Kindly click Like to receive all updates via Facebook.





VOTE Me Everyday from 23 April - 13 May 2012
CLICK HERE

DiGi WWWOW Awards 2012... Support Me... Vote Me...


Sponsor Kempen Mialiana.com
D Qalesya Boutique
RSFG DCM
SenyumFM
GomoFM
Manchester United Arctic Ice Fan Club

Sunday, February 19, 2012

Sarapan Pagi Dengan Jemput-Jemput Bawang


Hmmm... pagi tadi Mia masak jemput-jemput bawang. Bahan-bahan semuanya ada. Senanglah tinggal bancuh dan goreng. Suami Mia dan Sofea memang suka makan jemput-jemput bawang.

Mudah je nak buat ni. Mia buat pun tak banyak, untuk 3 orang makan. Mula-mula potong bawang besar dan kemudian diramas-ramas bersama garam. Lepas itu, pecahkan sebiji telur, dan digaulkan terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan air secukupnya. Agak-agak lah jangan sampai cair sangat. Gaul sampai rata. Dah siap adunan tadi, kemudian goreng atas kuali. Gunalah sudu yang agak besar sedikit untuk cedok sedikit demi sedikit aduanan tadi ke dalam kuali. Maka, jadilah pelbagai bentuk dan rupa seperti gambar di atas.

Memang sedap dimakan panas-panas dan lebih berselera dicicah dengan sos cili ataupun sambal tumis. Sungguh mengenyangkan.

p/s: sekejap je ngadap terus licin... kalau buat banyak takut tak habis pula...

8 comments:

  1. macam sedap je.sian kat orang bujang sorang ni dari pagi tak makan.wuuuu

    ReplyDelete
  2. letak udang mesti sedap kan.. hehehe.. terliur lak bila terbayang letak udang..

    Orang lain tengok Iklan pun dapat duit

    ReplyDelete
  3. alamak..dah malam baru dtg sini..dah sejuk la jemput2 tu kan..urmmm...

    ReplyDelete
  4. yg mcm2 bentuk tu lah yg best, tp sy mesti cekup dulu yg keraknye, rangup..hehe

    ReplyDelete
  5. kami pun suka makan jemput2 ni especially jemput2 kentang. kalau letak bawang, anak2 izan suka ketepikan bawang pulak.

    ReplyDelete