Monday, January 23, 2012

Kuala Lumpur International Short Film Festival


Mia join segmen ini untuk bagi sokongan pada teman baik Mia, blogger Mak Dara. Mia nak war-warkan kepada pengunjung blog Mia ni.

Di kala ini Mak Dara sedang sibuk dengan urusan sukarelawan untuk KLIS. Kepada sesiapa yang stay kat Kuala Lumpur, yang ada masa free pada hari event ini, jom lah ringan-ringankan diri jadi sukarelawan untuk festival ini. Mia ni stay kat Johor, kalau dekat sini memang dah lama tolong apa-apa yang patut untuk bantu teman baik Mia ni.

Jom kita tengok apa itu KLIS... yang sedang hot sekarang ni....

KLIS adalah nama singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang telah dianjurkan oleh syarikat KLIS NETWORK. KLIS ialah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia.Ia juga meupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.


MARTIAS ALI Founder KLIS
pic oleh Putera Remaja

Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Terdapat lebih 1136 penyertaan diterima dari 75 negara dan hanya 40 buah filem pendek sahaja terpilih ke peringkat akhir. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan.Sempena dengan KLIS yang akan datang. Untuk keterangan lanjut sila ke https://www.facebook.com/klis2012

p/s: Kepada blogger-blogger yang berminat nak join segmen Mak Dara ini, sila klik banner di atas. Tarikh tutup giveaway ialah pada 25 Januari 2012. Jom lah support teman baik Mia ya....

4 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

October 2014 Top Supporters