Search Box Gadget untuk Blogger


Penting sangat ke Search Box ini? Mula-mula memanglah terasa tidak penting. Tetapi bagaimana kalau dah lebih 1000 entri di dalam blog? Akses paling cepat nak dapatkan entri-entri lama atau yang dikehendaki tentulah dapat dilaksanakan dengan adanya Search Box gadget ini.

Mia namakan ruangan Search Box gadget ini sebagai Mia's Search. Memandangkan entri di dalam blog ini dah lebih 1200, memang agak payah kalau Mia nak cari maklumat dalam blog ini. Maklumat-maklumat yang diterima daripada emel semuanya disimpan dalam blog bukan setakat untuk simpanan peribadi malah juga untuk dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung blog ini.

Sejak dari dulu lagi Mia dah pasang Search Box gadget. Kalau tiada tentu susah nak cari maklumat yang diperlukan. Tidak semua blogger memasang gadget ini. Tapi harus diingat blog ini bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk para pengunjung. Sekurang-kurangnya dengan memasang gadget ini, mereka akan lebih mudah dan selesa membuat carian dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki di dalam blog ini tanpa perlu buat carian menggunakan enjin carian luar.

Jom kita tengok carian yang dibuat dengan menggunakan keyword "sihir" (klik pada gambar untuk besarkan). zassss....



p/s: sangat dan teramat membantu..... dah pasang ke belum?

Post a Comment

8 Comments

  1. sy mula2 berblog dulu... memang tak letak search box ni... bila dah tahu kepentingannya sy terus letak...
    kadang2 sy sendiri guna bila nak cari entry lama... lebih mudah... :)

    ReplyDelete
  2. dh lama pasang.. klau nk direct bole jgak klik keyword mcm sy letak kt sidebar tu ^^

    ReplyDelete
  3. sha pun rasa nak pasang gadget ni dlm blog sha. biarlah maju blog sha tu...hiks

    ReplyDelete
  4. entri tak banyak lagi... nanti akan buat. tnx for the info ! :)

    http://alibasyir.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ali. mula-mula memang tak banyak nanti dah lama-lama tentu banyak. jadi pasang lah dulu siap2... heheheh

      Delete