Tomato Dan Kelebihannya

Tomato Dan Kelebihannya

Mia memang suka tomato tapi tak berani nak makan macam itu sahaja. Selalunya diblender dan campurkan sedikit gula. Jadilah jus tomato. Bagus betul untuk kulit. Rugi betul siapa yang tak makan tomato ni.

Di sini Mia kongsikan emel dari teman baik Mia tentang tomato dan kelebihannya.... jom tengok. zasss...

Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOMATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

p/s: Apa lagi..... jom makan tomato.... hehehe

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

16 Comments

  1. betul tu kak mia tomato mmg byk sgt khasiatnya. saya lagi prefer mkn fresh dari dimasak. pmpuan nak kulit cantik blh la mkn tomato selalu. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la, kan. kulit jadi cantik secara semulajadi. :)

      Delete
  2. suka jadikan tomato sebagai masker.....
    lembut je muka.hehehe..kata org tomato ne anti-aging..ntah betul ntah tak.heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. ecad.. kak mia pun dengar boleh untuk anti aging juga... takpe kita buat je, lagipun memang bagus sangat tomato ni..

      Delete
  3. Replies
    1. betu tul... bila lagi kita nak manja-manjakan kulit kita ni..

      Delete
  4. oooo jadi tomato yg terendam tu lg bgsla kan sis?thanks bgtau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. lepas ni kalau nak pilih tomato, bawa gelas yang ada air, kita rendamkan dulu. yang mana tenggelam kita ambil.

      p/s: boleh ke? nanti orang kata kita ni pelik la pulak.

      Delete
  5. begitu banyak ye kelebihan tomato

    thanks for sharing ^_^

    ReplyDelete
  6. tomato ni mmg byk kelebihan dia.. sy sk buat air tomato..

    ReplyDelete