image Beli Kasut Hitam Bertutup Yang Baru - Mia Liana

Tuesday, 22 May 2012

# Family Matters # Work Matters

Beli Kasut Hitam Bertutup Yang Baru

Beli Kasut Hitam Bertutup Yang Baru

Mia bukan selalu beli kasut. Boleh dikira dengan jari berapa kali beli dalam setahun. Hmmmm... nak tahu tak satu malam tadi Mia mencari-mencari manalah kasut hitam yang bertutup. Habis semua digeledah... dalam kereta, dalam bilik, kat luar rumah. Tak jumpa. Lepas itu, bila sampai pejabat pagi tadi, Mia cari-cari pun tak jumpa juga.

Harapan terakhir terus telefon Suami Mia. "Abang, mana kasut saya yang hitam bertutup tu?". Jawabnya, "Bukan dah dibuang ke hari itu". Harapan terus musnah. Bulan lepas Suami Mia kemas-kemas, dah kumpulkan beberapa pasang kasut  lama Mia, Mia suruh buang aja tanpa tengok kasut-kasut tu pun. Tak sangka pula yang kasut hitam tu termasuk sekali.  Jawabnya kena beli barulah ni.

Kasut tu Mia beli pada tahun 2006 kat Plaza Angsana. Memang jarang sangat guna kecuali ada majlis-majlis penting sahaja. Masih elok lagi sebenarnya. Sayang betul kat kasut tu.

Jadi tengahari tadi, Mia telah beli kasut yang baru di Plaza Larkin Sentral. Mia belek-belek kasut kat beberapa buah kedai dan berkenan pada sepasang kasut ini.. yang bila dipakai terasa selesa dan lembut. Lepas itu mulalah sesi tawar-menawar. Harga yang tertulis nampaknya RM 49.50. Mia minta kurangkan sehingga RM 35.00. Harga terakhir, Mia dapat RM 36.00, terus beli. Leganya... 

Inilah kasutnya... cantik tak?





p/s: nak hadiri majlis penting pada hari Khamis ni di Serdang.... dup..dap..dup..

8 comments:

  1. Replies
    1. memang berkilat. dah ni je yang berkenan di hati...

      Delete
  2. bila tgk kasut hitam berkilat ni teringat kawan2 perempuan yg masuk palapes masa kat ukm dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kalau masuk palapes memang wajib pakai kasut ni...

      Delete
  3. macam kasut fatin time kawad kat sekolah dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia pun teringat masa kawad dulu, pakai kasut yang macam ni la... sampai sakit kaki dibuatnya. tapi seronokkkk..

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih. meh lah beli. orang yang kerja kerajaan, kalau ada event memang kena pakai kasut yang macam ni...

      Delete