9 Tahun Bekerja Sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)


Hmmm... tidak disangka rupanya Mia dah bekerja selama 9 tahun sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Mula-mula dulu di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah pada tahun 2003. Jawatan pada masa itu berstatus kontrak. Unit Teknologi Maklumat sebelum tu cuma ada seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang  lebih kepada bahagian teknikal. Tugas Mia lebih kepada laman web, pengaturcaraan, sistem, kertas cadangan, graphic design dan multimedia. Masih ingat lagi bila nak countdown untuk 31 Ogos, Mia dengan Imran akan sibuk buat persembahan multimedia dalam bentuk video untuk sambutan tersebut. Lepas itu, setiap tahun juga Mia buat program coding untuk Cabutan Bertuah Bagi Pemilik Cukai Harta. Bila ada majlis-majlis besar, Mia dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa persembahan slides dan memastikan komputer dan projektor tiada masalah. Di samping itu, Mia sempat juga didik pelajar praktikal. Hasilnya sehingga kini mereka berjaya membawa diri dan adaptasi di alam pekerjaan. Sukanya Mia. Ingat lagi mereka ini pada Mia. Masa ini Mia tak boleh sambung belajar secara separuh masa, kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Memandangkan Mia mencari-cari taraf jawatan tetap, maka Mia mohonlah mana-mana tempat di sekitar Johor. Akhirnya pada akhir tahun 2005, Mia diterima bekerja sebagai jawatan yang sama tapi berstatus tetap di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Bermulalah suatu saat yang paling mencabar dalam hidup Mia apabila ICT baru sahaja hendak dibangunkan. Bayangkan cuma ada beberapa komputer sahaja pada masa itu, rasa macam nak menangis pun ada. Setiap hari orang asyik tanya bila nak beli komputer. Terus terang Mia katakan sektor pertanian agak ketinggalan sedikit dari ICT. Mia hanya seorang sahaja orang ICT dibantu oleh Suriati yang bukan dari ICT. 6 bulan pertama di sini, Mia sibuk membuat kertas cadangan untuk meminta peruntukan bagi pembangunan ICT. Letih juga turun naik Kuala Lumpur. Setelah berjaya mendapat kelulusan, Mia pun mulalah buat tender dan sebutharga untuk perolehan peralatan ICT. Semuanya kena buat sendiri bersama Suriati. Memang tak tahu, tapi Mia belajar. Kemudian buat rekod perolehan dan inventori supaya kelak senang untuk semakan audit dan rujukan di masa akan datang. Berdua dengan Su, menguruskan segalanya yang berkaitan di ICT dengan penuh kesabaran. Su pula yang berlatarbelakangkan pertanian telah pun dapat menguasai ICT sekarang ini. Tahun 2006, Mia mula buat cadangan untuk menambah kakitangan Unit ICT untuk pegawai (F41) dan juruteknik (FT17) memandangkan kakitangan ICT sedia ada betul-betul tidak mencukupi bagi menampung keperluan penggunaan ICT di semua pejabat LPNM di Malaysia. Banyak juga Mia mohon jawatan. Tetapi yang sedihnya hanya 1 jawatan F41 dan 1 jawatam FT17 yang diluluskan. Rasa memang betul nak menangis di kala itu. Katanya, jawatan gred ekonomi lebih diutamakan. Kecewa betul Mia, dengan Su yang suatu masa nanti akan berpindah ke bahagian lain. Dengan kerani yang tiada. Semuanya kena buat sendiri. Tiada siapa peduli perasaan Mia masa tu. Sungguh sedih sebab pihak pengurusan tak nampak kepentingan ICT, yang mereka tahu hanyalah nak pakai komputer, itu sahaja. Mereka tak nampak pengurusan ICT sekarang terlalu penting. Berkat kecekalan, Mia teruskan juga sehinggalah jawatan-jawatan baru diisi dan Mia sambung belajar ijazah di Open University Malaysia pada Mei 2008. Pada masa pegawai dan juruteknik masuk, semuanya dah lengkap. Bilik server pun dah ada, cuci kaki dan masuk sahaja. Pembangunan infrastruktur telah lengkap dan kemudian disambung dengan pembangunan sistem oleh pegawai. Kemudian, masuk satu lagi kakitangan dengan meminjam gred E27 untuk mentadbir sistem HRMIS, SMIN dan SAGA. Jumlah kesemuanya ada 4 orang kakitangan Unit ICT dengan aset dan inventori ICT bernilai hampir RM 2 juta nilai perolehannya sejak tahun 2005. Juruteknik yang ada memang sibuk ke sana ke sini untuk menyelenggara perkakasan ICT dan rangkaian di pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Unit ICT sekarang ini memang bergantung sepenuhnya kepada pelajar praktikal. Kalau tiada, memang tidak cukup tangan.

Mia telah pun menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Apa-apa pun Mia akan cuba laksanakannya. Buat filing, surat, minit mesyuarat sudah perkara biasa bagi Mia. Sehingga Mia tidak terasa pun yang Mia ni Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Jeles juga bila tengok pejabat kerajaan dan agensi lain ada ramai jawatan ICT. Bilalah nak merasa semua itu.

Semua ini adalah pengalaman Mia untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa bersyukur atas rahmatNya. Dugaan dan cabaran tetap ada untuk menguji kita.

p/s: sekadar luahan...

Jom Vote Mia Kejap Untuk Hari Ini....

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

Post a Comment

51 Comments

  1. Replies
    1. tu lah kak mah.. pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar... :)

      Delete
  2. alhamdulillah.. kerja yang baik dan banyak pengalaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sangat2 pada apa yang ada... :) yang penting ada kerja..

      Delete
  3. Pengalaman memang mahal..
    hanya yang melaluinya akan menghargainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uisshhh sangat mahal ni.. tak terbayar rasanya.. :)

      Delete
  4. syabas kak! teringin gak nak apply jawatan penolong pegawai teknologi maklumat ni... tapi x dapat2 lg... mungkin belum rezeki... huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kena cuba dan cuba lagi. jangan putus asa ya dik..

      Delete
  5. hai kak, wah teruja betul baca apa yang akak lalui..
    saya ada interview pptm 29 ni..
    x tau la berjaya ke tak..dah la dah lama tinggal bidang it ni..huhu
    kalau akak boleh share apa tugas pptm ni eh kak?tqvm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam tugas pptm ni. semua bidang yang ada dalam ict. multimedia, graphic design, web development, system development, project documentation, programming dan lain-lain lagi.

      tak tahu nak bagi tips apa. dah lama sangat. anyway, good luck ya!

      Delete
  6. salam akak...sy ada gak exam pptm F29 pada 29.09.12 nie..
    ada x tips2 yg perlu sy tahu untuk exam nya... & interview pplv J29..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mesti nervous kan? hmmm... kak mia tak sure, dah lama sangat. anyway, good luck ya!

      Delete
  7. kak mia yana ada exam PPTM F29 pada 29/9 nie .. tak tahu nak study apa .. huhuh ada tips x? tlg2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm.. kak mia tak ingat lah. dah lama sangat. yang penting baca buku, faham soalan dan dapat jawab dengan betul.

      sorry, dear. anyway, good luck ya!

      Delete
  8. kak mia...ramainye yg dapat xam PPTM.huhu..sbnrnye aien pown dpt gux mcm dorg nie..hihi..ingtkn nk tnya la jgk tips2 kak mia,,,tgok2 soalan bdk2 ats2 nie sma jek mcm aien nk tnya,,,so ksmpulannye xpyh la tnya sbb aien dh tau jwpn kak mia...hehe..msti gud luck kn??..hehe..xpew la..jz nk mnx kak mia tlg doakn tok kami jek la,,,=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnar exam ni camne ye? jwb soalan dpn org tu ke atau jwb mcm spm tu? ada idea tak? sy kna exam 29 ni gak :-)

      Delete
  9. slm...saye ade exam 29 ni jgk...so nk tahu biasanya jwtn awal ni kontrak ke tetap kalo lulus...sbb kalo kontrak rasa mcm rugi plk bila nk tinggal keje skrg ni (swasta di ipts)...dan exam n interview ni same ke tak? ^_^

    ReplyDelete
  10. yg yana tahu .. kene ambil exam dulu. kalau lulus baru dia panggil interview. itu apa yg yana dpt lah bila dah google segala cerok. kalau nak tahu contoh soalan. meh singgah blog yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/09/panduan-peperiksaan-penolong-pegawai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs kawan ^_^
      a ah...sy pun da gugel merata2 gak....ade jumpa sket2 yg blh membantu...

      Delete
    2. nak tanya, ape yg ditanya masa interview??

      Delete
  11. cuma...risau jika soalan2 tu nanti byk berkaitan dgn atucara / software punya...abeh la sy...kalo berkaitan dgn hardware /network..boleh la nk jawab...^_^

    ReplyDelete
  12. all the best guys..sama2 kite berdoa..saya pn dpt jgk..

    ReplyDelete
  13. ok semua.. kak mia doakan agar dapat jawab dengan tenang dan moga2 terpilih nanti... amin...

    ReplyDelete
  14. da selesai menjawab...dan skrg harapan tinggi menunggu keputusan pulak smga lulus insyaallah..amin ya rabbal a'laminnn

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum. akak, boleh tak saya nak minta email akak? nak tanya something pasal jawatan ni. :)

    ReplyDelete
  16. salam akak... sy ada interview 02.01.2013 ni utk jwtn PPTM ni... seriously, mmg nervous giler... akak, sy nk tnye akak biasanye soalan pe yg akn ditanye erk?? actually sy amek kos elektronik(computer), then kalo bab2 networking and web mmg xde.. mostly technical jela yg diajar... wish me luck kak mia erkk... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... wahh tahniah ya dapat interview. jawab dengan jujur dan jangan nervous. kak mia doakan ok...

      Delete
    2. interview kat mane??ade soalan2 tak?

      Delete
  17. salam...saya baru shj terima panggilan utk temuduga jawatan pptm f29 ni,dn tgh buat preparation...bleh x mintak tips utk hadapi interview ni...blehkn

    ReplyDelete
  18. salam akak, bleh x bagi tips mula2 masuk keje sebagai penolong peg. teknologi maklumat....adik saya dapat jwatan tue..so dia rasa gementar sgt...takut xbleh buat..:)


    hrp akak bleh bg tips.....^__________^

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Mia.
    Panjang betul coretan hati sbg pgawai teknologi maklumat dia.. hehe.
    Kak Mia leh cite sket tentang tugas2 harian (basic work) sebagai penolong teknologi maklumat? Sebab saya ada minta kerja bawah jawatan yang sama. Kot2 dapat InsyaAllah, so kalo Kak Miah cerita serba sedikit nanti boleh la saya biasakan diri.
    By the way, saya lepasan degree Business Information Technology.

    ReplyDelete
  20. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak mia..saya nak tanya contoh soalan uijan pengacaraan komputer untuk jawatan penolong pegawai IT.Agak2 sama je macam soalan exam c++ universiti ke?

    ReplyDelete
  22. akak..sy baru je dpt offer utk kos IT kt uthm..rasa takutla akak...susah x agkny?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. tahniah ya. takpe, belajar je. kena rajin usaha untuk berjaya..

      Delete
  23. Tuhan menguji hambanya sesuai dgn kemampuan kita, jadi usah bsedih...pasti ada hikmah atas apa yg blaku slama ini...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...saya pun baru dilntik jadi pptm29...fresh lagi..then kena plak kat putrajaya sorang2..terasa betapa stress bagi yg less knowledge about it nie..

    ReplyDelete
  25. As salam, saya baru dapat surat temuduga jawatan pptm29 ni.Sabtu ni saya kena buat ujian bertulis.Saya nk mohon la bantuan Mia mengenai ujian2 bertulis ni. Soalan bagaimanakah selalu dia keluar.Mohon Mia reply disini atau di email saya integra9116@gmail.com atau fb saya www.facebook.com/wfb9116. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis...Contoh dan panduan format soalan peperiksaan pen peg teknologi maklumat untuk exam 08-mac-2014 ni sis boleh cuba rujuk ni Panduan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dapatkan segera yeah,sebab tempoh akses hanya 4 hari sahaja dan akan ditutup pada 06/03/2014 ni...harap info ni dapat membantu calon yg hadir exam nanti..

      Delete
  26. Bagi mereka yang menduduki exam Penolong Pegawai Teknolgi maklumat F29 pada 8 Mac ini, boleh dapatkan rujukan di laman web berikut : http://panduanexamspa.blogspot.com/2014/02/panduan-peperiksaan-memasuki.html

    ReplyDelete
  27. Salam. Kak mia seronok bc pengalaman akk. Sy ade iv 30jun ni. Utk jawatan ptm. Tp kontrak. Bole sy tahu kontrak ni mmg ssh nk di serap ke jawatan tetap ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... tengok tempat juga. kadang ada yang senang diserap. kadang tak..

      Delete
  28. Assalamualaikum.. sy kagum dgn akak sbb dgn jawatan akak bleh wat pelbagai keja.. Multitasking kata bahasa komputer. sy keja sbgai programmer pun x sibuk mcm akak.. semoga allah murahkan rezeki akak sekelurga.

    ReplyDelete
  29. Askum smue..sy ade mhon jwtn pptm.mne la taw ade rzeki utk dpnggil iv nnt.klu bleh nk prepare utk iv nnt.mntk tlong smue yg pnah iv or tgh keje sbg pptm.btw sy dh ade dip sains komputer multimedia tp dh 3 thun grade n slme ni pon kerja sbg krani.lme sngt tggal ni.tqvm

    ReplyDelete
  30. Opss lupe nk bgtaw..hihi..so spe2 yg sudi share bleh email sy.nazieyra_142@yahoo.com..bleh la whatsApp2 ye.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete