Sunday, January 1, 2012

Berakhirnya Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Alhamdulillah, syukur sangat. Dengan ini Mia ingin umumkan penyertaan untuk segmen Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com ditutup dengan rasminya. Sebanyak 110 penyertaan dan hanya 2 penyertaan sahaja yang tidak lengkap. Minta maaf kepada blogger yang berminat tetapi tidak berpeluang untuk join segmen ini.

Di sepanjang segmen ini berlangsung selama 7 hari, Mia telah mengenali peserta dengan lebih dekat lagi. Baca entri-entri mereka. Seronok... Macam-macam kisah dan luahan. Terasa akan lebih mesra dan rapat dengan semua peserta segmen. Ada juga blogger yang tidak berapa aktif, tapi Mia dah berikan kata-kata semangat untuk rajin update blog dan blogwalking selepas ini. Kiraya secara tidak langsung telah memotivasikan peserta segmen. Mia percaya semua peserta yang join ini adalah blogger aktif kerana berani sahut cabaran Mia untuk join segmen ini. Jumpa segmen ini pun adalah hasil daripada blogwalking. Kalau tak blogwalking, tentu tak jumpa kan?

Pengalaman yang paling berharga ialah apabila Mia dapat mengajar blogger baru untuk membuat entri yang lengkap melalui shoutbox, twitter dan facebook. Bukan salah mereka tersilap buat entri. Ini adalah kerana mereka tidak tahu dan baru belajar. Terima kasih tidak terhingga juga kerana sudi menerima teguran Mia dengan positif dan berjaya membetulkan kesilapan. Cuba kalau tiada segmen ini, tiba-tiba Mia tegur ada kesilapan, tentu bengang, kan? Opppsss...jangan marah ya...

Begitu juga dengan kontroversi shoutbox Kak Pah yang Mia pun tidak perasan sehinggalah diberitahu. Terima kasih ya, Kak Pah kerana telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan aman tanpa ada perbalahan. Terlalu risau takut ada yang akan boikot segmen ini dan risau juga takut Kak Pah merajuk dengan Mia pula. Susah betul nak jaga hati semua orang. Itu pun nasib cakap depan-depan, kalau ada yang cakap belakang-belakang entah sampai bila.. Mia pun tak tahu.

Hmmm.. Bukan senang nak buat segmen ini, lebih-lebih lagi apabila menerima penyertaan yang begitu banyak. Mia sedaya upaya mengoptimumkan masa untuk online bagi menyemak semua entri peserta segmen dan komen kesilapan di shoutbox. Sampai tak sempat nak follow. Jangan kecil hati ya..  nanti lepas ni, bila senang-senang Mia akan follow. Mia bukan sekejam itu...

Pesanan Mia buat semua pengunjung agar dapat menggunakan kemudahan blogwalking cara terpantas di ruangan Mia's Active Bloggers' List dan berkenalan dengan mereka. Bukan terhad kepada Mia dan peserta segmen sahaja, malah anda juga turut dialu-alukan....

p/s: sayang kat semua peserta segmen ketat-ketat... Selamat Tahun Baru 2012...

11 comments:

  1. tahun 2012 adalah tahun blogging untuk bloggers! selamat tahun baru 2012 mialiana!

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru..2012 semoga tahun ini akan merapatkanlagi hubungan kita semua...tahniah mia!!

    ReplyDelete
  3. sys . thanks yea sbb masukkan mun sekali . :)

    ReplyDelete
  4. @dodol d'bloggerwahhhh... selamat tahun baru ya dodol.. moga lebih aktif lagi dengan domain baru tu...

    ReplyDelete
  5. @tunz selamat tahun baru juga ya mama tunz. bertambah mampat la kita lepas ni. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  6. @fieda terima kasih. selamat tahun baru juga ya fieda...

    ReplyDelete
  7. apa pun terima kasih kerana senaraikan saya ye mia ...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.