September 2011

Thursday, September 29, 2011

Dapat Ganjaran Pendrive Design Sendiri Bersaiz 4GB



Alhamdulillah, usaha Mia dalam mempromosikan produk Pendrive Design Sendiri - Tasseri Enterprise berbaloi bila Mia dapat menyalurkan visit ke-2 terbanyak melalui entri Jom Tempah Pendrive Design Sendiri. Terima kasih ya... Dalam entri promosi itu, Mia ada buat banner sendiri dan gambar-gambar diperolehi dari blog Kedai Pendrive Unik

Macam mana pula Mia boleh join ni? Sebelum itu, Akmal telah pun emelkan kepada Mia untuk menjadi pengiklan sepanjang tempoh tempahan dari 12.9.2011 hingga 25.09.2011. Blogger lain pun ada join juga.

Sukanya bila terima emel ini semalam dari Akmal yang berbunyi...

"Tahniah Mia. Awak berjaya mendapat ganjaran pen drive design sendiri 4GB bernilai RM40. Jadi, saya perlukan design dari Mia dalam format JPEG bersaiz 1000px x 628 px untuk tempahan tu. Selain tu, minta berikan juga nama, alamat dan no tel untuk urusan pengeposan nanti. Boleh bagi selewat-lewatnya hari Jumaat atau Sabtu."

Hmmm... sweetnya. Fikir-fikir sambil cari idea untuk buat design sendiri. Mungkin malam nanti baru boleh buat... 

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, September 28, 2011

Tukar Wiper Dan Tambah Lampu Belakang di Getz Mia



Sebenarnya Mia tidak berapa pandai sangat nak menjaga kereta. Semuanya suami Mia yang buat, cuci, polish, wax selama hampir 2 tahun ini. Memandangkan warnanya putih, memang kena betul-betul jaga. Selalunya dalam 4 atau 5 hari, suami Mia akan cuci kereta Mia. Terima kasih ya...

Yang bestnya, suami Mia dah tukarkan kepada wiper yang lembut tu, tak tahu pula apa namanya. Jadi bila hujan, terasa bersih dan tidak berbunyi cermin kereta dilap bila guna wiper jenis ini. Sukanya, dengan syarat kena sentiasa naikkan wiper bila parking di tempat panas. Nasib baik syaratnya tak susah.



Ada satu lagi yang dia belikan. Lampu kelap kelip yang di belakang ini. Warnanya pink. Bila tekan brek baru menyala. Comel je, kan? Kalau waktu malam nampak lagi terang dan menarik. Kalau orang belakang tak perasan lampu ini, memang tak tahu lah nak cakap apa...



p/s: sayang sangat pada kereta ini.
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, September 27, 2011

Mia Menang Tempat Ke 3 Contest JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara



Alhamdulillah syukur... Mia telah menang tempat ke 3 untuk contest... JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara bila diumumkan dalam entri Pemenang & Keputusan Contest - JOM MENONTON LIBAS.

Wow... bestnya.  Hadiahnya berupa 3 tiket untuk menonton filem LIBAS dan sehelai t-shirt. Seronok tidak terhingga. Terima kasih diucapkan kepada Mak Dara dan team Filem LIBAS kerana telah menganjurkan contest ini.


Entri Mia mempunyai pantun 4 rangkap dikarang oleh Mia sendiri (dah lama tidak berpantun) dan design poster untuk contest Filem LIBAS ini Mia edit dari gambar asal di http://libasthemovie.com.

Apa-apa pun.... sayang dan muahhssss pada Mak Dara.

p/s: Mia telah emelkan segala butiran peribadi yang diperlukan kepada Mak Dara...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, September 26, 2011

JOM MENONTON FILEM LIBAS by Mak Dara



Kali pertama terpandang entri
Entri kontest bertajuk Libas
Filem baru gaya tersendiri
Duduk lama tidak terasa kebas

Alangkah girangnya di hati ini
Pelakon utama amat digemari
Bisik-bisik di sana di sini
Rosyam Nor nama diberi

Sepak takraw permainan tradisi
Simbol warisan budaya melayu
Libas berani tonjolkan aksi
Mata terasa segar tidak layu

Senyum seorang makan roti
Tengok wayang dengan laki
Moga angan jadi realiti
Tiket percuma kan kumiliki

- mia liana -



Contest Ditaja Oleh :


Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, September 25, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya OUM Johor 2011



Baru sebentar tadi Mia hadiri Majlis Sambutan Hari Raya OUM Johor 2011. Mia mula kelas jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi tadi. Kemudian ada gap 2 jam sebelum kelas seterusnya bermula jam 12.20 tengahari nanti.

Majlis bermula dengan marhaban dan bacaan doa oleh AJK Kelab OUM Johor. Kemudian, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Kelab OUM Johor, En Jani. Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh Pengarah OUM Johor, En. Abdul Rahim.

Majlis berjalan dengan lancar dan diadakan secara santai bagi mengeratkan hubungan yang ukhwah di antara pelajar dengan staf dan tenaga pengajar OUM. Acara terakhir adalah penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada kanak-kanak serta khairat kematian kepada waris pelajar.

Marilah menjamu selera.... zasss..







p/s: Segannya Mia. Terlupa nak pakai baju kurung hari ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, September 24, 2011

Class Schedule For September 2011 Semester



Tomorrow is the first day for my class in this semester. As you can see here, I got 2 classes for Sunday Week 1 & 3, and 1 class for Saturday Week 2 & 4. Hmmmm... not really prepared but will try to have a look on the modules tonight.

It seems that in this semester, I have classes every week. Bad news to me, cannot go anywhere. Have to cheer up myself.

For all my friends out there, welcome back to this semester. Can't wait to see who are my classmates and my lecturers.

Oppsss, I am unavailable during these dates... zassss..



p/s : not really happy with this schedule....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, September 23, 2011

In OUM Today Issue 86



Finally, the OUM Today for issue 86 being released. I was very eager to read my story after being informed by Open University Malaysia FB Page. This honoured me and was very touch with this caring and concern university.

It was hard for me to maintain my CGPA until being awarded Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM for 2010 and 2011. At least I did try my best. Hopefully, for these 2 semesters I can achieve my target to graduate with CGPA above 3.70. Another 5 subjects to go..

Entering the national competitions helping me to be more matured and experience with the IT skills. Blogging too as another way to improve my graphic design and programming skills. I always practice what I learn from time to time, to master the IT subjects.

Whatever it is, the most important thing is time management. Planning is easy but to implement it really requires your big effort. Thank you OUM for this. Really appreciate it.

p/s: correction in the article, the result of MRT competition were announced on 10 August 2011. Additional : Prize giving ceremony was held on 18 August 2011.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, September 22, 2011

SENYAP - Sesi 2 & 3


Sambungan dari entri sebelumnya....

Taklimat pada sesi ke 2 pula, membincangkan hal ehwal tentang jurang generasi, jaringan sosial dan masa depan negara dari segi generasi Baby Boomers sehinggalah generasi Y. Pengetahuan dan kepentingan teknologi informasi amat berbeza melalui pelbagai generasi. Pendedahan terhadap jurang digital dan pengguna internet itu sendiri membuktikan bahawa tidak semua kelompok manusia mempunyai pendekatan dalam dunia IT yang sama.

Akhir sekali untuk sesi ke 3 pula, semua peserta dikehendaki berbincang di dalam kumpulan masing-masing dan mengemukakan cadangan atau idea atau usul yang boleh diketengahkan bagi membantu menjayakan pembangunan sepenuhnya portal one-stop-center Vyrec.

Begitu tingginya motif kerajaan dalam membina golongan belia ke arah yang lebih ideal dan berwawasan bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih berketrampilan dalam memimpin negara di masa hadapan. Mia rasa bersyukur dan bangga kerana terpilih sebagai peserta dalam program SENYAP ini untuk menjadi cyber volunteer bagi membantu menjayakan program seumpama ini di masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Belia Dan Sukan, Information Technology Youth Movement (ITYM), Institut Penyelidikan & Pembangunan Belia Malaysia dan Malaysian Youth Blogger's yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program SENYAP ini. SENYAP telah pun mencapai matlamatnya dan sebagai seorang blogger, Mia rasa ini adalah salah satu inisiatif dan penghargaan oleh kerajaan Malaysia untuk golongan belia khasnya komuniti blogger. 













p/s : terima kasih untuk segalanya....
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, September 21, 2011

SENYAP - Sesi 1



Sesi taklimat untuk program SENYAP ini telah disampaikan oleh Presiden ITYM sendiri, iaitu Khaireel. Bermula dengan latarbelakang bagaimana wujudnya ITYM sehinggalah kepada pelbagai aktiviti program yang telah dijalankan. 

Melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia, kajian telah dibuat ke atas beberapa kes bagi mengenalpasti keperluan dan kehendak generasi belia secara amnya. Sebagai output, belia yang ideal terdiri daripada 3 aspek iaitu mereka yang mempunyai Thinking, Action dan Effort dalam erti kata lain... berfikir, bertindak dan berusaha. Tanpa ketiga-tiga aspek ini, tiadalah belia yang ideal. Terdapat 6 inisiatif yang telah dihasilkan iaitu, Mycorps, Youth Icon, Youth Parliament, Vyrec, MyPark dan The Leader's. Setiap satu mempunyai fungsinya tersendiri.

Sesi taklimat memfokuskan betapa pentingnya Vyrec sebagai permulaan dan kami telah diberikan penerangan terperinci tentang Vyrec bagaimana ingin menjadikan Vyrec sebagai One-Stop-Centre bagi golongan belia dalam menyebarkan maklumat yang benar dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kerajaan memandang serius terhadap penyebaran maklumat yang salah dan akan dipantau secara berterusan dan mengambil langkah tertentu demi menjaga generasi belia yang akan datang.

Melalui program SENYAP ini yang kebanyakannya terdiri dari golongan blogger akan mendapat kesedaran dan pendedahan untuk menjadi blogger yang beretika dan bermatlamat bagi menjaga imej negara. 

Ilmu yang disampaikan terlalu bermakna dan Mia kongsikan di sini slide powerpoint (sila klik untuk besarkan gambar) semasa sesi 1 program SENYAP. zassss...














p/s: sambungan slide pada entri seterusnya...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, September 20, 2011

SENYAP - Aktiviti Program


Kami sampai di tempat letak kereta di PWTC jam 8.30 pagi. Kemudian bersiap-siap mana yang patut. Jauh tu perjalanan. Keluar rumah dalam jam 4.30 pagi. Semasa tercari-cari di mana lokasi Bilik Redang, berjumpa dengan Abang Ben dan Bro Framestone. Kami sama-sama naik escalator ke atas.

Selepas pendaftaran, kami disediakan minum pagi. Wahhh.. ramainya blogger-blogger yang dah sampai. Mia terus lepak dengan Feroz dan geng dia. Borak punya borak... lepas tu, bergambar sakan. Macam biasalah, bukan senang nak jumpa ni, ditambah pula perjumpaan ini kosnya ditanggung IPPBM. Bila di sini, rasa sebak dan terharu, begitu kami blogger ini dititikberatkan oleh kerajaan.

Mula-mula sekali program ice-breaking. Seronoknya.. terasa macam kem motivasi pula. Bob yang begitu menceriakan pandai menghidupkan suasana. Semua kena beratur mengikut jantina, bulan lahir dan akhir sekali kedudukan di dalam keluarga (anak ke berapa) sehingga kami dibahagikan kepada kumpulan.

Mia berada di kumpulan 1 dan ahli-ahlinya ialah Abang Ben, Shafie, Farah, Imran dan Nik Marni. Kami semua bertambah mesra dengan Abang Ben yang banyak berkongsi pengalaman dan pendapat. Kemudian, kami mendengar beberapa sesi taklimat dan ceramah dari Khaireel, presiden ITYM. Sebenarnya terlalu banyak informasi yang hendak disampaikan cuma masa tidak mencukupi. Ramai juga yang tidak berapa faham sangat pada mulanya dan ada juga yang ngantuk(online sampai tengah malam). Apa-apa pun ilmu yang dicurahkan sangat bermakna bagi kami dan tidak rugi hadir ke program ini.

Jam 1.00 tengahari, kami semua mula serbu tempat makan. Memang best katering ini, sedap makanannya. Siap tambah lagi. Ada juga yang bungkus bawa balik rumah. Buat macam rumah sendiri. Sambil makan sambil berborak dan berkenalan dengan yang lain.

Sesi petang pula kami perlu mengeluarkan idea dan memberi pendapat tentang 2 tugasan yang perlu disediakan dan dibentangkan. Abg Ben mewakili kumpulan 1 dan membentang 3 usul. Kami satu kumpulan ceria dan gembira dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Suami Mia pula bentangkan usul untuk kumpulan 4. Penuh dengan macam-macam gaya hendak memahamkan semua orang. "He's so adorable, that's why I love him so much!"

Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta. Selepas itu sesi bergambar sakan. Senyum sana.. senyum sini... sampai letih urat pipi... Suka sangat lah. Memang best benar.

Jom tengok gambar... zasss....



















Terima kasih kepada ITYM dan IPPBM yang menganjurkan program buat julung pertama kalinya. Walaupun yang hadir kurang daripada sasaran 100 orang tetapi terasa meriah sangat. Selepas ini SENYAP 2.0, tentu lagi meriah sebab dah ramai yang masuk dalam group SENYAP (di invite oleh ahli SENYAP 1.0).

p/s: Sampai rumah hampir tengah malam sebab jalan terlalu sesak di Lebuhraya PLUS menuju ke Seremban dan ada kemalangan jalan raya melibatkan 6 buah kereta sebelum Sedenak. Syukur, kami sampai rumah dengan selamatnya...
Read more / Baca Lagi >>>

November 2014 Top Supporters