Pos Daftar Sticker Mialiana.com Dikembalikan Semula Kepada Mia

Sedih ni..... Hmmm... tiba-tiba minggu lepas Mia telah menerima kembali Pos Daftar Sticker Mialiana.com yang sepatutnya dihantar kepada Nana BamBam, salah seorang daripada 12 Blogger Bertuah yang telah Mia umumkan pada Januari lepas.

Mia dah cuba sms dan tinggalkan pesanan pada Nana BamBam, tapi senyap je. Tiada respon. Mungkin Nana BamBam dah pindah ke tempat lain ataupun alamat yang diberikan salah.



Bila pos daftar ini tidak dituntut selepas tempoh tertentu ianya akan dikembalikan kepada si penghantar. Mia masih menanti respon dari Nana BamBam. Kalau tiada apa-apa makluman daripada Nana BamBam, Mia simpan sahajalah sticker ini untuk aktiviti yang akan datang.

p/s: menanti dan terus menanti......

Post a Comment

3 Comments