July 2011

Sunday, July 31, 2011

Bila Sofea Mula Belajar Berenang...


Petang semalam... Sofea main-main air... Bukan main sukanya dia bila ayahnya mula pam angin ke dalam kolam kecil dan pelampung. Sekarang, Sofea sudah tidak takut pada air.. Macam-macam gaya dibuat untuk cuba berenang di dalam kolam yang kecil ini. Lengkap dengan swimming suit, google dan pelampung.. Seronok betul tengok dia main air.. Tak tahu lah dah berapa kali tersedak air dan tertelan air. Lama jugalah Sofea berendam dalam air, sampai dah petang sangat baru lah naik. Kalau tidak, meronta-ronta nak main lagi.

Jom tengok Sofea. zasss...










p/s : cerianya mood Sofea selepas main dengan air...
Read more / Baca Lagi >>>

DiGi WWWOW Awards Night - Part 2


Continued from previous entry, DiGi WWWOW Awards Night - Part 1

Nothing much to say that wonderful night.We really enjoyed with the performers. The most I adored was Aizat who sang Sungai Lui. I was so impressed with his voice not like usual just heard from radio or mp3 player. I believed he will get a bright future in his career.

Me and my husband sitting in front of the stage. We had a very clear view from there. Heart beating very fast that time. Everyone here were hoping to win in their categories. I also did hope so much. But when the winner for my category was announced, like I expected, for sure Anwar Hadi. He got a lot of fans in his FB Page and they loved to watch his videos. Nevermind, at least I've tried my best here. This is the first kick start for me to enter another future competition or awards. Be positive and look ahead for future.

Let's look at the photos taken at that night. Photos which do not have mialiana.com watermark were taken by Encik Arif. zassssss











p/s: after this, we felt a bit hungry, and had supper at one of Kampung Baru stalls...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 30, 2011

Status Terkini Logo MRT Mia



Pagi ini, dan setakat ini logo Mia ini telah mendapat 288 undian. Kedudukan yang tidak begitu stabil kerana persaingan yang terlalu hebat. Mia memang amat memerlukan sokongan dan pertolongan kawan-kawan semua untuk mengundi logo ini.

Kali ini Mia tidak dapat kempen sakan seperti DiGi WWWOW Awards sebelum ini, memandangkan Mia terikat dengan aktiviti belajar dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester Mei bermula pada 8 Ogos 2011.

Terima kasih kepada Kak Pah yang sudi tolong promosikan logo ini di dalam blog dan juga Feroz yang banyak membantu mendapatkan undian untuk logo ini. Jasamu akan dikenang... Kalau perlukan bantuan di masa akan datang, beritahu je.. nanti Mia akan tolong sedaya upaya.

Kepada yang telah mengundi, Mia ucapkan ribuan terima kasih dan kepada yang belum mengundi sudi-sudikanlah diri tu, untuk mengundi logo Mia ini. 

p/s: Kedudukan logo sentiasa berubah ke page yang lebih besar... memandangkan sepanjang masa ada penyertaan logo baru.. dan page agak lambat sedikit loading. Diharap pengundi dapat bersabar....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, July 29, 2011

Perlukan Undian Anda Untuk Logo MRT Ini...



Mia baru berkesempatan untuk memasuki Pertandingan Mencipta Logo MRT untuk Klang Valley My Rapid Transit. Logo ini direka oleh Mia sendiri dan telah dihantar pada 19 Julai 2011. Penganjur telah menerima dan memasukkan ke dalam laman pertandingan. Sekarang.. sudah ada lebih 5000 penyertaan. Sepanjang masa ada sahaja penyertaan baru dan laman undian akan sentiasa berganjak ke  page yang lebih besar.

Terkini (1 Ogos 2011): Voting page di link ini http://www.mrtcontest.com/?p=14873 

Cara-cara untuk undi melalui FB, mudah sahaja.
  1. Buka laman ini http://www.mrtcontest.com/?paged=153
  2. Kedudukan Logo dalam page 153. Jika tidak jumpa sila pergi ke page seterusnya.
  3. Login ke Akaun Facebook
  4. Cari Logo MRT yang sama seperti di atas. Posted by Juliana. (Nama sebenar Mia)
  5. Klik pada perkataan Vote
  6. Undian akan bertambah 1 dan perkataan Vote bertukar menjadi Voted
Paparan Skrin (Sila Klik Untuk Besarkan Gambar)




Hanya perlu mengundi sekali sahaja. 1 akaun Facebook untuk 1 logo. Pemenang akan dikira berdasarkan kepada undian yang terbanyak. Sekiranya anda yakin dengan logo ini, sila lah buat undian. Undian hendaklah dibuat sebelum 11.59 malam 7 Ogos 2011.

Terima kasih kerana sudi menyokong Mia. Setiap undi amat berharga.

Info Terkini (8.25 pagi 23/7/2011)


Info Terkini (4 Ogos 2011)
Sekiranya tidak boleh login melalui FB hendaklah guna cara lain dengan register di http://www.mrtcontest.com/wp-login.php?action=register dan barulah boleh vote.

p/s: entri ini telah dimasukkan pada 8.30 pagi 20 Julai 2011.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, July 28, 2011

Tidak Boleh Akses Laman My Rapid Transit Logo Contest Dan Aduan Ketidakpuashatian Peserta


Sejak akhir-akhir ini, laman undian untuk My Rapid Transit Logo Contest sentiasa down, mengakibatkan ramai pengundi mengeluh susah nak buka dan macam-macam lagi. Cara undian yang dibuat memaksa pengundi terpaksa review semua logo dalam page yang dicari dan logo yang hendak diundi akan sentiasa berubah page (tidak tetap). Peserta contest menghadapi kesukaran mendapatkan undian dari rakan-rakan, kerana perlu sentiasa beritahu di mana lokasi logo sepanjang masa. Agak leceh dan meletihkan sebenarnya. Yang paling menyedihkan.. ada juga peserta yang menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan undian.

Masalahnya, logo yang mendapat undian tertinggi akan menang tanpa mengira kualiti walaupun semua logo telah disemak terlebih dahulu oleh pihak penganjur sebelum dimasukkan ke dalam laman undian. Ramai yang protes dengan cara ini tetapi keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

Rasanya dari semalam laman ini tidak boleh diakses atas sebab penyelenggaraan yang telah diumumkan dalam FB page My Rapid Transit dan Twitter @myrapidtransit. Banyak betul aduan yang telah dibuat. Ternyata ramai yang tidak puas hati dengan penganjur. Mia selalu tengok update di dalam FB page tu untuk mengetahui perkembangan semasa tentang Contest ini.






Diharap pihak penganjur dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan membuat penyelesaian mudah bagi pengundi dan peserta contest ini. Kepada pengundi logo MRT Mia ini, Mia berharap agar anda semua bersabar dan dapat mengundi sebelum 3 Ogos 2011 depan.

p/s: jangan lupa undi logo MRT Mia ya... posted by juliana (nama sebenar Mia)
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, July 27, 2011

Bengkel Kesedaran Dan Pemantapan Laman Web / Portal MPS - Hari Kedua



Pada hari kedua pula (26 Julai 2011), kami belajar di dalam makmal A tingkat 15. Memang kali ini tidak mengantuk sebab dapat buat latihan praktikal bersama tenaga pengajar. Banyak perkara baru yang kami pelajari dan ini amat membantu dari segi pengemaskinian laman web agensi masing-masing.

Kalau terleka sekejap, boleh tertinggal memandangkan banyak topik yang perlu disentuh. Sakit juga lah kepala sebab banyak sangat input dalam masa singkat.

Apa-apa pun satu pengalaman yang berharga dengan mempelajari 3 jenis sistem yang digunakan oleh SKALI dalam menguruskan laman web agensi kerajaan. Syabas diucapkan...

Jom tengok kami belajar dalam makmal komputer. zass...





p/s: habis sahaja, cepat-cepat balik Johor Bahru. Rasa macam dah lama tinggalkan rumah. Rindu kat suami dan Sofea.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, July 26, 2011

Trafik Sesak Di Kuala Lumpur, 2 Jam Baru Sampai Ke Berjaya Times Square



Teruk betul sesak di Kuala Lumpur waktu petang. Semalam, Mia keluar Menara Sentul jam 6.00 petang dan 2 jam selepas itu baru sampai ke Berjaya Times Square. Memanglah dah tanya Feroz awal-awal tapi dia macam tidak bagi jawapan yang pasti. Last minute baru confirm jadi jumpa.

Punyalah tension dalam kereta, kenapalah tak sampai-sampai. Macam-macam yang difikirkannya, agaknya macam ni lah kehidupan warga KL seharian. Kejap jalan.. kejap brek.. Tempat yang hendak dituju dekat tetapi terasa lama betul hendak sampai.

Sempat juga lah perhatikan gelagat warga kota ini. Kalau Mia duduk KL ni, tak tahulah jadi macam mana.. Bila dah sampai di Berjaya Times Square terasa suka sangat. Apa tidaknya masa inilah ada acara pancaragam di sepanjang jalan berdekatan Jalan Pudu. Ada jalan yang ditutup.

Susah betul nak dapat parking kat Times Square, mujur ada orang yang nak balik. Barulah dapat ruang parking dan akhirnya jumpa juga dengan blogger yang terkenal dengan "gulink-gulink"... Feroz. Punyalah panjang lebar cerita dari A sampai Z sambil makan ayam KFC...





Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang kami bincangkan sila tengok dalam entri ini.. KFC Berjaya Times Square Bersama Blogger dalam blog AbgFeroz.
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, July 25, 2011

Bengkel Kesedaran Dan Pemantapan Laman Web / Portal MPS di Menara Sentul


Bengkel selama 2 hari ini adalah anjuran EPU dan Skali dan diadakan di pejabat Skali, di tingkat 14, Menara Sentul. Peserta yang hadir adalah kakitangan ICT agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Hari ini dan esok dari pagi hingga petang, aktiviti padat dengan seminar dan pendedahan tentang pengurusan laman web. Antaranya, Information Architecture, Creative Design, Content Perspective, Migration of LifeRay 6, CMS Content Uploading, JIRA Portlet, Project Management Information System (PMIS) dan Call Centre Services.

Seperti biasa memang ada minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Sedap betul makanannya. Puas makan sampai kenyang.

Jom tengok suasana bengkel ini pada hari pertama. zasss...





p/s: rasa ngantuk juga, tapi bila masa makan boleh segar pulak.....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, July 24, 2011

Perjalanan Ke Kuala Lumpur Yang Agak Lama


Mia baru sahaja sampai di Hotel Kualiti, Kuala Lumpur dalam 11.30 malam tadi. Esok dan lusa Mia perlu hadiri bengkel di Skali Web Services, Sentul. Ila pula ada mesyuarat di Wisma Tani, Putrajaya. 

Kami bertolak petang tadi. Perjalanan kali ini terasa sungguh lama memandangkan ada satu kemalangan di lebuhraya PLUS berhampiran kawasan Bangi. Jalan raya terlalu sesak, terasa seperti esok nak raya. Ada juga pengguna jalan raya yang menggunakan lorong di sebelah kiri sekali dan ada juga yang ditahan polis trafik. Letih betul duduk kat dalam Hilux, sakit pinggang. Kejap jalan, kejap brek.

Sebelum itu, kami berhenti singgah makan malam di Alor Gajah. Restoren Dol Satay bersebelahan dengan stesen minyak Petronas. Ramai betul orang. Meriah betul. Nampak gayanya ramai yang makan sate kat sini. Bila dicuba, memang terasa rempah sate bila dicicah dengan kuahnya yang enak. Mia dan Jumizar makan nasi goreng cina manakala Ila pula makan mee hoon tom yam. 

Jom tengok kami di restoren yang laris ini. zasss...






p/s: first time tinggal di tingkat paling tinggi, tingkat 18 di Hotel Kualiti ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, July 23, 2011

Logo Mia Kini Berada Di Top Contenders : Consolation Prize



Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogger, FB dan Twitter yang mengundi logo Mia ini sehingga mendapat 203 undian buat masa ini. Walaubagaimanapun, kedudukan masih tidak stabil dan boleh jatuh ke bawah bila-bila masa, memandangkan sepanjang masa ada sahaja logo baru yang masuk dan logo akan berubah ke page seterusnya.

Logo Mia kini telah berada dalam ruangan Top Contenders : Consolation Prize. Persaingan terlalu hebat. Paling tinggi undian akan berada dalam ruangan Top Contender : Grand Prize. Jumlah penyertaan logo terlalu banyak sehingga logo Mia telah berganjak dari page 1 sampai page 4 sekarang ini. Mungkin esok akan berada di page ke 5. Logo-logo yang baru akan masuk dalam page 1.

Entri Sticky Post Mia ini pula telah mempunyai sebanyak 1,910 pageview sejak dimasukkan pada pagi  20 Julai 2011. 


Sokongan dari kalangan bloggers, rakan FB dan Twitter amat diperlukan sekarang ini. Undilah Logo MRT rekaan ciptaan Mia. Hanya sekali sahaja....

p/s: siapa lagi nak sokong Mia kalau bukan anda semua...
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, July 22, 2011

Bila Ada Gempa Bumi Di Pejabat... Gegar Sana.. Gegar Sini...


Dah 2 minggu gempa bumi berlaku di pejabat Mia. Bayangkan keadaan kami yang buat kerja ni terganggu secara fizikal dan mental. Mula-mula masa gempa ini berlaku, susah juga nak terima kenyataan. Apa tidaknya... terasa betul kuat gegarannya. Macam cerita Jurassic Park tu, bila T-Rex ada, air di gelas pun gegar.

Bila bercakap dalam telefon memang terpaksa tutup sebelah telinga. Bila rasa dah tak tahan, terpaksa lah berhenti buat kerja untuk sementara waktu bagi menenangkan jiwa. Mengadap komputer pun gegar juga.... lama-lama pening..

Masuk minggu kedua, Mia rasa macam dah terbiasa sedikit. Selalu bayangkan... tengah buat kerja di tepi pantai ke... dan apa-apa yang indah untuk menipu. Kesian otak, kena tipu tiap-tiap hari. Kata orang, sudah tiada perasaan.

Jom tengok keadaan pejabat yang sedang construction ini. zasss..








Banyak betul palang besi ini yang nak ditanam. Tak tahu lah sampai bila ada gempa ni... Redha dan tawakal sahaja lah.

p/s: nasib baik minggu depan outstation ke Kuala Lumpur selama 2 hari. Selamat sekejap dari kena gempa ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters January 2017