukan orang untuk pegang dia. Paling lega bila Sofea telan semua ubat itu. Inilah lumrah kehidupan seorang ibu, bersengkang mata malam-malam menjaga anak demam.

Antara gambar Sofea di waktu petang. zass...





Bila nak tidur waktu malam, sambil melihat video kegemaran. zass...




p/s : Sofea paling suka video cik shida - kalau berpacaran dan video moymoy palaboy - wanna be
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, March 16, 2011

Jom Tempah Iklan Banner 125 x 125 Dengan Harga Promosi.....


Cepat.. cepat... khas untuk pengunjung blog Mia ini.  Jangan lepaskannya...

Mia hanya menerima tempahan Iklan Banner berukuran 125 x 125 sahaja. Berikut adalah design banner yang telah Mia buat berdasarkan tempahan pelanggan.

MYCNI

Kak Pah K-POH

Kak Armie

Abang One


Harga Promosi...  RM 6.00
Tempahan Dibuka Sehingga 23 Mac 2011

Kandungan Iklan Banner 125 x 125
  • Nama blog/produk
  • Background image
  • Mesej Promosi

Sekiranya berminat, anda boleh emelkan ke eli_liana78@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

p/s: Selepas 23 Mac 2011, Mia tidak akan menerima tempahan buat sementara waktu untuk persediaan Final Exam pada bulan April ini... Jadi rebutlah peluang ini ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, March 15, 2011

Jom Beriklan di Mia's Sponsor Ads



Jom beriklan di blog Mia ini. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempromosikan produk atau blog masing-masing. 

Kenapa perlu beriklan di blog Mia ini?
Sebenarnya blog ini biasa sahaja dan sama seperti blog-blog lain. Blog ini sentiasa menerima kunjungan tetap sepanjang masa dan memaparkan entri secara konsisten. Tambahan pula Mia sentiasa menukar background template agar nampak lebih menarik dan mengekalkan mood ceria pengunjung-pengunjung yang datang ke blog Mia ini. Yang penting, adakah anda suka datang blog Mia ini? Jawapannya ada dalam anda sendiri.

Tanpa berlengah lagi, jom tengok pencapaian blog ini ...

Follower
Mula-mula sekali tentulah jumlah Follower yang ramai. Kalau tidak percaya, anda boleh lihat sendiri di Widget Google Friend Connect. Sudi-sudikan..

Ranking Alexa.com
Memandangkan blog ini baru sahaja bertukar ke domain .com pada 23 Januari 2011, ranking di Alexa masih lagi banyak. Walaubagaimanapun, kedudukan prestasi semakin meningkat dari semasa ke semasa. Blog ini berada di kedudukan 1,721 dalam Malaysia dan 419,069 di Alexa Traffic Rank.


Trafik (Unique Visitor)
Trafik blog ini yang konsisten sepanjang masa walaupun tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Lebih daripada 300 UV setiap hari.


Pakej Iklan
Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :
  • Pakej A - 1 bulan - RM 10.00
  • Pakej B - 2 bulan - RM 18.00
  • Pakej C - 3 bulan - RM 24.00

Dan yang paling penting sekali, saiz iklan anda hendaklah berukuran 125 x 125 pixel dan link URL perlu di emelkan kepada Mia.

Apa lagi.... Renung-renungkan....

Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi Mia di alamat emel eli_liana78@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Iklan anda hanya akan dipaparkan selepas anda mengemukakan bukti bayaran dan link URL iklan.

Terima kasih diucapkan.

p/s : sila klik untuk besarkan gambar....
Read more / Baca Lagi >>>