Monday, February 27, 2012

Mengelak Diri Dari Mengumpat


Kadangkala  sedang  asyik  berbual tanpa disedari mereka melampaui batas dan  melakukan  satu  amalan  mazmumah satu  amalan  iaitu  mengumpat. Sebenarnya mengumpat ini satu keinginan untuk menghancurkan seseorang, menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu  tiada  di hadapannya. 

Perbuatan  ini  samalah  menikam seseorang  dari belakang atau berlawan dengan seseorang yang tidak berdaya. Keburukan mengumpat  ini  amat  jelas  sehingga  Al-Quran  menyamakan  perbuatan mengumpat  itu  seperti  memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Janganlah  sesetengah kamu  mengumpat  sesetengah  yang  lain,  adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudara yang mati (jika demikian keadaannya mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya" *Surah Al-Jujurat Ayat 12.

Menurut  Imam  Al-Ghazali  banyak  sebab  mendorong  seseorang itu  suka mengumpat antaranya:
  1. Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu. Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.
  2. Menjaga hati kawan yang mengumpat. Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat  orang lain, orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
  3. Melepaskan diri apabila  sesuatu  kepincangan dalam masyarakat, lantas dia mengumpat  dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap kemungkaran itu.
  4. Menunjukkan kebaikan diri sendiri yang ingin membuktikan kebaikannya dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
  5. Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH, dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain. Kadang-kadang dia mendakwa, dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
  6. Menghina orang. Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
  7. Tujuan  bergurau, bagi  membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh pendengar.
Orang  yang  mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Semoga kita sentiasa menjaga iman dan  rahmat  ALLAH  adalah  hampir kepada mereka  yang sentiasa berserah diri kepada ALLAH.....Amin.

sumber : emel

p/s: moralnya... jauhkanlah diri kita dari perbuatan mengumpat, lebih-lebih lagi masa berborak-borak dengan rakan sepejabat ataupun jiran-jiran sekeliling rumah...

7 comments:

  1. mengumpat ni bukan orang yang kita kenal je.. pasal artis pun boleh jadi.. hmmm

    ReplyDelete
  2. betul tu.. elakkan la mengumpat.. byk keburukan dari kebaikan..

    ReplyDelete
  3. Sy pun dlu suka gak ngumpat dgn kwn2 :(

    ReplyDelete
  4. patut tunjuk ada satu video utube, dia tayang beberapa org wanita dgn makan daging..

    wah,, mmg lps tu insaf kot.

    adakah kita nak makan daging sahabat kita sendiri?

    ReplyDelete
  5. Ka Mia ditag :)

    http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/lovestory313-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  6. niceeeeeee sangat .
    good sharing ...
    "orang yang hatinya busuk adalah orang yang selalu memburuk2kan org "

    akhir zaman....org lebih percaya yg fitnah dari yg benar . haiihhh -__-''

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Buy Here Online @ Mialiana.com