Perjumpaan Keempat Dengan Project Supervisor

Pagi tadi dalam pukul 9.00 pagi, Mia pergi berjumpa dengan Project Supervisor, Puan Hidayah kat rumahnya. Tak lama, dalam 1 jam sahaja kerana Puan Hidayah ada urusan lain selepas itu. Mia ada buat penambahbaikan dan pengubahsuaian berdasarkan perbincangan semasa perjumpaan ketiga yang lepas. 

Sistem projek Mia ini, ialah Sistem Pengurusan Kursus yang merekod dan menguruskan Kursus Pengendalian Makanan .Output daripada sistem ini ialah cetakan sijil peserta kursus dan laporan bulanan. 

Hari ini Mia buat presentation satu persatu secara lengkap dan menerangkan proses yang berlaku di belakang tabir. Sambil present sambil tekan F8 untuk debug satu persatu line by line coding. Kalau kita buat sendiri tentu kita tahu flow sistem kita macam mana. Klik ni pergi mana, klik tu buka apa... 

Mia juga tunjukkan pada Puan Hidayah cara bagaimana untuk akses data dari database Microsoft Access 2007 ke laporan dalam Crystal Report dan dipaparkan ke dalam Visual Basic. Bahagian yang paling kritikal ni, sebab menggunakan Structured Query Language (SQL). 

Mia pilih Crystal Report kerana mudah nak buat setting dan margin ke atas kertas A4. Satu lagi, sebab ada built-in function untuk convert ke mana-mana  format lain seperti Microsoft Word dan Adobe Acrobat. Amat menyenangkan, laporan bulanan boleh di export ke bentuk Microsoft Excel ataupun PDF.

Leganya yang penting boleh run successfuly.... dah boleh nak siapkan projek dokumentasi dengan selesanya selepas ini...

Antara paparan dalam Projek Sistem yang Mia buat ni... (klik pada gambar untuk besarkan)




p/s: sebenarnya tempoh 1 semester (4 bulan ditambah komitmen kerja + keluarga) ini amat tidak mencukupi untuk menyiapkan sebuah projek sistem yang lengkap beserta dokumentasinya... kena banyak berkorban masa untuk ini... nasihat Mia kepada pelajar OUM lain diharap agar dapat bersedia sepenuhnya dengan cabaran paling terkuat ini.

Jangan lupa vote Mia nanti ya...

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

6 Comments

  1. hye ..... sye ade buat segmen
    hrp anad dpt join

    http://cek-chiqa.blogspot.com/2012/04/segmen-macam-mana-blog-aku-by-eqa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. terima kasih sudi beritahu. kak mia join bagi sokongan...

      Delete
  2. This blog is very beautiful and attractive appearance, this gorgeous photo I like, and already folow 7193, please folow back to friendship. thank you in advance

    ReplyDelete
  3. Tahniah !!! siap juga projek ini dengan jayanya.

    ReplyDelete