Tips Mengekalkan Disiplin Diri Sebagai Seorang Pelajar


Sebagai seorang pelajar, disiplin diri amat penting. Matlamat yang telah dirancangkan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mia bagi contoh di sini, anda meletakkan matlamat anda untuk mendapatkan A bagi semua subjek yang dipelajari. Walaupun pada hakikatnya agak mustahil berbanding dengan komitmen pada kerja dan keluarga. Semua orang boleh berjaya jika rajin berusaha dan disiplin serta patuh pada perancangan.

Berikut adalah beberapa tips melalui buku Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Dr. Hasan Mohd. Ali  :
  1. Berikan fokus dan tumpuan usaha anda kepada pencapaian matlamat yang paling penting dalam diri anda. Laksanakan perkara utama terlebih dahulu.
  2. Pamerkan segala matlamat anda di tempat yang mudah dilihat supaya senang anda mengingati matlamat anda.
  3. Amalkan perancangan harian selain daripada perancangan bulanan dan tahunan. Tentukan apa tugasan yang hendak dilaksanakan berdasarkan prioritinya.
  4. Tetapkan dan tentukan tarikh akhir yang realistik dan relevan bagi menyiapkan tugasan yang tidak disukai ataupun yang sukar dilaksanakan. Tarikh akhir menimbulkan keinginan menyegerakan tugasan itu.
  5. Pastikan segala usaha sesuatu tugas terhindar daripada keinginan mencapai kesempurnaan yang menyeluruh sehingga menyebabkan pelajar langsung tidak mahu berusaha kerana bimbang kegagalan daripada segi kesempurnaan tugas itu. Percayalah yang anda sudah mencapai kejayaan apabila mula melakukan sesuatu tugas.
  6. Wujudkan satu momentum bagi menguatkan semangat melakukan sesuatu tugasan yang tidak digemari, jemu, membosankan dan sukar dilakukan. Luangkan sebahagian masa mengusahakan ataupun memulakan kerja pada bahagian atau perkara yang mudah terlebih dahulu.
  7. Sentiasa ingatkan diri anda setiap hari.
  8. Hitung kos kerugian perbuatan melengah-lengahkan ataupun menangguhkan sesuatu kerja.
  9. Pastikan anda memantau peningkatan dan kemajuan secara berkala bagi setiap matlamat.
  10. Sentiasa meraikan kejayaan anda dan menghadiahkan kepada diri anda dengan perkara yang menggembirakan hati anda.
  11. Selalu bertanya kepada diri sendiri, bagaimana menggunakan masa dengan cara yang terbaik dalam hidup anda?
p/s: yang penting sekali, kita jangan mudah putus asa ya...

Post a Comment

12 Comments

  1. rindu zaman belajar.. kalau la boleh diputarkan masa lalu...huu..

    tips yang bagus! :)

    ReplyDelete
  2. keep motivated la... jgn fikir2 benda2 yg tak payah difikirkan sangat... fokus as student.. ingat.. blaja untuk ape? kerjaya kan? tanggung jawab kan? sebab family kah?... fikir2..

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html

    jemput singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh bagus ni. ayat2 yang cuku memberikan semangat buat mereka yang belajar. terima kasih ya sam...

      Delete
  3. tnx master for the tips. *gaya cina kuno. XD

    sudi komen entry i tak ?
    klik here master.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. uikkk gaya cina kuno ke... ini adalah dari penulisan dr hassan mohd ali. ternyata amat berkesan pada mia...

      Delete
  4. Terjah sini. Kin pun part time student. tapi Di UiTM :)

    Hai Kak Mia...

    ReplyDelete