Koleksi Soalan Final Exam untuk Bachelor of Information Technology


Sekarang ini, pelajar-pelajar OUM sedang meminta soalan-soalan final exam yang lepas daripada senior. Ini berikutan pengumuman yang dibuat pada bulan Mac lepas dalam myVLE...

"Dimaklumkan bahawa mulai semester Januari 2012, hanya dua (2) set soalan peperiksaan untuk setiap kursus bagi dua semester yang terakhir akan dipaparkan di portal myLibrary."

Ramai juga pelajar-pelajar junior minta daripada Mia. Jangan kecil hati, bukannya Mia tak beri, cuma bagilah sedikit masa untuk Mia. Perlu masa untuk cari. Memang Mia simpan semuanya.

Bila Mia kumpulkan.. banyak pula, kalau nak di scan mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit. Segannya, ada banyak conteng-conteng kat dalam tu. Tiba-tiba timbul pula idea untuk letak dalam blog ini dan kemudian pandai-pandailah nak download sendiri nanti. Harapan agar dapat dimanfaatkan bersama-sama dengan pelajar-pelajar OUM lain.

Mia tak janji bila. Tapi bila dah siap scan semuanya Mia akan beritahu.

p/s: debar-debar ni... nak final exam tak lama lagi...

Entri berkaitan :
Download Koleksi Soalan Peperiksaan untuk Bachelor of Information Technology Open University Malaysia

Post a Comment

15 Comments

  1. wahhhhh taubat dah pasal xm ni hehheehe xsanggup denn hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dah sabar nak cepat2 habis ni....

      Delete
    2. silap taip plak... dah tak sabar nak cepat2 habis ni....

      Delete
  2. bnyak tu kak mia.. penat gak scan tu..

    ReplyDelete
  3. huhu. baeknye niat akak mia buat macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat OUM ni, kenalah kongsi dengan yang lain. takleh fikir untuk diri sendiri je...

      berhubung dengan kawan-kawan semuanya secara online...

      Delete
  4. Semoga Allah Memberkati Segala Usaha mia...Amin

    ReplyDelete
  5. tingat plak zman study dulu, time nk exam keliling penuh dgn koleksi soalan final exam, hukk..

    *gud luck kak mia ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... keliling memang penuh... last2 buat separuh je, tak larat nak buat semua... huhuh

      Delete
  6. Kak, ada lagik paper2 final.. BITN ke atau BIT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sebenarnya... masa kemas2 ada asingkan. cuma belum sempat lagi nak masukkan ke dalam entri ni

      http://www.mialiana.com/2012/04/download-koleksi-soalan-peperiksaan.html

      Delete