Cenderahati Untuk Pelakon Video Promo Kempen Mialiana.com

Cenderahati Untuk Pelakon Video Promo Kempen Mialiana.com

Terharunya Mia apabila RSFG DCM dan D'Qalesya Boutique sudi sponsor tudung untuk pelakon video promo kempen Mialiana.com. Sukanya mereka sebab masa perancangan mula-mula nak buat video ini, Mia minta tolong dengan mereka. Tiada pun cakap nak bagi cenderahati. Syukur alhamdulillah, mereka amat sporting. Tolong kawan, apa salahnya. Jadi sebagai tanda penghargaan, dapatlah tudung-tudung ini daripada pihak sponsor kempen Mialiana.com DiGi WWWOW Awards 2012.

Terima kasih banyak-banyak kepada Jijah dan Aen kerana sudi berlakon dalam keadaan kelam-kabut dan super spontan demi menjayakan video promo ini, walaupun pada mulanya dianggap mustahil.

Jom tengok gambar-gambar mereka sekejap...zasss.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)



Jijah yang sedang memakai tudung syria warna hitam dan bermanik. Hitam memang sesuai untuk semua jenis baju. Tudung ini adalah dari sponsor RSFG DCM.



Aen pula yang mengenakan tudung Syria Chiffon. Tudung ini sangat lembut. Memang mudah dipakai dan senang digayakan. Tudung ini adalah dari sponsor D'Qalesya Boutique.



Jom tengok video promo kempen Mialiana.com sekejap... zassss..






p/s: alhamdulillah, semua yang terlibat dalam kempen Mialiana.com telah pun mendapat cenderahati masing-masing...

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. memang cantik, harganya pun cantik juga.... maniknya tu yang lawa..

      Delete
  2. jijah tu mcm ada gaya jadi artis/model di masa akan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan? memang dah ada gaya, tinggal di polish aje..

      Delete
  3. he he he pelakon glamer tak lama lagi tu...

    ReplyDelete
  4. Mereka mesti tak sangka2 akan dapat cenderahati kerana jadi pelakon part-time kan ? Tahniahlah kerana berjaya melakonkan aksi terjah digiwwwow tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... alhamdulillah dah rezeki mereka.. dapat juga cenderahati daripada sponsor....

      Delete